15 maksiat yang menurunkan bala - Jiakreatifelt

Dec 19, 2012

15 maksiat yang menurunkan bala

assalamualaikum wbt..

wah!!rindunya nak menaip..dari semalam lagi ketandusan idea nak share apa dengan kawan-kawan semua.Alhamdulilah harap-harap perkongsian kali ini bermanfaat...


1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
penjelasan:
:keuntungan kerajaan seperti minyak haruslah dibahagi samarata dengan rakyat.
:melakukan kezaliman kepada rakyat tangan mu akan di ikat di neraka nanti.
:sekiranya bertaubat haruslah pulangkan semua harta itu kepada mereka yang berhak
:Laknat Allah kepada mereka yang zalim

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
penjelasan:
:Pada zaman sekrang,apabila diterima suatu jawatan yang besar tetapi tidak ditunaikan amanah dengan sebenar sebaliknya digunakan untuk mencari keuntungan besar.
:wang yang digunakan itu disalah gunakan dengan menakut-nakutkan orang yang melakukan kebaikan
:kita juga bersalah kerana salah memilih orang yang yang tidak amanah
:Jangan cenderung kepada mereka yang berbuat zalim,kamu juga turut merasakan dosanya!
tangan -tangan yang menaikkan kepada orang tidak mahu kepada islam untuk menjadi pemerintah maka tangan2 ini akan diikat dihadapan Allah nanti -UAI


3. Zakat dijadikan hutang.
penjelasan:
:enggan membayar hutang walaupun sudah tiba masanya.Fitrah manusia yang melewatkan membayar hutang
:Hutang Allah lebih mustahak untuk disettlekan-UAI
: contoh;1juta kena bayar zakat RM25000..sayang untuk bayar

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
penjelasan:
:Allah berfirman"Suami memerintah kepada isteri" bukan menzalimi tetapi,suami perlu membimbing isteri.Isteri wajib taat kepada suami dalam rumah tangga alaskan berlandaskan syarak.
:orang perempuan ramai masuk neraka sebab derhaka kepada suami.
:amalan isteri tidak diterima melainkan meminta maaf daripada suami
:orang lelaki yang tidak menyediakan nafkah kepada isteri dan anak juga besar dosanya.
:isteri wajib mentaati perintah suami mengatasi perintah ibu bapa
:haram membuat muka masam didepan suami sekalipun salahnya suami kecuali isteri itu datang haid
Siapa saja di kalangan isteri yang bermuka masam di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah sampai ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan memohon kerelaannya
"Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu (isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajibannya terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan :seorang isteri bersujud kepada suaminya."-Sabda Nabi SAW
5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
penjelasan:
:Peringatan yang tidak berkaitan dengan agama.tidak haram dalam membicarakan hal dunia dalam masjid,cuma perlu memperlahankan suara.anak-anak yang bising(nakal betul) dalam masjid jangan bawa dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
   
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau dirubah menjadi makhluk lain.

(Hadis riwayat tarmizi)
 Sekiranya berlaku kezaliman,wajib kita menentangnya..-UAI
*aku hanya dapat rungkaikan sehingga ke no 8 sahaja berikutan UAI pun jelaskan sampai ke no 8 sahaja.*
pendapat aku sendiri:

kita sebagai rakyat berhak mempertahankan hak kita dan menegakkan agama islam.Malangnya,agama islam itu sendiri di tindas oleh orang islam sendiri.Sangat mengecewakan.kenapa orang islam sendiri takut untuk menegakkan agama Allah ini?Orang munafik menafikan kehendak islam.
Apa-apapun,yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk sama2 kita jauhkan.Perbaiki diri sikit demi sedikit asalkan istiqamah (berterusan).semoga kite tergolong dalam golongan hamba yang sentiasa bertaubat.aminn



2 comments:

  1. nauzubillah daripada kita melakukan semua ni..tp sememangnye 15 perkara ni pun dah berlaku...

    yg penting ialah keikhlasan dalam melakukan kebaikan, nak nak bab ibadat.tp x disangkal, nak ikhlas tu susah...tpi..usaha kene ada ;)

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. @Kebahagiaan Hidupkubetul..setuju!InsyaAllah mga kita tergolong dalam golongan hmba yang ikhlas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard