Jul 30, 2012

7/30/2012

O.R.D.E.R dari Cik Kebomm Kebomm.

alhamdulilah ..di bulan ramadhan ini mendapat order dari Cik Kebomm Kebomm.
Permintaan beliau
  • saiz:14inci x 14 inci
  • warna pilihan : maroon(atas) dan hitam(belakang)
  • tulisan: Shazuan love deyla 
  • gambar kartun seperti di dalam bantal  
jom tengok gambar ...TADAAAA..inilah hasilnya..Harap2 beliau suka yerk..^^
terima kasih daun keladi,kalau boleh order la lagi ...:)
 bagi sesiapa yang berminat nak order..boleh pm aku ok..atau tinggalkan pesanan di shout box aku.tq
7/30/2012

Ini lah rezeki di bulan ramadhan

inilah rezeki selepas menanti hampir 7 bulan..syukur kepada Mu,Ya Allah..

apakah agak2 nya?kisahnya begini..
selepas berkahwin..aku mengikut suami bekerja di Wilayah persekutuan Labuan.Jadi memandangkan peluang pekerjaan disini amatlah terhad jadi terpaksa lah aku duduk di rumah sahaja sebagai suri rumah sepenuh masa.Mula,rasa bosan sangat duduk rumah ..tapi lama2 alhamdulilah..aku dah mula membiasakan diri dengan menyibukkan diri dalam blogging terutamanya.Aku mula belajar macam2 perkara terutamanya belajar untuk bersabar dan bersangka baik dengan Allah..

mesti korang tertanya-tanya..apakah yang membuatkan aku begitu gembira?
alhamdulilah,aku dapat jadi guru ganti selama  3 bulan bermula dari 6/08 hingga 3/11/2012.syukur sangat.ini lah rezeki ramadhan.walaupun singkat namun aku dapat gak berbakti kepada anak bangsa(cehh..wah..)
aku mengajar subjek sains tingkatan 3.sesi petang.alamak kena study ...huhuh..nak tahu tak sekolah kat mana?
Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan.Moga2 aku dapat berkongsi sedikit ilmu yang aku ada ini.
takut sebenarnya ini,takut tak faham bahasa diorang nanti..dan dorang tak faham bahasa aku nnti..yela,aku ni piyor orang kuala kangsar..(cisshh)
'korang semua doakan aku supaya dapat menyesuaikan diri di tempat kerja baru nanti yer dan dapat anak murid yang sporting...'

bagi mereka yang sedang menanti sesuatu,yakinlah ..untuk menanti dengan sabar.InsyaAllah.Allah adalah pemberi rezeki tepat pada waktunya..Kita sebagai hamba harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

alhamdulilah..itu sahaja yang mampu ku ungkapkan

Jul 26, 2012

7/26/2012

waah....teruja..terus dapat RM5

rezeki di bulan ramadhan..insyaAllah,harap ada keberkatan...sambil online boleh buat duit..
kali ni, dengan Zoshare.com.series lebih kurang macam says.com tetapi yang ini.. korang daftar terus dapat RM5..best tak:)..mai aku nak ajarkan

AKAN KELUAR POP UP MSG MACAM NIE:]
  • korang boleh pilih untuk SIGN UP(kotak warna kuning) samada melalui facebook atau twitter
  • selepas itu, korang akan diberi link utk korang sendiri(zoshare ni macam kurang lebih dengan says.com)..seriusss
  • automatik,akaun korang akan dikreditkan RM5.00:..Best kan..
  • jadi,apa lagi dengan senang hati korang share la iklan2 yang direcommendkan.. (betul ke bahasa aku ni..huuhhu)
  • jangan lupa untuk invite kawan2 korang yang tidak tahu.
  • itu sahaja,sekian terima kasih
7/26/2012

cara lain untuk dapat side income:-)

salam ramadhan yang ke 7..(betul ker?)..hihhii..cepatnya masa berlalu sehingga dah nak habis ramadhan fasa 1..
ok,hari ini aku nak kongsikan 1lagi cara utk dapatkan side income...
korang pernah tak dengar Prelaunchx?
tiada pengalaman diperlukan,tiada pelaburan diperlukan.tetapi akaun korang akan dikreditkan dengan $100
bagi yang belum register(sementara masih free nie)..mari mulakan langkah setapak:
  • register kat Sini
  • nanti korang kena sign up dulu ok...
  • selepas dah berjaya,korang kena lah pulak log in semula
  • next,korang akan berjaya masuk ke profile korang.apa yang perlu korang tengok,korang akan dapat atomatik $100.00
  • so,untuk menambahkan lebih banyak income,korang kena invite seberapa banyak kawan untuk join.
  • bagi yang kurang yakin, boleh TENGOK SINI 
  •  selamat mencuba:]
 nak tahu cara lain dapat side income? klik SINI
    7/26/2012

    just 1 like to me,plez

    wah..baca tajuk di atas macam merayu bagai...(ayat pujuk niiee)wink wink..

    guys,tolong saya boleh..boleh la.. boleh la..lalalala.hihihi
    tengok gambar di bawah...seperti la itu la aku sekarang.aku memerlukan LIKE korang utk contest header by HH..Header yang menjadi taruhan adalah header aku sekarang(sambil mate korang tengok kepala blog nie.hikhik)

    boleh tak nak 1 like je dari korang?wink wink^____~~

    apa yang perlu u olls buat:
    #seem ini macam nak meraih undi je kan..sori tau.Hanya Allah yang mampu membalasnya:]

    Jul 25, 2012

    7/25/2012

    mari menderma:-)



    hanya melihat wajah mereka..pasti jauh disudut hati kite akan merasa terpanggil untuk membantu.hanya melihat susuk tubuh mereka yang kurus sehingga menampak tulang,sepatutnya kite memanjat rasa kesyukuran di atas segala nikmat yang kite perolehi saat ini...ya Allah,adakah aku terglong dalam hamba yang kurang bersyukur?

    Jul 24, 2012

    7/24/2012

    ini memang biasa atau memang pelik?

    salam 4 ramadhan.Alhamdulilah,masih diberi kesempatan untuk menikmati bulan ini yang penuh ganjaran pahala.
    semalam,selepas mengerjakan solat berjemaah dengan encik suami..sesuatu idea datang mencurah2 di fikiranku.Sengaja nak kongsikan dengan korang...maaflah..kalau tak berapa nak best.^______________~~
    korang baca tajuk kali ini..mesti rase macam tak berapa nak faham kot kan..aku pun rase macam tak faham tetapi aku cube untuk faham(hihihih)

    mari lah kite renungi sejenak tentang diri kita yang terlalu biasa melakukannya..



    • masa bulan ramadhan..kite boleh hafal waktu untuk solat terutamnya solat maghrib(mesti wajib tahu punyer kan.)
    • waktu bulan ramadhan,kite boleh bangun di awal pagi.Untuk si isteri pasti bangun lebih awal untuk menyediakn juadah bersahur.
    • orang kata,masa bulan puasa ini lah kite boleh berjimat duit belanja..tapi kenapa masa pergi bazar ramdhan,kite membeli seperti macam tak jumpa makanan 10 hari?
    • menjadi kebiasaan,kite lebih memilih untuk mendengar lagu raya disaat bulan ramadhan masih ada dari mendengar lagu2 nasyid berkenaan ramadhan ...
    • di awal ramdhan.penuh masjid dengan jemaah untuk solat terawih..tetapi kenapa masa dihujung ramadhan semakin berkurang jemaah?
    • kite akan berkeluh kesah saat ramadhan datang kerana ia akan membantutkan segala aktiviti biasa yang kite buat pada bulan2 lain
    • kite mampu membaca alquran ..sampai berhelai-helai muka surat malah habis 1-2 juzuk dalam 1 hari ketika berpuasa namun kenapa masa di bulan biasa kite susah lah sangat ..nak bukak alquran?
    • pada bulan ramdhan dan syawal..anak2 yatim dirai dengan pelbagai aktiviti seperti majlis berbuka puasa,duit raya dsb ..namun kenapa pada bulan2 biasa kite seolah mengabaikan mereka?
    • anda berpuasa namun anda berbuka dari sumber yang haram(nauzubillah)
    • anda berpuasa namun tidak solat?anda berpuasa namun masih mengata keaiban orang lain?anda berpuasa selama 30 hari namun kenapa masih tiada perubahan selepas ramadhan?
    • anda berpuasa tetapi berbuka puasa dengan si kekasih hati(nampak biasa tapi..renungi di sebaliknya)
    • anda berbuka puasa sehingga tidur kekenyangan..tertinggal solat maghrib/lewat mengerjakan solat 
    • di siang hari,anda lemah ..seakan tidak bermaya..kerana memberi alasan(aku sedang berpuasa)
    • Ramadhan yang datang silih berganti namun anda menganggap ia adalah bulan membebankan ..namun sebenarnya terselit 1001 keberkatan.(special gift from Allah to us)
    • dengan berpuasa ..kite boleh mendidik diri kite untuk menjadi lebih sabar namun kenapa sifat mahmudah itu seolah tiada langsung dalam diri kite?
    • pada bulan ramadhan kite boleh TADARUS..tapi kenapa kite memilih untuk TIDOTERUS?
    • Marilah kite membetulkan niat anak2 kite yang baru nak belajar berpuasa,jangan kite ajar mereka bahawa ada ganajaran dengan berpuasa.contohnya:1 hari puasa RM5.Didiklah mereka berpuasa kerana Allah swt.
    • orang yang merindui ramadhan akan menangis saat ramadhan pergi (insyaAllah moga kite tergolong dalam golongan ini..bimbang masihkah ada ramadhan untuk kite lagi?)
    • kite mengambil mudah untuk bangun sahur.** tak bangun pun tak pe**.(tahukah kalian semua..sahur adalah membezakan puasa kite dengan orang yahudi)
    • kite berpuasa namun apa yang kite dapat..di akhirnya..cuma LAPAR DAN DAHAGA...sia2sialah puasa kite itu.
    • bagi wanita di luar sana,anda berpuasa namun aurat masih terbuka(bagaimana dengan pahala puasa anda agaknya?)
    • di bulan ramadhan inilah,kite perlu mencari seberapa banyak kebaikan namun kenapa semakin banyak orang lalai mencari kemurkaan Allah(maksiat semakin berleluasa..)

    mari kite hayati bait lirik lagu ini:
    Ahlan wa sahlan, marhaban
    Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
    Ahlan wa sahlan, marhaban
    Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
    Ramadhan menjelma lagi
    Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
    Bertambah keberkatannya
    dengan amal ibadah
    Diri tunduk keinsafan
    dan rasa berdosa
    Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
    Usah biarkan berkatnya
    berlalu sia-sia saja
    Ia hadir bagai air bah
    membasuh daki dunia
    Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
    seperti ketibaan orang yang kita cinta
    Dengan ucapan
    Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
    Hati gembira pintu terbuka
    Rahmat Allah Yang maha Besar
    Kita beroleh mutiara hikmah Al-Quran
    Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
    Didatangkan pula Lailatul Qadar
    Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga
    Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...
     minta maaf di atas perkongsian ini..aku hanya ingin menginggatkan diri ku sendiri..yang terlalu cepat lupa dan lemah..moga bermanfaat utk kite semua.
    7/24/2012

    untuk dapat pahala, jadilah seorang ISTERI

    ♥1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
    2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
    3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
    4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad"
    5)"Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
    6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
    7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
    8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu
    TAAT
    7/24/2012

    makanan kegemaran Rasulullah saw:-)

