hati-hati,gambar anda dicuri

by - August 01, 2012

 semalam,sedang aku asyik melayari laman mukabuku,aku terbaca sesuatu kenyataan...aku kurang ingat keseluruhan ayat nya namun ia lebih kepada nasihat untuk kaum wanita mengenai cara berpakaian terutamanya.Sebagai perempuan,kita mesti suka sangat tangkap gambar dan of cos akan upload gambar itu  di facebook,twitter.Mengharapkan komen dan seberapa banyak like dari kawan2 korang kan kan..(alamak terkena batang idung ku..)namun, berwaspadalah...kerana saat ini, ada satu page yang di create bagi menghimpunkan semua gambar2 gadis.malah,ada yang tiada berpakaian juga turut diletakkan dalam album itu.so, berhati-hatilah.memang aku tengok banyak sangat...malah sampai aku tak tertengok satu persatu..aku cuma  nak menginggatkan diri aku dan kawan2 semua,beringat pabila meletakkan gambar kamu dlm fb. kerana..akan ada tangan jahat dan mata liar mengambil gambar anda tanpa sedar. Turut menyedihkan akan ada lelaki yang komen gambar anda itu.Komen2 nya amatlah memalukan dan mengaibkan.Mahukah kite dieksploitasi kan dengan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini?Tolong lah,wahai semua puteri2 kesayangan..peliharalah auratmu sebaik-baiknya.

Perhiasan yang kau miliki bukan untuk dipertonton kan tetapi semua itu untuk suami mu..
 serius aku berkongsikan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa,namun apa yang perlu kita lakukan adalah REPORT PAGE INI..!!!
Mana tahu ada jugak kawan2 kite,atau saudara kite sendiri menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab ini.
untuk itu,aku memohon jasa kalian untuk menghapuskan page ini..sehabis2nya.
nasihat aku untuk admin page ini: tolong lah delete page ni.anda telah melakukan perkara yang sia-sia.malah anda telah mengaibkan gadis2 ini.Jika benar anda tidak dapat mengawal hawa nafsu itu...bernikah lah.Apabila halal,tiada menjadi salah malah pahala yang kau dapat.
dalam terkejut,aku terjumpa 1 kenalan blogger kita..LYSA FAIZUREEN turut menjadi mangsa.bukan 1 gambar beliau malah ada hampir 3.Sila kan lah membantu kawan2 kita ini.
di mana kah kita saat ini,duhai muslimah?
Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya
 hijjaz:dilema

You May Also Like

8 comments

  1. Salam Jia, actually ataicha pun tak tahu nak kata.. style curi picture orang pastu publish kat other pages dah lama berlaku... sepatutnya kita patut tau mana yang boleh diupload mana yang tak boleh... sebab apa sahaja yang dishare di internet walaupun ianya privacy camne pun.. akan tersebar kepada orang lain.. kan bagus kalau kita hanya letak gambar yang umum yang tidak akan mengaibkan kita?..

    Keseronokan mengambil gambar yang tak senonoh kadang kala akan merugikan dan memalukan kita... maybe untuk simpanan kita.. tapi mana kita tau pemikiran orang lain yang ada copy gambar tersebut? So sebelum nasi menjadi bubur... fikir-fikirkan laa erk..

    ReplyDelete
  2. @~ataicha~serius..memg terkejut sgt kewujudan page ini.malah yang buat ini bukan org asing malah org melayu kite sendri.sangt memalukan..nafsu merajai..kite yg tgok pun dah se berdosa.ygn mentedihkan ramai pulak yang like page ini..terima kasih,nasihat yg bagus..:]

    ReplyDelete
  3. sy ad tgk jugak dekat wall lyssa . page nih sgt teruk . sy sndri pon dah buat report . kesian dekat perempuan2 yg kena curi gmbar tu . yg tutup aurat tu takpe lg . yg tanpa pakaian tu lah yg sedih sikit . org zaman skarang JAHAT . memalukan sesama kaum tanpa pk perasaan dan maruah org . same2 lah kite jaga kehormatan kita sndri sbagai wanita . nak approve org pon jgn sesuka hati je tanpa memantau profile dia . pengajaran untuk semua :)

    ReplyDelete
  4. @-meeSUPERGIRL-betul tuh..alhmadulilah.sama2 lah kite menjadi org yg prihatin.dan berhati2 dgn org zamn la nie.:]terima kasih dgn perkongsian awak...

    ReplyDelete
  5. Kak Jia. Ety pun ada tengok page tu lepas dapat info dari entry blog sahabat blogger Ety, Banyak betul gambar, yg senonoh, yg tak senonoh semua ada. Siap dengan komen macam2 lagi.

    Mungkin bila dah ada page macam ni, para wanita akan lebih peka nak jaga privasi dan aurat sendiri. Itu dari sudut positif. Kalau dari sudut negatif, kita sendiri boleh fikir apakah kesannya. Admin page tu pula, Ety tak pasti apa niat dia, tpi yg pasti segala apa yg tertera di page tu betul2 memalukan.

    Ada juga gambar blogger Yuyu Zulaikha.

    ReplyDelete
  6. @Etytiada niat lain..nafsu belaka..lah.nak cari calon isteri yang 'terbaik' la kot..huhuh.sama2 la ety kite amik pelajaran dan tindakan berhati2..thanks ety dgn perkongsian

    ReplyDelete
  7. Saya bru tgk page fb tu smalam. Ya Allah. Jahat sungguh manusia y buat page tu!! Perempuan yang pkai menutup aurat pun dihimpunkan dlm page tu. Bt album "awek cun". Ya Allah..apelah nak jadi dgn manusia skrg..

    ReplyDelete