Bergantung harap

by - July 09, 2012

nauzubillah...jauhkan Aku dan keluargaku dari sikap ini ..Ya Allah.
contoh yang dapat aku lampirkan disini:

A: Aku demam dah lama..mujur aku pergi ke klinik tu.Doktor itu bagi aku ubat..terus aku kebah.ko kalau sakit pergi jer ke klinik tu.ubat die baguih
B:OOh..yeker..kalau macam tu,aku ikut cakap ko.
dari Allah kite datang dan kepadaNya kite kembali,
Allah memberi segala penyakit, namun kepada Allahlah segala penyembuhnya
dimana kah silapnya dialog di atas?
Doktor itu bagi aku ubat..terus aku kebah.ko kalau sakit pergi jer ke klinik tu.ubat die baguih.
mari kite perhatikan betul-betul.Encik A ini memberitahu kepada kawan nya bahawa dia demam namun selepas sahaja mendapatkan rawatan dan makan ubat,die terus sahaja sembuh.Encik A ini mengatakan bahawa ubat dari klinik itu lah yang telah memberikan kesembuhan pada die.,(agak-agak korang betul ke kata-kata ynag dikeluarkan oleh Encik A tadi?)

Pembetulan:
A: Aku demam dah lama..tetapi Alhamdulilah,aku pergi ke klinik tu.Doktor itu bagi aku ubat.Dengan izin Allah,aku sihat seperti sedia kala.
B:O..alhamdulilah.

kesimpulannya :
kite sering meletakkan apa yang berlaku pada kite adalah akibat dari apa yang kite buat.Pernah tak kite terfikir bahawa segala-gala yang berlaku pada diri kite sekalipun sekecil mana pun itu adalah kuasa Allah.Contoh yang aku beri sebentar tadi adalah mengambarkan bahawa UBAT yang dimakan oleh Encik A itu hanya sebagai ASBAB untuk Encik A kembali sihat atau tidak. Tanpa izin Allah(sekalipun ubat yang mahal dan dijamin kualitinya)tidak mungkin jua akan bisa menyembuhkan.Jadi disini,aku mengambil inisiatif ini disamping menginggatkan diri aku ini ..bahawa kite harus membetulkan apa yang biasa kite fikir..seperti di atas.Letakkan pengharapan kepada ALLAH dengan sebenar-benar pengharapan kerana semua yang terjadi adalah Kekuasaan Nya,Apabila Dia berkehendakkan sesuatu..jadilah maka jadilah ia^_______________^ teruskan berdoa kerana doa itu adalah senjata mukmin..malah Allah amat merindui rintihan hambaNya

You May Also Like

6 comments

  1. Alhamdulilah , penah dengar citer nie dari ustazah jugak :)

    ReplyDelete
  2. alyn pun pernah dengar pasal ni..segalanya dtg dari Allah :)

    ReplyDelete
  3. alhmdulilah,sama2..kite ambik yg baik..insyaAllah:-) :-)

    ReplyDelete