##@!#$%%^speechless##@!%%^ - Jiakreatifelt

May 19, 2012

##@!#$%%^speechless##@!%%^

demam demam..demam...
setiap bulan hampir setiap bulan pasti aku akan demam.dan orang yang akan  aku susahkan adalah suami aku.kesian die duk jaga aku siang dan malam.tidak tahu nak ucapkan apa lagi..TERIMA KASIH, SAYANG.
kisahnya bermula :::
sejak hampir seminggu aku sering /kerap buang air kecil ...kekerapan yang luar biasa, badan lenguh2, pinggang sakit2, dan badan rese macam suam2 jek..tetapi aku gagahkan diri menjalani hidup seperti biasa kerana aku malas memanjakan diri sendiri.aku cube berfikir +ve.Pada 15/05 aku ada panggilan interview..maih aihhh,aku tengok kemain ramai nyerr...x silap aku ada dalam 59 orang.cehh, bayangkan.xpe lagi.aku kuatkan diri untuk sabar menanti.Interview dibuat secara berkumpulan. means dat, 4 orang sekali masuk .aku ni tergolong dalam kumpulan 7.Itu pun aku dah se terrrlalu lama masa berjalan.sementara nak tunggu giliran aku tu la,aku dah sejuk mengigil( bukan sebab aku takut...tapi aku sedang mengalami kesejukan yang luar biasa )..HANYA Allah je yang tahu.Aku mula rase tak sedap badan, badan mula panas tapi aku rase sejuk.( pelik kan ).selepas je interview, balik je..aku collapsed.demam panas!!!!waaahhh....plus dengan sakit kepala..so demam pun bermula..aku duk pikir la demam aku ni mesti kejap je .biasa la, maybe aku tak biasa lagi dengan persekitaran di labuan nie.al maklum lah ,labuan ni sebauh pulau ..dikelilingi laut.udara laut lagi panas dari udara biasa..nie.so kena banyak2 minum air..continued, malam tu..kesejukan + kepanasan ..menyerang aku lagi.aku demam ..sampai x leh nak tido.pusing kanan pusing kiri..masih tak boleh nak lelap kan mate.bayangkan lah, macam mane nak tido..sakit kepala, badan rase panas, tapi sejuk...ntah lah, susah nk diceritakan ..esok pagi nyer, selepas melihat keadaan aku yang tidak tentu arah, suami aku bawa aku ke hospital..akhirnya,aku dimasukkan 2 botol air.perghh, ini lah pertama tama kalinya benda ini jadi kat aku.doktor kate aku mengalami salur
 
kencing yang dijangkiti kuman...redha~~
pukul 10.00 pagi masuk dan keluar pukul 12.00 tghari.apa-apapun,terima kasih kepada staff di Hospital labuan kerna memberi layanan yang terbaik ..
malam itu, demam aku kejap ok kejap tak.macam main2 je.sakit kepala jangan cakap la.muntah saja.aku rase sakit kepala yang teramat .macam mencucuk- cucuk.perut rase sangat lapar tetapi pahit je mulut ini.Terharu masa kite sakit ni la, baru kite tahu siapa yang sayang kite..terimakasih emak,yong,abang, akak,kawan2,especially Zuraini Zahidi coz ambik berat..walaupun dari jauh, doakan kalian sentiasa memberi semangat.Saat itu aku mula merasakan kematian kah terbaik buat ku ??aku mula rase insaf di atas segala dosa yang aku perbuat.
Ya Allah, sekiranya kematian itu adalah baik buatku, maka mati kan aku dalam keadaan beriman kepada Mu, dan sekiranya kehidupan itu adalah baik buatku, maka hidupkan aku dalam keadaan sentiasa bersyukur kepada MU..aminn
 demam aku mula kebah.alhamdulilah.namun sakit kepala masih lagi ada.Kesian suami ku.bersusah payah membeli air kepala, asam jawa ( mak aku kate rendam asam jawa elok untuk lapkan di kepala ).suami aku lah orang yang paling susah ,merawat dan menjaga aku.Dia lah yang membasuh pinggan, membasuh baju( walaupun washing machine yang basuh kan ), kemaskan rumah, dan sbg.TERIMAKASIH Allah KAU kURNIAKAN aku pasangan yang baik.dan alhamdulilah..berkat air tangan suami ku( dialah yang menyapu air asam jawa tu kepala ku ini) ..pagi ini aku sembuh seperti biasa dan dapat menaip dan juga berkongsi kisah hidup aku yang tidak menarik langsung ini.
namun setiap kejadian /musibah yang Allah bagi pasti ada 1001 hikmah di sebaliknya:  
hubungan/kasih sayang suami isteri akan bertambah- tambah erat
Allah sayangkan hambaNya..malah kasih sayang Allah melebihi kemurkaanNya
  hargai nikmat sihat..^____________________________________^V
Sekian, terima kasih

terima kasih Allah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard