Aug 31, 2012

Fail rahsia saya:-)


tengah pening..xd idea nak letak ape dalam entry.so,bukak facebook terjumpa application ni..jom kongsikannya di sini==> http://goo.gl/WLjfJ
have fun:-) !!!!!

Aug 26, 2012

gambar raya

kemaafan.pertama kali beraya bersama suami:-)

Aug 16, 2012

jarang update

ramadhan hampir ke penghujung..bakal merindui mu..apakah masih ada peluang untuk ku ke ramdhan seterusnya..Namun,inilah tahun pertama beraya bersama suami tercinta:P
lately nie,aku jarang amat update blog kerana busy dengan kerja dan plus semalam aku demam..hari ini,alhmadulilah..dah kuat sikit untuk mengupdate blog nie.hihih.TERIMA KASIH KEPADA SUAMI KERANA MENJAGA AYANG SEBAIK-BAIKNYA:]

okeylah,esok dah nak balik kampung.YEAYEA.korang pulak raya kat mane?aku raya kat perak(kami ni asal dari perak)..jadi esok flight kami pukul745am..dari LABUAN.
Doakan keselamatan kami yer..^^

okeylah,nothing to say.just wish happy aidilfitri and forgive for all mistakes..:P

Aug 14, 2012

Allah merindui rintihan hambaNya


Allah Sentiasa Mendengar Doa Hambanya:
Dari Abu Musa al-Asy’ari, beliau menjelaskan:
Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam suatu perperangan, tidaklah kami mendaki tanah tinggi, menaiki bukit, dan menuruni lembah, melainkan kami meninggikan suara ketika bertakbir. Kemudian beliau mendekati kami dan bersabda:
“Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa (menyeru) kepada Tuhan yang tuli (pekak) dan jauh, akan tetapi kamu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu melebihi dekatnya seseorang dari kamu dengan leher binatang tunggangannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2992)

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Allah Ta’ala berfirman, “Aku menuruti persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku akan sentiasa bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/210)

Allah Memperkenankan Doa:
Dari Abu Sa’id, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Tidaklah seorang mu’min berdoa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan tali silaturrahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya satu di antara tiga perkara:
1 – Allah akan segera memperkenankan doanya di dunia, atau
2 – Allah Subhanahu wa Ta’ala menyimpannya sebagai pahala di akhirat, atau
3 – Allah memeliharanya dari keburukan diri semisal apa yang dia minta.”
Mereka berkata: “Sekiranya begitu, kami akan memperbanyakkan doa (terus kerap berdoa)”. Nabi bersabda: “Allah lebih banyak lagi pemberian-Nya”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/18. Menurut Syaikh al-Albani, hadis ini sahih, Shahihul Jami’, no. 5714)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi bersabda:
“Doa salah seorang di antara kamu akan sentiasa diperkenankan selama dia tidak teburu-buru, iaitu dengan mengatakan:
“Aku sudah berdoa namun tidak juga dipernankan bagiku”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6340)
Tiga Doa Yang Tidak Tertolak:
1 – Doa orang tua (ibu bapa) terhadap anaknya.
2 – Doa orang yang sedang berpuasa.
3 – Doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir). (Rujuk: Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, no. 1797)
Berdoa Dengan Hati Yang Khusyu’ Penuh Kesungguhan:
“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.” (Surah al-Anbiya’, 21: 89-90)
“… Mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan harap.” (Surah as-Sajdah, 32: 16)
Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila salah seorang dari kamu berdoa, hendaklah dia bersungguh-sungguh di dalam doanya, janganlah dia berkata: “Jika Engkau berkehendak berilah kepadaku, Sesungguhnya tidak ada yang dapat memaksa Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6338)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Janganlah seseorang dari kamu mengucapkan di dalam doanya:

“Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mahu, Ya Allah, rahmatilah aku jika Engkau mahu”. Tetapi hendaklah dia bersungguh-sungguh meminta dan meninggikan harapan terkabulnya doa yang dipohon, kerana sesungguhnya apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala mengira ia sebagai sesuatu yang penting, pasti Dia akan memberikannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 339)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Berdoalah kamu kepada Allah dengan keyakinan doa kamu akan diperkenankan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Shahih Sunan at-Tirmidzi, no. 2766, menurut Syaikh al-Albani hadis ini hasan)

credits to : SRIKANDI MUHAMMAD

Segmen : BlogWalking Dari Blog Ke Blog

CANTIK JE HEADER DIA NIE.SIAPA NAK JOIN?KLIK SINI
MANGSA TAG:
-GITA
-JIHAN NISSA
-ALIFZH
-kepada sesiapa yang masih belum join:P

Aug 13, 2012

Doa bagi melembutkan hati

Alhamdulilah,hari ini aku nak kongsikan dengan korang semua..1 doa yang diberi oleh emak mertuaku...dari surah al-imran:200.


Doa ini elok dibaca pada makanan dan dihidangkan kepada mereka yang agak degil..insyaAllah,dengan ayat suci Allah..ini akan lembutkan hati mereka:-) ..

selamat beramal!:-)

Aug 11, 2012

SEGMEN : AYU CARI RAKAN BLOGGER

KLIK SINI UNTUK JOIN
  • TERIMA KASIH TUAN BLOG SEBAB ANJURKAN SEGMEN NIE:p..JOM KENGKAWAN KITE MEMBANTU RAKAN BLOGGER DALAM MENJAYAKAN SEGMEN BELIAU

Aug 9, 2012

Segmen: Blogwalking sambil follow

KLIK SINI
terima kasih kepada owner sebab anjurkan segmen ni..^^actually,dah lama follow blog nie..jom korang semua join:]

rindu untuk update

salam ramadhan penuh kemuliaan..sedar tidak sedar,sudah hampir kite ke 10 ramadhan yang terakhir.yuk kite muhasabah diri bagaimana dengan puasa kite sebelum ini.
mungkin tajuk di atas tidak kena dengan entry aku kali ni..cuma aku nak highlight kan yang aku dah lama tak update..hihih.busy sikit..^^ini pun curi-curi masa untuk mengupdate.aku rasa terlalu lama tidak mengupdate blog aku nie.mungkin dah agak kelambatan dan kelembaban untuk aku membalas kunjungan korang.minta maaf namun aku cuba untuk membalasnya.InsyaAllah..

dikesempatan Ramadhan yang masih ada,kita rebutlah 10 ramadhan yang terakhir ni..dalam nya ada malam lailatu qadar..apakah itu malam lailatul qadar?
LAILATUL QADAR ADALAH LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hikmah dirahsiakan malam ini? 
>>>supaya umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya<<<

 Tanda kemunculan malam ini
  • malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa
  •  Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi.
  • Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil
 
 

Aug 5, 2012

segmen dari Jiakreatifelt:jom tambah duit raya

Sticky post
Alhamdulilah,kita masih diberi kesempatan untuk berada di bulan yang mulia ini.Sungguh pantas masa berlalu sehingga tidak sedar ramadhan sudah masuk hari ke7.Jadi bersempena kedatangan ramadhan ini,aku nak ambil kesempatan untuk membuat 1 segmen mudah iaitu JOM TAMBAH DUIT RAYA.Sememangnya,mesti korang tidak akan terlepas dgn iklan dari nuffnang,churp,zoshare,says.com..etc.Jadi dikesempatan yang ada ini,apa kata kite naikkan lagi tabung korang ..nak tak?aku pun nak..bagi aku ini adalah amalan yang mulia kerana kite saling membantu.MESTI best kan kalau duit tabung kite meningkat:]

