Artis bukan idola terbaik - Jiakreatifelt

Jun 5, 2012

Artis bukan idola terbaik

tengok tajuk di atas...mesti ramai yang akan panas,dan tidak bersetuju..kan kan.maaf ini lah hakikatnya yang perlu anda telan bulat2.tetapi maksud saya disini bukan lah semua artis..hanya segelintir sahaja.
Kalau kite tengok sekarang dah macam musim pulak, orang suke amat dengan artis2 korea.Tidak kira lelaki dan perempuan.Seolah-olah macam terlalu obses je..kan,sampaikan penampilan pun nak ikut cara mereka.OMG..ce kabo kan apa yang best sangat dengan diorang nie??sebab diorang cun?cantik?hensem?itu je ker..???ada tak sebab lain yang boleh buat aku terkezut??!!
kat sini bukan aku nak membanteras untuk minat kat artis2 ini.tetapi ambil je la langkah bersederhana.jadikan mereka hanya sebagai peransang untuk kite berjayaa..opss!!berjaya??berjaya jadi apa yer..??bak kata pepatah,Tepuk dada tanya selera..apa kata kalau kite gantikan dengan tepuk dada tanya lah iman.sebab apa tanya iman?sebab apabila tanya iman;jawapan akan jadi lebih waras dan logik ( berdasarkan alquran &as sunnah)..sedarlah semua wahai semua terutamanya aku nie..tapi alhamdulilah setakat ni aku minat pada artis2 ini hanya biasa2 je.Aku suka artis yang berhijrah contohnya..ramai dah sekrang.dan apa kata kalau kite amik mereka2 yang telah berhijrah ini sebagai contoh.

teringat aku suatu ketika dulu, siapa tidak kenal wardina saffiyah seorang pelakon dan pengacara terkenal, kan.kalau kite tengok beliau dulu dengan sekarang jauh berbeza.Malah beliau sekarang semakin boleh dibanggakan.Mari kite tengok apa reaksi beliau apabila diajukan mengenai artis jadi ikon kepada masyarakat.


"Tidak payah, tidak payah, tidak payah!"
Wardina yang bercakap menerusi pengalamannya sendiri berkata dunia artis adalah dunia yang lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan banyak bersandarkan kepada keseronokan.

Katanya ada kalangan artis menghabiskan masa di kelab-kelab malam, mengambil dadah, minum arak dan terdedah kepada pergaulan bebas di luar batasan.Malah katanya, budaya tidak solat dan berpuasa adalah 'standard' biasa bagi kebanyakan mereka termasuk dirinya yang merupakan kaki kelab malam satu ketika dahulu.

Mengakui yang akhlak dirinya dahulu adalah umpama Britney Spears, Wardina meminta sahabat artis yang tidak bersetuju dengan tanggapannya agar tidak cuba menafikan sesuatu yang menjadi realiti sebenar kehidupan kelompok itu.

"Tak payah nak menegakkan benang yang basah, kerana saya tahu macam mana keadaannya dalam dunia artis itu. Jadi pada saya tak payahlah nak jadikan artis-artis ini idola anda semua, tak payah, tak payah.

"Nak ambil yang ciri-ciri positif sahaja boleh, tapi tak perlulah nak dijadikan idola," katanya kepada hadirin dan pengunjung pusat beli belah yang sebahagian besarnya terdiri daripada para remaja.

Wardina berkata dia bukan mahu mendabik dirinya sebagai yang terbaik tetapi dia sentiasa mendoakan kebaikan untuk dirinya kerana dia adalah contoh dan idola untuk anak-anaknya sendiri.

Katanya, apa yang merisaukan dirinya tentang kehidupan artis di Malaysia hari ini adalah apabila ada di kalangan mereka yang sering mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama tetapi tiada yang menegur.

"Saya takut bila perkara salah yang artis lakukan tidak menjadi salah lagi, perkara yang salah tidak ditegur para ustaz dan ulama, artis-artis jahil dan mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama. Tetapi tidak ada orang tegur, artis berbaju separuh bogel tidak ada orang tegur dan hiburan terlalu banyak dan melalaikan. Ini yang saya risau sebenarnya," katanya.

di petik dari : http://tukulbesi.blogspot.com/2010/02/wardinaartis-bukan-ikon.html
 
nah ini lah die...apa lagi yang nak disangkal lagi..sudah terang lagi bersuluh kan...itu baru kehidupan artis di malaysia ,bagaimana pula dengan keadaan artis2 di sebelah barat?adakah lebih baik malah adakah lebih teratur??
kenapa kite perlu menjadikan seseorang itu ikon kite kalau orang itu sendiri lebih teruk dari kite( maksud disini tiada sifat baik untuk dicontohi pun)..malah lebih membuatkan kite jadi lalai??nauzubillah..
bukan kah setiap idola itu perlu dijadikan insprasi kite untuk menjadi lebih baik malah menjadi peransang untuk kite jadi seperti nya.betul tak??
jadi siapa idola kite sepatutnya???
masih ramai lagi ...contohnya, Nabi Muhammad saw,cendekiawan islam,alim ulama,sahabat2 Nabi,srikandi2 islam yang hebat boleh dijadikan idola..:]
siapapun idola kite itulah yang akan mencorak kite
dikesempatan ini, aku nak share sikit beberapa artis yang telah berhijrah malah kawan2 semua boleh jadikan mereka sebagai ikon:insyaAllah:]


dari kiri: wardina dan irma hasmie.

ustaz akhil hayy ini dahulu seorang anggota kumpulan rock di Malaysia iaitu D'Riyadh
siapa tidak mengenali beliau?dalam filem ali setan..sekarang ini alhamdulilah,dah jadi macam ustaz dah
bob lukman.terkenal dengan lawak2nya.Namun kini dah berubah.
Catriona Ross,alhamdulilah :]

ingin lihat yang lain?klik ===> sini
 inilah insan2 terpilih yang Allah telah beri hidayah..marilah kite ambil pengajaran dari kisah mereka dan tidak salah menjadikan mereka idola kite..tetapi ambillah ia secara sederhana.jangan OBSES!!


SEKIAN, itu sahaja yang mampu untuk aku kongsikan disini.mohon sejuta kemaafan andai ada yang terluka.aku hanya berkongsi..


YA Allah, terimalah amalanku dan taubatku ini

9 comments:

  1. BETUL TU... PE KATA AMBIK PARA ULAMA JADI IDOLA..LBH BGUS KAN?

    ReplyDelete
  2. betul tu...kalau nk ambik jadi idola pun...pilihlah yg terbaik dan ikutlah yg baik shj..yg buruk tgalkan..:)

    ReplyDelete
  3. banyak buruk daripada baik kalau ber'idola'kan artis ni kan..tepuk dada tanya iman :D

    ReplyDelete
  4. @Cik Lyeenmereka jugak tidak sempurna.kite ambik yg baik shja

    ReplyDelete
  5. moge hidayah itu kekal hingga ke akhirnya. :)

    ReplyDelete
  6. aamiin. harap begitu lah. hargai nikmat Islam yg diberi kan. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard