agak-agak awak bila kite boleh kapel?part II

by - July 19, 2012

Hukum bercinta sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi.
sekali lagi aku nak menegaskan disini..namun,sekiranya anda bercinta adalah niat untuk berkahwin..cepat2 lah laksanakan nikah itu kerana sanggupkah korang menanggung kerinduan apatah lagi dosa sebelum si dia menjadi halal...
JANGAN TIRU AKSI DI ATAS!!!^^
Entry ini adalah sambungan dari sini 
bukan niat aku untuk menggalakkan korang bercinta sebelum nikah,namun cuma nak berkongsi sesuatu yang perlu korang tahu dan jua diriku ini.:]
kebahagian itu dambaan setiap orang namun kebahagian itu adalah dari Dia.Jadi kebahagian yang bagaimana kite mahukan?sementara atau selamanya?
ok tak ayat aku di atas?ini ilham aku sendiri..wink wink..^____________~~
baiklah kita meneruskan cara2 atau langkah yang korang perlu buat untuk menjaga hubungan percintaan korang.Walaupun, korang dah terjebak dalam dunia percintaan kalau nak putus terus dengan kekasih korang,confirm-confirm korang akan merana(jujur..memerlukan masa untuk perbaiki kelukaan di hati kan kan).Tetapi,jika korang memang dah kuat,silakanlah untuk memutuskan hubungan itu semata kerana Allah.Mohon kepada Allah andai benar dia jodoh korang,peliharakan dia sebaik-baiknya.Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penjaga.
Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
Dalam menjaga hubungan ini,korang kena kuatkan iman terutamanya.pabila korang bercinta ini,pasti korang akan sentiasa teringat si dia even nak sembahyang pun(oppss..ini lah wajib dielakkan).
  • Kalau korang sayangkan seseorang itu,pastinya korang kena niat kan untuk menerima seadanya dan bagi silelaki niatkan untuk menerima si dia atas niat untuk memimpinnya ke jalan yang diredhai..bukan sebab si dia cantik/hensem.(itu hanya kebahagian yang sementara).Bercintalah seadanya kerana korang apabila putus dengan si dia pun tidak akan merasa sangat kecewa apatah lagi korang tidak akn melakukan perkara2 yang sia2.
    • kata-kata hikmah dari USTAZ AZHAR IDRUS
Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
    indahnya saat HALAL:]
    • Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.

    • RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll)

    • HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.

    • Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh

      cara islam,bagaimana cara nya untuk meluahkan perasaan kepada perempuan yang kite minati 

      Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia) Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.

      sekiranya,si lelaki yang memang dah mampu(wajib untuk kahwin) dan berkenan dengan seorang wanita:maka
    • Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.

       ingatan: TUNANG bukan tiket untuk kite bebas berjalan berdua-duaan
    • Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayah dia sekali.

    • Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,

    • Dop Payah nikoh ni, bende yang mudoh

      sekian,itu sahaja modal idea aku hari ini.InsyaAllah jika ada idea datang pasti ku coretkan lagi untuk kalian(mood mendengar lagu2 nasyid ramadhan sambil2 tu selang selikan dengan lagu raya..oppss..)minta maaf sekiranya penulisan ku ini banyak kurangnya..sesungguhnya aku berusaha untuk menjadi baik..dan pada masa yang sama mengajak korang semua untuk menjadi baik..InsyaAllah.

    You May Also Like

    1 comments