http://3.bp.blogspot.com/-qd-CkSf97rM/UBIS4N4YK4I/AAAAAAAAE2Q/bz1RFwWJOWE/s1600/DUIT+RAYA.png
Kaedah:
Pastikan korang dah klik link 3iklan aku dibawah ini (tunggu sampai ia habis loading k)
  • Buat tajuk entry"Segmen dari Jiakreatifelt :jom kumpul duit raya"
  • Dalam entry korang,perlu ada dan wajib ada
    • Banner di atas ok
    • 3 link iklan korang (xkisah dr nuffnang ke,churp,says.com)ke..dan sewaktu denganya.etc(INI PENTING)rujuk seperti yang aku buat di atas
    • pastikan 3iklan sahaja..AMARAN:JANGAN LETAK DALAM 1 LINK ADA BANYAK IKLAN..tak dibenarkan..!!
  • Tinggalkan link entry korang dlm kotak komen aku
  • Pastikn peserta yg join mesti mmbuat lawatan kepada peserta lain dan mengklik iklan2..mereka..dan perlu membalas setiap lawatan peserta ke blog korang juga.(jelas tak?)Jika korang hanya menanti orang lain klik pada iklan korang sahaja,maka korang tidak jujur..^^korang mesti jujur sejujurnya.dengan cara macam ni,korang telah membantu kawan untuk menambahkan tabung/duit raya korang..best kan kan..:-)Aku juga akan mengklik dengan senang hati iklan korang itu.^^
  • mari memeriahkan nya..jemput kawan2 untuk membantu korang dan kawan2 korang mengumpulkan duit raya
  • terima kasih semua..harap2 ada sambutan ...bermula dari hari ini (27/07/2012)-5/08/2012**NAMUN SEKIRANYA MENDAPAT SAMBUTAN,AKAN DILANJUTKAN LAGI..
 minta maaf di atas kelewatan mengupdate SENARAI PESERTA..terima kasih,kerana ada yang menginggatkan aku..huhuhu:jemput kawan2 untuk join ok..?
  1. http://izzam4eva.blogspot.com/2012/07/segmen-dari-jiakreatifelt-jom-kumpul.html 
  2. http://izatie91.blogspot.com/2012/07/segmen-dari-jiakreatifelt-jom-kumpul.html  
  3. http://musicloveanisa.blogspot.com/2012/07/segmen-dari-jiakreatifeltjom-tambah.html  
  4. http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/07/segmen-dari-jiakreatifelt-jom-kumpul.html  
  5. http://miszztchocolate.blogspot.com/2012/07/segmen-dari-jiakreatifelt-jom-kumpul.html 
  6. http://misschillax.blogspot.com/2012/07/segmen-dari-jiakreatifelt-jom-kumpul.html 
  7. http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2012/07/segmen-dari-jiakreatifelt-jom-kumpul.html 
  8. http://yayahnasake.blogspot.com/2012/07/segmen-dari-jiakreatifelt-jom-kumpul.html 
  9. http://faralalalala.blogspot.com/2012/07/segmen-dari-jiakreatifeltjom-tambah.html
  10. http://cerita-amna.blogspot.com/2012/08/segmen-dari-jiakreatifelt-jom-kumpul.html 
  11. http://celahanhati92.blogspot.com/2012/08/segmen-dari-jiakreatifelt-jom-kumpul.html 

    Aug 3, 2012

    Doakan aku untuk menjadi baik

    ihsan dari jom g taman syurga page


    ❤ Teruslah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik. Walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain.
    Bila kamu banyak post tentang NASIHAT:Biar orang kata kamu POYO..Biar orang kata kamu BUAT-BUAT ALIM..Biar orang kata kamu nak TUNJUK HEBAT..Biar orang kata kamu BERLAGAK BAIK SANGAT "LERW TUE"..Biar orang kata kamu NAK JADI USTAZ "LERW TUE"..Biar orang kata kamu APA-APA SAHAJA..Ingatlah sahabat...sekurang-kurangnya kamu telah meLAKSANAkan salah satu HAK MUSLIM ke atas MUSLIM yang lain..kamu tak akan diPERSOALkan Allah lagi... biar manusia memPERSOAL kamu di DUNIA, jangan sampai Allah memPERSOAL kamu di AKHIRAT...

    Aug 2, 2012

    contest dari nivea

    inilah gambar kenangan aku masa konvokesyen di Universiti dulu.Zaman muda nie.hihihi

    memang best.tak tahu sebab pe aku berminat nak join contest ini..Maybe sebab aku memang sukakan produk nivea.dari dulu sampai sekarang masih setia.^^ korang mai la join.Mudah je.Kalau gambar kite dapat banyak voters,peluang untuk memang tinggi.jom sertai!
    • klik kat sini
    • nanti korang kena like dan boleh terus upload gambar kesukaan korang.nanti gambar korang akan dapat cop rasmi dari nivea.(tengok gambar aku kat atas)
    • dan kalau nak lebih best,jemput kawan-kawan lain untuk join sekaki:]
    • done:P

    Aug 1, 2012

    hati-hati,gambar anda dicuri

     semalam,sedang aku asyik melayari laman mukabuku,aku terbaca sesuatu kenyataan...aku kurang ingat keseluruhan ayat nya namun ia lebih kepada nasihat untuk kaum wanita mengenai cara berpakaian terutamanya.Sebagai perempuan,kita mesti suka sangat tangkap gambar dan of cos akan upload gambar itu  di facebook,twitter.Mengharapkan komen dan seberapa banyak like dari kawan2 korang kan kan..(alamak terkena batang idung ku..)namun, berwaspadalah...kerana saat ini, ada satu page yang di create bagi menghimpunkan semua gambar2 gadis.malah,ada yang tiada berpakaian juga turut diletakkan dalam album itu.so, berhati-hatilah.memang aku tengok banyak sangat...malah sampai aku tak tertengok satu persatu..aku cuma  nak menginggatkan diri aku dan kawan2 semua,beringat pabila meletakkan gambar kamu dlm fb. kerana..akan ada tangan jahat dan mata liar mengambil gambar anda tanpa sedar. Turut menyedihkan akan ada lelaki yang komen gambar anda itu.Komen2 nya amatlah memalukan dan mengaibkan.Mahukah kite dieksploitasi kan dengan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini?Tolong lah,wahai semua puteri2 kesayangan..peliharalah auratmu sebaik-baiknya.
    Perhiasan yang kau miliki bukan untuk dipertonton kan tetapi semua itu untuk suami mu..
     serius aku berkongsikan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa,namun apa yang perlu kita lakukan adalah REPORT PAGE INI..!!!
    Mana tahu ada jugak kawan2 kite,atau saudara kite sendiri menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab ini.
    untuk itu,aku memohon jasa kalian untuk menghapuskan page ini..sehabis2nya.
    nasihat aku untuk admin page ini: tolong lah delete page ni.anda telah melakukan perkara yang sia-sia.malah anda telah mengaibkan gadis2 ini.Jika benar anda tidak dapat mengawal hawa nafsu itu...bernikah lah.Apabila halal,tiada menjadi salah malah pahala yang kau dapat.
    dalam terkejut,aku terjumpa 1 kenalan blogger kita..LYSA FAIZUREEN turut menjadi mangsa.bukan 1 gambar beliau malah ada hampir 3.Sila kan lah membantu kawan2 kita ini.
    di mana kah kita saat ini,duhai muslimah?
    Lihatlah panorama dunia
    Wanita bagaikan hilang rasa malunya
    Maruah yang menjadi maharnya
    Tergadai sia bagai tiada berharga

    Di manakah budinya di manakah akhlaknya
    Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
    Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
    Kehormatan diri tidak dipeduli

    Oh wanita kembali menginsafi
    Kepada asal fitrah kejadianmu
    Diciptakan untuk dihormati
    Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
    Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
    Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
    Wanita...

    Kembalilah ke arah kemuliaan
    Contohi peribadi Ummul Mukminin
    Rasulullah dijadikan suami
    Tertawan kerna keluhuran pekerti
    Bukan kerana harta bukan kerana nama
    Tapi kerana budi yang disanjungi
    Kembalilah...

    Wanita perhiasan dunia
    Bagai kilau permata di antara kaca
    Sayangnya makin pudar cahaya
    Hingga tiada lagi beza di antaranya
     hijjaz:dilema
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Designed by Beautifully Chaotic