Jun 2, 2012

Bersyukur bertambah nikmat

selamat pagi semua...dah baca gambar kat atas ...erm,marilah sejenak kite muhasabah semula diri ini malah kalau boleh kite muhasabah diri kite ini hari-hari..
sememangnya dah fitrah kite, akan berasa cemburu apabila melihat kesenangan orang lain malah ada yang iri hati /dengki terus berniat untuk menjatuhkan seseorang itu.Dengan pelbagai cara dan usaha untuk menjatuhkan nya tanpa mengira dosa dan pahala malah yang lebih teruk sanggup mengeyutukan Allah.nauzubillah:(

Firman Allah SWT yang maksudnya:”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7)
Benarlah kata2 Allah dan yakinlah itu semua benar..malah apa yang perlu kite betulkan selama ini adalah:
Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.

Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah

Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah

Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang
sekian,terima kasih.
itu sahaja perkongsian aku untuk menginggatkan aku jugak disamping kalian semua..
belajar untuk bersyukur
Share with the world:

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by Beautifully Chaotic