Ini lah rezeki di bulan ramadhan - Jiakreatifelt

Jul 30, 2012

Ini lah rezeki di bulan ramadhan

inilah rezeki selepas menanti hampir 7 bulan..syukur kepada Mu,Ya Allah..

apakah agak2 nya?kisahnya begini..
selepas berkahwin..aku mengikut suami bekerja di Wilayah persekutuan Labuan.Jadi memandangkan peluang pekerjaan disini amatlah terhad jadi terpaksa lah aku duduk di rumah sahaja sebagai suri rumah sepenuh masa.Mula,rasa bosan sangat duduk rumah ..tapi lama2 alhamdulilah..aku dah mula membiasakan diri dengan menyibukkan diri dalam blogging terutamanya.Aku mula belajar macam2 perkara terutamanya belajar untuk bersabar dan bersangka baik dengan Allah..

mesti korang tertanya-tanya..apakah yang membuatkan aku begitu gembira?
alhamdulilah,aku dapat jadi guru ganti selama  3 bulan bermula dari 6/08 hingga 3/11/2012.syukur sangat.ini lah rezeki ramadhan.walaupun singkat namun aku dapat gak berbakti kepada anak bangsa(cehh..wah..)
aku mengajar subjek sains tingkatan 3.sesi petang.alamak kena study ...huhuh..nak tahu tak sekolah kat mana?
Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan.Moga2 aku dapat berkongsi sedikit ilmu yang aku ada ini.
takut sebenarnya ini,takut tak faham bahasa diorang nanti..dan dorang tak faham bahasa aku nnti..yela,aku ni piyor orang kuala kangsar..(cisshh)
'korang semua doakan aku supaya dapat menyesuaikan diri di tempat kerja baru nanti yer dan dapat anak murid yang sporting...'

bagi mereka yang sedang menanti sesuatu,yakinlah ..untuk menanti dengan sabar.InsyaAllah.Allah adalah pemberi rezeki tepat pada waktunya..Kita sebagai hamba harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

alhamdulilah..itu sahaja yang mampu ku ungkapkan

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard