disebalik nuffnang - Jiakreatifelt

May 23, 2012

disebalik nuffnang

aku buang segala nya mengenai nuffnang...dalam blog aku
tapi kenapa..?* jiwa mereka memberontak inginkan jawapan.Mungkin mereka tampak pelik dengan statement aku ini.Sebelum ini, kami sama2 terjebak dalam dunia blogging ini.Jika seorang mendapat maklumat pasti akan kami kongsikan bersama.Disebabkan aku suara tentang itu, mereka jadi penasaran.
aku diam.tak tahu nak mula dari mana.tak kan aku nak bagi tahu perkara yang selama nie nampak biasa dan biasa di amalkan..tapi perlu di tinggalkan.malah benda yang begitu mudah dilakukan dan hanya klik pada mana iklan itu anda akan dibayar.nampak macam tak salah..dan memang tak salah.
aku....aku...rasa macam was was lagi nak cite kat korang, tapi kite bincang ok?
kali ni, mereka pula yang terdiam.Mungkin menantikan kata2 aku pula.Suasana senyap kembali menyapa kami.Aku dirundung rasa bersalah malah tak tahu di mana mahu ku mulakan.
semalam aku ada baca mengenai iklan nuffnang ni..aku mulakan perbicaraan setelah agak lama kami terdiam.Mereka masih memandang aku tanpa berkedip.Rasa takut mula menguasai aku namun ku gagahkan juga.
 aku capai beberapa helaian kertas dari dalam beg kesayanganku.Memang sengaja aku taip kan semula maklumat ini di dalam sekeping kertas. Aku serahkan satu persatu kepada teman rapatku ini.Mereka mula membacanya.

begini lah lebih kurang isidalam kertas itu:
Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)** ini yang sedang apa kite lakukan**

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-


Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.
Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.

Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.
* Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.

*
Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.


KESIMPULAN

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Sekian
dipetik dari sumber:http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/926-upah-dari-google-adsense-a-nuffnang--haruskah.html

aku lihat reaksi mereka.Ada yang menggelengkan kepala dan ada juga yang diam tanpa menunjukkan reaksi.
Walaupun tiada hukum jelas mengenai nuffnang ini, namun jiwa aku jadi semakin was was dan takut nak teruskan.Dalam isi surat ini pun dah jelas bitau, haram sekiranya kite bersubahabt kepada perkara yang haram.Iklan nuffnang ini ada macam2.Kadang berubah setiap kali.tetapi itu apabila kite melihat depan mata kite, jika disebalik itu..kononnya gambar yang di keluarkan di situ adalah gambar kurang elok..secara tak sengaja kita juga telah menyokong iklan yang tidak baik itu.  
 aku melanjutkan bicaraku dan semangatku semakin berkobar tak sama seperi awal tadi.  
cube la korang tengok kalau iklan itu mengandungi gambar perempuan/lelaki yang tidak menutup aurat. dan orang yang datang ke blog kite,dia juga melihat iklan yang sama..maka sama2 dari kite mendapat dosa.
aku cakap ni bukan bermakna aku pandai malah persoalan ini dah lama berlaku.ramai yang boleh terima malah ada yang membangkang. Bagiaku sendiri, dahwujudah 1 kemuskyilan mengenai nya..dan aku tak mahu pikir panjang2 jadi aku tinggalkan.Aku ambil langkah untuk berdiam setelah aku lihat kawan2 aku diam.Saat ini,1 perasaan was was semakin menular dalam diri aku.Malah aku ada teringat satu ustaz ini cerita pasai perasaan was was ni.

“Was-was itu dari setan, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ. مَلِكِ النَّاسِ. إِلَهِ النَّاسِ. مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
Katakanlah (ya Muhammad): Aku berlindung kepada Rabb manusia. Rajanya manusia. Sesembahan manusia, dari kejelekan was-was al-khannas.” (An-Nas: 1-4)