    1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup
    2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertirumah yang tidak ada makanan.
    3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
    4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkanbuah pinggang, membersihkan perut
    5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan airpanas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.Elok diminun waktu pagi dengan air suam
    6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagalmelahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya
    7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan sepertitangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuangkelupaan.8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawatradang perut.10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang populardi restoran Itali)12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

    Jul 22, 2012

    7/22/2012

    RAMADHAN KE2

    Alhamdulilah,diberi kesempatan oleh Allah untuk berada di bulan mulia ini.Ramadhan adalah special gift dari Allah kepada hamba2nya.Justeru itu,hargailah pemberian ini dengan sebaik-baiknya.Amalan dibulan ramadhan akan digandakan pahalanya(subahanaAllah..!!)
    Masa ramadhan lah,kite boleh reload semula iman kite,topupkan amal ibadah kite,remove segala hasad,renew niat yang semakin tersasar,moga kite menjadi hamba yang taat sekalipun ramadhan sudah menutup tirainya..



    sia-sialah kite berpuasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari:[
     amalan2 yang boleh meningkatkan traffic puasa kite:
    • banyakkan beristighfar,berzikir 
    • melazimi bacaan alquran
    • kurangkan bergosip tentang hal orang 
    • muhasabah diri selalu terutamanya sebelum tidur
    selamat menyambut ramadhan !!!

    Jul 19, 2012

    7/19/2012

    agak-agak awak bila kite boleh kapel?part II

    Hukum bercinta sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi.
    sekali lagi aku nak menegaskan disini..namun,sekiranya anda bercinta adalah niat untuk berkahwin..cepat2 lah laksanakan nikah itu kerana sanggupkah korang menanggung kerinduan apatah lagi dosa sebelum si dia menjadi halal...
    JANGAN TIRU AKSI DI ATAS!!!^^
    Entry ini adalah sambungan dari sini 
    bukan niat aku untuk menggalakkan korang bercinta sebelum nikah,namun cuma nak berkongsi sesuatu yang perlu korang tahu dan jua diriku ini.:]
    kebahagian itu dambaan setiap orang namun kebahagian itu adalah dari Dia.Jadi kebahagian yang bagaimana kite mahukan?sementara atau selamanya?
    ok tak ayat aku di atas?ini ilham aku sendiri..wink wink..^____________~~
    baiklah kita meneruskan cara2 atau langkah yang korang perlu buat untuk menjaga hubungan percintaan korang.Walaupun, korang dah terjebak dalam dunia percintaan kalau nak putus terus dengan kekasih korang,confirm-confirm korang akan merana(jujur..memerlukan masa untuk perbaiki kelukaan di hati kan kan).Tetapi,jika korang memang dah kuat,silakanlah untuk memutuskan hubungan itu semata kerana Allah.Mohon kepada Allah andai benar dia jodoh korang,peliharakan dia sebaik-baiknya.Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penjaga.
    Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
    Dalam menjaga hubungan ini,korang kena kuatkan iman terutamanya.pabila korang bercinta ini,pasti korang akan sentiasa teringat si dia even nak sembahyang pun(oppss..ini lah wajib dielakkan).
    • Kalau korang sayangkan seseorang itu,pastinya korang kena niat kan untuk menerima seadanya dan bagi silelaki niatkan untuk menerima si dia atas niat untuk memimpinnya ke jalan yang diredhai..bukan sebab si dia cantik/hensem.(itu hanya kebahagian yang sementara).Bercintalah seadanya kerana korang apabila putus dengan si dia pun tidak akan merasa sangat kecewa apatah lagi korang tidak akn melakukan perkara2 yang sia2.
      • kata-kata hikmah dari USTAZ AZHAR IDRUS
    Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya
    Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
    Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
    Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
    Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
    Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
      indahnya saat HALAL:]
      • Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.

      • RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll)

      • HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.

      • Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh

        cara islam,bagaimana cara nya untuk meluahkan perasaan kepada perempuan yang kite minati 

        Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia) Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.

        sekiranya,si lelaki yang memang dah mampu(wajib untuk kahwin) dan berkenan dengan seorang wanita:maka
      • Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.

         ingatan: TUNANG bukan tiket untuk kite bebas berjalan berdua-duaan
      • Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayah dia sekali.

      • Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,

      • Dop Payah nikoh ni, bende yang mudoh

        sekian,itu sahaja modal idea aku hari ini.InsyaAllah jika ada idea datang pasti ku coretkan lagi untuk kalian(mood mendengar lagu2 nasyid ramadhan sambil2 tu selang selikan dengan lagu raya..oppss..)minta maaf sekiranya penulisan ku ini banyak kurangnya..sesungguhnya aku berusaha untuk menjadi baik..dan pada masa yang sama mengajak korang semua untuk menjadi baik..InsyaAllah.

      Jul 18, 2012

      7/18/2012

      agak-agak awak bila kite boleh kapel?

      fuhhh...ayat seperti tajuk di atas boleh meruntun jiwa(gembira tak kalau ada orang ajak kite kapel dengan die tambah2 orang tu pulak memang kite admire la)oooh...memang madness kan kan...
      sememangnya fitrah kite semua untuk di sayangi,menyayangi.kalau korang tiada sifat seperti ini..maknanya tak normal tu(orang kate macam tak de perasaan)segarang mana pun orang itu akan ada di sudut hati kecilnya..untuk merasa kasih sayang dari orang sekeliling nya.Itu lah sempurnanya penciptaan Allah.:]takbir!!(Allah Maha Besar)

       hari ini,aku rase terpanggil nak kongsikan sesuatu dengan korang semua.mungkin korang pun dah basi dengan tajuk Couple dalam islam.(wujud ke fenomena ini dalam islam?)
      Hukum bercinta sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi.-USTAZ AZHAR IDRUS
      kalau korang bukak laman sosial cth macam facebook,twitter, atau pun blog (maaf ini je la yang aku paling aktif,laman sosial lain aku hanya suam2 kuku je)..hihih.Kalau korang tengok pasangan melayu kite kalau bercinta..bukan main kan ..Siap ada panggilan manja lagi.
      baby-hubby,sayang-ayang,anje-darling,(dan sewaktu dengan nya)
       PERGHH,ayat power tu.
      abang hanya nak menguji kesetiaan cinta ayang pada abang
      abang sanggup meredah hutan belantara,berenang lautan berapi..
      aku baca pun rasa nak jealous tapi nak gelak pun ada.(oppss..minta maaf kalau ada yang terasa...)pertama sekali aku menulis bukan nak mengata orang cuma aku nak ajak korang BERCINTA DENGAN CARA YANG LEBIH BAIK DALAM ISLAM.walaupun dah terang-terang tiada couple dalam islam.:]

      Ini adalah contoh pasangan couple yang bercinta habis!tengok macam bahagia jerr. kan..kan.
      tahniah buat lelaki ini jika dalam hatinya memang BERNIAT untuk mengahwini pasangannya.
      HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.-USTAZ AZHAR IDRUS
      memang zaman sekarang memerlukan kite mengenali dulu pasangan kite sebelum menjadikan pasangan itu pasangan sehidup semati dengan kite.tidak salah untuk mencari namun dalam islam pun sudah ada garis panduan untuk mencari pasangan..Jika kalian sudah terjebak dalam dunia percintaan yang seperti gambar diatas..CEPAT2 LAKUKAN PERUBAHAN.
      jika anda tergolong dalam pasangan yang suka berpegangan tangan...
      • OPSSS...kalau berjumpa,cuba elakkan dari berpegangan tangan (kalau rasa nak pegang tangan jugakkk)apa kata korang cuba lah pegang barang apa-apapun di tangan korang.InsyaAllah..korang akan terlupaa.. pegang tangan kekasih korang.tak pun,korang buat macam ni...(tengok gambar di bawah)
      senang cite korang kalau nak jumpa sangat kekasih ..bawalah sekali emak korang ke,adik korang ke..(conform korang rasa segan nak pegang tangan pasangan korang depan mereka kan)
      • Buat si perempuan, kalau nak berjumpa dengan kekasih ..mesti nak pakai cantik -cantik kan.minyak wangi kalau boleh sampai satu botol nak sembur kat badan.Baju yang di pakai mesti kelihatan cantik.Kalau boleh setiap kali berjumpa dengan pasangan, setiap kali itu lah beli baju baru(kalau hari-hari jumpa..tak ke kopak korang kena beli hari-hari baju baru..)aduiihhh....: P.kenapa kite perlu membazir kepada lelaki yang belum sah menjadi suami kita?apa kata kalau korang pergi jumpa kekasih korang tu,dengan pakai macam nie..bersederhana sahaja.:]
      tertutuplah aurat korang itu(kalau boleh pakai baju kurung atau jubah terus..hihihi)
      jika dulu korang jumpa kekasih korang (seperti gambar dari kiri)..dan tidak salahnya kalau korang didik diri korang untuk memakai seperti gambar dari kanan(jangan pulak korang dah memang asal seperti gambar dari kanan tetapi selepas bercinta terus berubah seperti gambar dari kiri..nauzubillah)
      memang fitrahnya lelaki akan tertarik kepada perempuan yang seksi..namun ..jauh disudut hati mereka,mereka mahu mencari isteri yang ala-ala ustazah gitu.hihihi(kalau tak percaya tanya pasangan korang sekarang)
      sekali lagi jika ada yang tidak suka cara penulisan aku ini,aku hanya ingin berkongsi.:]Minta maaf sekali lagi
      Ikuti lagi sambungan ini di SINI

      Jul 17, 2012

      7/17/2012

      Amal Ramadhan by EffyEirra

      Tarikh mula 16-JULAI-2012 hingga 8-OGOS-2012
      sangat sempoi je giveway ini.jom join====>KLIK SINI
      Pemenang yang dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut :
      • Blog yang kemas , cepat loading , tak serabut dengan haiwan-haiwan peliharaan yang penting sejuk mata memandang .

      terima kasih,cik empunya blog kerana menjemput...weeiii

      Jul 16, 2012

      7/16/2012

      Segmen dari Jiakreatifelt: header dulu hingga kini yang terbaik

       TERLEBIH DAHULU,AKU INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM SEGMEN BIASA AKU INI.:]dengan rasminya,segmen ini ditutup:] tiada lagi pengundian selepas ini.terima kasih
      -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
      PERHATIAN : 
      ANDA HANYA BOLEH MENGUNDI SEBANYAK 5 KALI SAHAJA.SEKIRANYA MELEBIHI DARI YANG TELAH DITETAPKAN, UNDIAN ANDA TIDAK AKAN DILAYAN.TQ
      Bismilah..moga ia memberi manfaat kepada mereka2.aminn
      • Entry ini adalah kesinambungan dari segmen sebelum ini.Namun, ia ada sedikit kelainan.Ini adalah Sebagai penghargaan aku kepada usaha mereka.jadi,aku ingin memohon jasa baik anda semua( terutamanya peserta ) untuk mengundi 3 header terbaik dikalangan para peserta yang aku senaraikan seperti di bawah.
      ( Kepada peserta..Jika anda ingin vote header sendiri pun tidak mengapa..tapi kenapa?hikhik)Header -header ini aku ambil dari header peserta yang terbaik yang telah joined segmen aku sebelum ini.

      PERHATIAN KEPADA PESERTA:Sila maklumkan kepada aku jika anda ingin TUKAR ganti header lain SERTAKAN BERSAMA HEADER YANG ANDA PILIH UNTUK DIPERTARUHKAN.( Tempoh sesi pertukaran header adalah bermula dari hari ini hingga 30/6/2012)

      PERHATIAN: TEMPOH SEGMEN INI DISINGKATKAN KEPADA HUJUNG MINGGU INI(15hb Julai 2012).jADI dikesempatan yang ada minta semua giatkan usaha penggundian header anda>____<
      • UPDATE Langkah penyertaan:
      •  ia berkuatkuasa dari 27/06/2012-20/07/2012 (tempoh disingkatkan,)
      • FollOw blog aku( bagi yang belum sila2 lah merajin2 kan diri itu yerk^_____^)
      • Like my blog  
      • Like my fanpage
      • pengundi terbuka kepada semua yang ada blog malah peserta yang joined segmen dari Jiakreatifelt: header dulu hingga kini  amat2 lah digalakkan untuk mengundi juga( rujuk SENARAI PESERTA )
      • Buat entry bertajuk "Segmen dari Jiakreatifelt: header dulu hingga kini yang terbaik" (
      • Bagi peserta,dalam entry anda perlu ada seperti berikut:
        • WAJIB ada 3 header yang bagi anda yang terbaikkk..( versi boboiboy).nak letak header sendiri pun boleyyy..
        • jemput seberapa banyak kawan2 anda untuk mengundiheader anda.tapi mereka yang nak mengundi header anda perlu membuat entry seperti ini;dengan menyertakan 3 header terbaik ( lihat demo)
        • Header yang PERLU ANDA undi adalah dalam entry ini sahaja
      • Bagi bukan peserta( maksudnya yang tidak pernah join segmen aku yang ini);dalam entry korang jugak perlu ada seperti berikut:
        • WAJIB letak 3 header yang korang rase terbaik 
        • jemput la seberapa banyak kawan2 anda ( kawan membantu kawan )
        • header yang perlu anda undi adalah header dalam entry ini sahaja.(lihat demo)
      • pemenang adalah berdasarkan seberapa ramai yang mengundi header anda.1 entry adalah 1 undian.
      • tinggalkan link entry korang di kotak komen aku untuk aku tengok dan membuat penilaian pengundian.Bagi anda yang join segmen ini akan di address sebagai PENGUNDI
      • pemenang: blog mereka akan direview oleh aku( itu sahaja lah yang mampu aku buat setakat ini)

       TERBARU:
      MAKLUMKAN KEPADA KAWAN2 YANG INGIN MENGUNDI, KINI ADA CARA MUDAH.TIDAK PERLU MEMBUAT ENTRY..ANDA HANYA PERLU MENGISI BORANG UNDIAN YANG TELAH DISEDIAKAN. ANDA PERLU  MEMPROMOSIKAN SEGMEN HEADER INI SECARA BESAR-BESARAN( ikut kepada kreativiti masing-masing)


       SENARAI HEADER YANG DIPERTARUHKAN:
      Undian adalah sehingga 15 Julai 2012 :)(ahad )







      ANDA BOLEH TERUS MENGUNDI DISINI..!PASTIKAN UNDI ANDA TIDAK ROSAK.SILA ISI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA^____________^
      diingatkan janganlah mengundi menggunakan laman url blog orang lain tanpa pengetahuan tuan blog itu sendiri.Jangan lakukannya kerana saya boleh detect.Elakkan melakukannya !!!
      sebelum mengundi pastikan anda telah mengfollow blog ini,( wajib yerr)
      dan like my blog  
      like my fanpage




      Nama:



      URL blog anda:




      Pilih 3 header terbaik
      (anda wajib memilih 3 header dalam 1 undian )

      ETY

      MISS CHILLAX

      KINA

      DEQLA

      NURRUL

      CIK AIMI

      NANAKIMIE

      SUFIANA

      MASZ SIDEK

      ZZ

      CIK LYNN

      ALYNN

      SNOW PINK

      GADIS SPEX

      NIK NOR IZZATI

      MEEYA

      KANCIL

      ZATI

      MASZULL

      FEYZA_ZATI

      ENDLESS LOVE

      EINTAN

      AMY FENDI

      CIK TINGGI

      FIEZA

      ANISA



      Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan sila maklumkan kepada saya





      Seramai 26 peserta yang mempertaruhkan header-header mereka.Sila kan lah jalan kan tugas anda untuk memilih header-header yang terbaik dari yang terbaik.Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.
      OK..siap.penat penat ....mateku. oklah..harap2 kawan2 sudi membantu untuk mengundi header2 di atas yer.jangan rosakkan undi anda!!>_________<.terima kasih bebanyak.Jika ada yang tidak faham dengan bahasa aku..sila inform ok.Korang memang best dan sporting! Akan diupdate:
      7/16/2012

      Edit by Jiakreatifelt#6: Simple cursor

      as salam semua.Apa khabar?(soalan yang biasa..huhu.)dah makan ker.?atau berpuasa?alhamdulilah kepada yang berpuasa dan selamat berbuka pose nanti yer.jangan lupa doakan untuk aku(doa orang yang berbuka puasa adalah mustajab,insyaAllah:])

      baiklah,hari ini ..aku nak bagi sesuatu kat u olls semua.simple je cursor ini.tengah rajin la aku ni.(fuhhh)

      http://2.bp.blogspot.com/-59QURQmVNTM/UAOnwXYgStI/AAAAAAAAEpk/CPTrTlOc8l8/s1600/1.png
      http://3.bp.blogspot.com/-RvdEU0gF0GU/UAOoO31kR2I/AAAAAAAAEps/4q5W23bXJ7Q/s1600/2.png
      http://1.bp.blogspot.com/-rcdWCOXrl9g/UAOo07YarbI/AAAAAAAAEp0/ut77NZOtvcU/s1600/3.png
      http://3.bp.blogspot.com/-n9A1QINFXnE/UAOpeviru1I/AAAAAAAAEp8/gpukAj734dA/s1600/4.png
      http://4.bp.blogspot.com/-Q8eABqSwTx4/UAOp8pMjM9I/AAAAAAAAEqE/0PXPlIpLKmI/s1600/5.png
      ok..lah,dah xd idea sebenarnya..nak ambik boleh je..^^;
      7/16/2012

      Segmen dari Jiakreatifelt: header dulu hingga kini yang terbaik:3 header terbaikk

      (claping hands)..
      syukur alhamdulilah..semalam telah berakhirnya secara rasminya segmen dari jiakreatifelt:header dulu hingga kini yang terbaikk.
      dan kini..tibalah masanya pengumuman para pemenang.Yang tidak berjaya sememangnya..header u olls memang cantik dan punyai kekuatan tersendiri(terima kasih kerana sudi mempertaruhkan header korang..bermula dari perkongsian koleksi header korang)..respect dan terrrharu sangat.^_____________^

      okeylah,tanpa berbicara panjang,3 header terbaikk adalah:
      ALYNN

      DEQLA
      FIEZA
      CANTIK KAN header diorang ..kan kan..terbaikkk..untuk itu,hadiah yang akan korang dapat ialah : jeng jeng jeng...korang boleh letak di tepi sidebar sebagai award(minta maaf lah banner award ini sgt simple)
      http://4.bp.blogspot.com/-trNwtBJgjFM/UANj_URgREI/AAAAAAAAEpE/U8ZvIgTTzg0/s1600/Untitled-1.png
      sebagai kesimpulannya,TERIMA KASIH diucapkan kepada para peserta dan pengundi malah kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak dalam segmen biasa aku ini.^___________^.jasa kalian memang tidak dapat dibalas satu persatu.dan MINTA MAAF di atas kekurangan aku yang sebagai penganjur.ok...lah,thnks semua dan tahniah sekali lagi kepada pemenang.Keep blogging dear semua!!

      Follow me

      Hai.!Saya Jia.

      Saya mengambil tempahan full edit blog; ☑personal dan ☑business. ➹Nak yang responsive template blog; insyaAllah boleh request Harga? Yang pastinya mampu milik dan berpatutan. Email: ✉najiahshaharain@gmail.com Whatsapp: ✆0174428730 ☂Untuk review produk boleh email sy :najiahshaharain@gmail.com

      Followers