senyum seindah suria

by - May 13, 2012

oittt...tengah buat ape tuh...?jam menunjukkan pukul 8:12am,Masih di alam mimpi..atau fantasi??hikhik..biasa la hari minggu..waktu ni la nak rehat sepuas2nya kan..

indahnya berpagi-pagian??apa itu berpagi-pagian??menurut kamus jia,berpagian tu maksudnya..bangun awal pagi dan menikmati udara pagi yang segar..cehhhh...macam pape je.

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh..
...bandingkan diri kite??ada tidur tak selepas subuh??ada tak..kalau ada..angkat kening 5 kali..malah, seingat jia lah..selepas solat subuh Nabi akan duduk di tikar semayang sambil berzikir/atau membaca alquran sehingga matahari mula menampakkan dirinya.,.tetapi kite pula,akan bangun dari tilam yang empuk..dengan selimut yang lembut..sehingga matahari berada di atas kepala...yoooo..hebatnyerr...kadang2,,kan sampai asar nya baru bangun** itu pun selepas di tengking/dimaki/dibebel oleh..emak./atau sesiapa laa..kan...zuhur pulak ntah ke mana -mana..walaupun ia tidak jatuh kepada berdosa iaitu tidur selepas subuh namun.,.ia menjadi berdosa sekiranya kite telah melampaui batas contohnya..dengan sengaja meninggalkan solat zuhur..mahukah kite digolongkan dengan golongan yang melampaui batas?
Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.malah pernah tak kite terpikir..sekiranya kite tidur selepas subuh..dan bangun selepas itu, badan kite menjadi kurang bersemangat malah rase lemah seluruh badan??walaupun kite tidur hampir 8 jam malah berlebih-lebih an pulak kan.

banyak hikmah kenapa Nabi tidak menggalakkan kite tidur selepas subuh.Salah satunya:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

 jadi-jadi ...jadi..( berapa banyak jadi lerr)..kite harus melakukan perubahan sedikit demi sedikit...dan yang penting istiqamah( berterusan ) insyaAllah..
 Nasihat jia,
jangan tidur lewat malam, nanti subuh kau tenggelam.
mata mengantuk asyik nak pejam, bangun tahajud ..HARAM
selepas subuh kau pulak yang mengeram,
tidak ingat siang dan malam, bile rezeki kau suam-suam, 
nak kate ape..aku pun TERDIAM...

MAAFLAH,saje2 nak menghiburkan hati..lakukan perubahan
orang kate" BETULKAN YANG BIASA..DAN BIASA KAN YANG BETUL"

terlanjur bangun pagi..ini, Nabi ada ajar kite..perkara sunat yang amat amat di galakkan untuk dilakukan..iaitu..SOLAT SUNAT DHUHA..Apa itu dan bagaimana untuk melaksanakannya??bagus soalan itu.bagi yang sedang mengamalkan nya teruskan beramal..jika ada yang baru nak bermula..jangan bimbang tiada istilah lambat dalam melakukan kebaikan...okey, di bawah jia ada serta cara2 solat sunat dhuha ( search kat google jek..)

solat sunat dhuha dilakukan di awal pagi sekurang2nya bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 11 .00pagi
Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama

      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
 "sahaja aku menunaikan solat sunat dhuha 2 rakaat tunai kerana Allah Taala.
    Takbiratul Ihram
      Doa Iftitah
      Membaca surah al-Fatihah
      Membaca Surah al-Qur’an( digalakkan membaca surah AS-SYAMS bagi rakaat pertama/surah AD-DHUHA bagi rakaat kedua)
      Rukuk
      Iktidal
      Sujud
      Duduk antara dua sujud
      Sujud kali kedua
      Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
    Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
      Duduk untuk tahiyyat akhir
   Memberi salam ke kanan dan ke kiri
  Membaca Doa

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh
.aminn
mudah saja kan..?malah tak sampai 3minit pun.Jadi apa lagi.pendayuung sudah ada di tangan, sampan sudah tersedia ..yuk marilah kite amalkan..insyaAllah..

tak sedar, menaip..rupe2nya dah macam cerpen pendek je nie.oklah,,nak berundur diri..sebelum itu, selamat beramal semua.dan kongsikan ilmu yang sedikit ini kepada kawan2, keluarga,dan sebarkanlah seluas-luasnya.Ganjaran bakal menanti sekiranya kite membantu agama Allah.

alhamdulilah, terima kasih Allah

p/s: hampir sejam baru selesai menaip.. ...ARE YOU HAPPY?YES..IM HAPPY....
 

You May Also Like

2 comments