Hati-hatilah anda dari was-was dalam segala sesuatu, yakinlah itu dari setan. Bila anda mendapati suatu was-was dalam jiwa anda, berlindunglah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari setan serta teruskan apa yang sedang anda lakukan. Berketetapan hatilah hingga membuat jengkel setan musuh anda. Hingga pada akhirnya ia tidak dapat menguasai anda setelah sebelumnya dapat melakukannya karena sikap lembek anda kepadanya. Kita mohon perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari kejelekan dan tipu daya setan.” (Fatawa Nurun ‘Alad Darbi, hal. 76)
Aku pun dah tahu lama dah.tapi cuma aku nak tengok depan mata aku tentang kebenarannya.Walaupun aku tak pernah tengok pun ada iklan perempuan/lelaki tak tutup aurat,mungkin ada yang aku tak perasan kot... malah mengenai iklan rokok/arak itu kite sebenarnya sebagai pengiklan kita diberi pilihan untuk tidak memilih menyiarkan iklan berunsur alcohol mahupun rokok melalui update survey di bahagian dashboard akaun Nuffnang kita. Caranya pergi ke Blog Manager > Update Survey dan tandakan No pada soalan nombor 7 dan 8..kan kan .( dicopy dari ADMIN AMIREZ DOT COM)
Seorang dari kawanku mula bicara.Aku tersenyum kerana ada juga yang berfikiran terbuka.Bagaimana pula yang lain?
Tetibe seseorang dari kami bangun untuk beredar dari perbincangan ini..Kami semua memandangnya.Ekor mata kami sudah jelas meminta untuk dia tidak kemana-mana.
Aku malas la nak cakap panjang2.aku tak berminat langsung. Yang mengenai iklan nuffnang ini, nnti aku delete la.lagipun income aku tengah naik sangat sekrang ini.tak kan aku kena tinggalkan semua ni.Korang sendiri tahu, bukan senang nak dapat duit cara senang gini.Kite hanya iklan kan produk dan dorang bayar.sudah...kan senang.Apalagi masalahnya..??
die tampak mula berang.Aku mula telan air liur.ternyata aku dah agak dari awal-awal lagi..pasti akan ada pertegangan pendapat.Dan aku sudah masak benar dengan sikap nya.Antara kami berlima..die la yang paling keras kepala.
ko tahu ke bagaimana cara dorang kira dan bayar kat kite? Hanya pihak Nuffnang dan syarikat iklan saja yang tahu berapa jumlah sebenar yang diperuntukkan untuk memaparkan iklan BE dalam satu hari. Apa yang pasti, semakin tinggi trafik semakin banyaklah earning yang kita dapat. Dan bagi pendapat aku sendiri ianya tidak menjadi isu memandangkan pihak Nuffnang sendiri ada memberitahu tentang makna BE atau iklan mCPM dalam lamannya, cuma nilainya saja yang tidak dapat dipastikan berapa. Mungkin jumlah bayaran yang dilaburkan oleh syarikat iklan tidak tetap dan berbagai-bagai serta pengiraan dikira berdasarkan impressions sesebuah blog, maka ianya tidak dapat ditunjukkan kepada pengiklan. yang kita sebagai pengiklan tidak pernah tahu berapakah nilai sebenar yang kita perolehi bagi setiap impression dan juga klik. Kalau iklan CPC kita sedia maklum satu klik bersamaan dengan 15 sen bagi pengiklan non-exclusive manakala 25 sen bagi pengiklan exclusive ataupun lebih mudah dikenali melalui status.( dicopy dari ADMIN AMIREZ DOT COM)
Aku cube relaikan persoalan itu malah aku hanya berkongsi bukannya nak menunjuk kealiman...maafkan aku.Semua dari kami terdiam.Masing2 melayan perasan.Akhirnya perbualan kami senyap begitu sahaja.tanpa ada kesimpulan dan persetujuan..

**bagi yang sudi membaca secebis drama radio tadi( konon)...tepuk dada tanya lah iman ok.**anda berhak membuat keputusan.Keuntungan di dunia? atau keuntungan di akhirat yng kite cari ....

dengan rasa berat hati untuk meringankan blog, ( insyaAllah,Allah lebih tahu keikhlasan aku )aku remove segala bentuk iklan nuffnang dan churp churp..dalam blog aku ...sekian,terima kasih.

15 comments:

  1. huhuhu... entry penuh dgn kesedaran.. Lz penah gak terpK mcm ni..konfius kan..

    ReplyDelete
  2. hihiih..saya tnggalkan je..malas nk pikir dah....

    ReplyDelete
  3. Emm..dah lama terfikir.. nak buat jugak laa...

    Topik lain :.. Jia follow akak ker?.. sebab x der dlm follower pun..:)

    ReplyDelete
  4. dah follow akk dah.keluar email: putri_najiah87@yahoo.com.im follower yg ke65

    ReplyDelete
  5. Ya ALLAH .. tak pernah terfikir pun selama ni pasai nuffnang and churp2.. takpelaa.. nak delete jugak.. tak mau laa tambah dosa kat blog...

    ReplyDelete
  6. @Nurul Hayatijika berasa was was harus tinggalkan...

    ReplyDelete
  7. Mungkin jalan tengah ialah mengeluarkan jumlah yang melibatkan apa jua yang syubhah dan didermakan/dihadiahkan atau tak diambil wang tersebut . Dalam list earning tu kan ade senarai income daripada iklan2.Tapi kena rajin belek satu persatu la..

    Yang problem ialah adsense atau adverlet, kerana tak boleh trace. Kalau masih ragu2.. elok tinggalkan shj

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, entry yg bermanfaat. sy pon dah remove iklan tu. sya mohon shre entry cik ye .. ^_^

    ReplyDelete
  9. ASSALAMUALAIKUM AKAK...

    thanks for the info.. sangat bermanfaat.. saling mengingatkan tukan perkara yang baik :)

    ReplyDelete
  10. @anaqasehitainsyaAllah..moga kite tergolong dlm golongn org yg sentiasa menginggatkan ntr satu sm lain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard