disebalik kesulitan ada kemudahan

by - June 04, 2012

Sudah hampir 4 hari Kamil dan isteri terpaksa catu makanan.Sejarah duit dalam purse tiada lagi.habiss.Bulan ini gaji Kamil habis membayar sewa rumah.Mereka baru sahaja berpindah di rumah baru.Orang kata kalau pindah rumah ni banyak pakai duit.Itulah yang menyebabkan Kamil dan isteri terpaksa ikat perut.Makan apa sahaja yang ada dirumah.Mujur isterinya memahami dan tidak merungut.Dirumah mereka hanya tinggal berdua.Belum lagi dikurniakan anak.Untuk menghilangkan rasa sunyi, mereka membela kucing.Yang paling menyedihkan kucing2 itu pun merasai kelaparan akibat dari itu.Pasangan ini tidak mampu untuk membelikan makanan kepada diri sendiri apatah lagi makanan kepada kucing mereka.Apa lagi yang mampu lakukan, hanya mengadu kepada Nya.Mereka yakin setiap kesusahan itu ada kemudahan.
Hari ini, Kamil mengajak isterinya keluar pekan untuk mengambil sedikit duit berbaki di dalam bank.Alhamdulilah masih ada sedikit duit untuk menampung waktu kecemasan macam ini.Kamil memanjatkan kesyukuran.Motosikal menjadi kenderaan utama mereka.Sedang dalam perjalanan menuju ke pekan, Allah menguji mereka lagi.Tayar motosikal Kamil pancit.Mereka tidak mengeluh malah masih beranggapan bahawa itulah kasih sayang Nya.Mereka bercadang untuk menolak sahaja moto itu sampai ke pekan.( agak jauh lagi sebenarnya )..walaupun tahu dalam poket langsung tiada duit.bagaimana??tetiba ada seseorang hamba Allah yang prihatin, menegur mereka.Mungkin orang disitu agaknya.
'Bang, moto pancit ker??tak kan abang nak tolak kot..jauh lagi bang ke pekan tuhh"sapa die pada Kamil.Kamil tersenyum.Mungkin ia pun tidak tahu nk menjawab.Kebetulan tempat kejadian itu berdekatan dengan petronas.Dan lelaki itu menyambung" Abang, pergi je kat petronas tuh.Tukar tayar moto disana.Lebih selamat"cadangnya.Kamil sekali tersenyum.Mungkin ini lah pertolongan Allah walaupun hanya dengan kehadiran lelaki itu memberi idea..Kamil menjawab" oowh, betul gak tuh.terima kasih yerr".setelah mengucapkan terima kasih ..kamil terus pergi ke petronas untuk membuka tayar motonya.Isterinya hanya akur dengan keputusan suaminya.
sekali lagi pertolongan Allah...datang kepada mereka.Ada seorang pekerja di sana dengan rela hati pinjamkan motosikalnya untuk kAMIL membawa tayar motosikal nya ke pekan..Alhamdulilah..terima kasih Ya Allah.Kamil mengucapkan syukur tidak terkira kepada Allah..

begitulah kisah pasangan suami isteri ini.Walaupun di uji ..insyaAllah mereka masih bersangka baik dengan ALLAH.pertolongan Allah kadang-kadang datang tanpa diduga malah tidak disangka-sangka.Hebatnya kasih sayang Allah.:).
 
    teringat aku dalam salah satu surah dalam Alquran iaitu surah insyirah
Adalah Surah yang  ke-94 dalam Al Quranul-kareem Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,


وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,


الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?


وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

 
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain,


وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

صدق الله العظيم

Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar


inilah firman dan janji Allah kepada hambaNya yang diuji.Bagi Kamil dan isteri apalah sangat ujian yang Allah bagi kepada mereka ini jika dibandingkan dengan kesusahan orang lain..yang lebih menderita.
Marilah kite memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah memberi banyak nikmat kepada kite..terutamanya nikmat iman;iaitu hidup dan lahir dalam keadaan ISLAM.
Terimalah setiap ujian itu dengan sabar, kerana sabar itu manis walaupun payah...:D
terima kasih Allah

You May Also Like

6 comments

  1. mmg.. mmg kena bersabar...tp kadang2 x tersabar gak bila ada masalah..perbnaykkan istifar dan zikir..tu je kan ubatnye...

    ReplyDelete
  2. @eintan nurfuzieye.betul tu.:D..tiada hamba yang mengaku beriman tidak diuji...

    ReplyDelete
  3. selalu juga terima ujian dan memula tu memang 'angin' sikit pastu fikir balik tak guna pun marah2 kan, astaghfirullah..marah tak menyelesaikan masalah pun kan..

    ReplyDelete
  4. setuju.marah itu adalah bisikan syaitan..mari2lah kite beljr mengwal amarah itu

    ReplyDelete
  5. emm .. memang terima semua ujiannya dengan penuh kesabaran..


    *mesti ada hikmah disebalik kejadian..

    ReplyDelete
  6. @Nurrulsetiap apa yg Allah beri adalah ujian kepada kite.bersyukr dan bersabar:)

    ReplyDelete