rindu untuk update - Jiakreatifelt

Aug 9, 2012

rindu untuk update

salam ramadhan penuh kemuliaan..sedar tidak sedar,sudah hampir kite ke 10 ramadhan yang terakhir.yuk kite muhasabah diri bagaimana dengan puasa kite sebelum ini.
mungkin tajuk di atas tidak kena dengan entry aku kali ni..cuma aku nak highlight kan yang aku dah lama tak update..hihih.busy sikit..^^ini pun curi-curi masa untuk mengupdate.aku rasa terlalu lama tidak mengupdate blog aku nie.mungkin dah agak kelambatan dan kelembaban untuk aku membalas kunjungan korang.minta maaf namun aku cuba untuk membalasnya.InsyaAllah..

dikesempatan Ramadhan yang masih ada,kita rebutlah 10 ramadhan yang terakhir ni..dalam nya ada malam lailatu qadar..apakah itu malam lailatul qadar?
LAILATUL QADAR ADALAH LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hikmah dirahsiakan malam ini? 
>>>supaya umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya<<<

 Tanda kemunculan malam ini
  • malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa
  •  Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi.
  • Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard