Dec 31, 2012

12/31/2012

Blogku dan tahun baru

  • Kreditku Habis
  • Meletop!!
  • Pakej Tune Talk CUN!
  • Anda banyak idea!?
  • syukur di panjatkan kepada Allah kerana memberiku ilham dan kekuatan untuk menghasilkan blog dengan design baru.InsyaAllah..harap2 ia memberi kemudahan dan keselesaan kepada kawan2 semua untuk meneroka blog baru ku ini..
    selepas ini,aku nak edit blog orang lain pulak..insyaAllah

    oklah,jom tengok blog aku sebelum ni dan selepas
     blog sebelum ini,berwarna ala-ala pink dan merah.Actually,aku sendiri pening tengok pelbagai warna dalam blog aku.so..dah lama aku bercadang nak tukar design blog tapi tidak berkesempatan.so hasil terbarunya..adalah ..

    jeng..jeng..jeng..


    nah...!ok tak?seharian jugaklah duk menghdap blog aku nie...:)
    syukur,siap jugak.
    oklah,dikesempatan ini..aku nak mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali diri ini.Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas.

    Dec 30, 2012

    12/30/2012

    make over blog untuk Niera

  • Kreditku Habis
  • Meletop!!
  • Pakej Tune Talk CUN!
  • Anda banyak idea!?
  • bismilah pembuka bicara,Kalam indah penuh bermakna,memuji Allah dengan rasa rendah diri..
    Ampunkan dan terimalah taubat hambamu ini...amin

     

    ok..kali ini aku telah berjaya mengedit blog dari seorang blogger muda yang telahpun berkahwin.(Untung kahwin muda nie)^^

    siapa lagi kalau bukan Niera atau blognya yang bernama : http://www.aisyahhumaira.com/

    Beliau minta blog nya di hias tidak nampak terlalu matang dan terlalu budak2
    Beliau juga ingin blog yang simple,ringan dan juga comel
    tema:pink dan kelabu
    Tajuk blog:Indahnya bercinta setelah nikah

    ok,itu sahaja.Puan Niera terima kasih daun keladi kalau boleh order lagi^^

    Dec 29, 2012

    12/29/2012

    make over untuk Nadia

  • Kreditku Habis
  • Meletop!!
  • Pakej Tune Talk CUN!
  • Anda banyak idea!?


  • ya Allah,bonus kalau dapat anak yang comel macam ni:) doakan aku dapat baby macam nie...plus soleh/ah.amin

    tadi aku dapat request dari seseorang untuk edit blog beliau.Yang menjadikan aku agak terkezut..die kate die hanya mampu bayar RM5 je untuk edit blog beliau.Wajar ke,bagi korang?alasannya die budak lagi..dan cara die minta kat aku tadi seems mendesak je.Aku bukan nya nak berkira..tapi Aku nak tolong macam ne..aku sebelum nie dah la kena tipu,ada orang minta aku editkan blog die,tapi sampai sekarang tak bayar-bayar.Aku bersangka baik..kalau die tak nak bayar aku halalkan je.huh!ni lah manusia yang suke amik kesempatan di atas kebaikan orang lain.
    buat si dia tadi,minta maaf sangat..tak dapat nak penuhi permintaan awak tadi.

    okeylah,alhmadulilah..sekali lagi aku berjaya menyiapkan blog dari Nadia ini.

    hope die suke dan berpuas hati...:)


    Dec 27, 2012

    12/27/2012

    tiada duka yang abadi

  • Kreditku Habis
  • Meletop!!
  • Pakej Tune Talk CUN!
  • Anda banyak idea!?
  • indahnya hidup didunia,
    disaat kau merasakan apa yang kau miliki
    dalam gengaman.yakinilah bahawa indah
    itu hanya sementara.
    Kejamnya hidup di dunia ini,
    disaat kau merasakan tiada siapa yang peduli..
    rawatilah kelukaan itu kerana setiap kesulitan
    pasti ada manis akhirnya...
    kerana
    TIADA DUKA YANG ABADI DIDUNIA

    Tiada duka yang abadi didunia
    Tiada sepi merantaimu selamanya
    Malam akan berakhir, hari akan berganti
    Takdir hidup akan dijalani

    Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
    Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
    Namun ku percaya hati meyakini
    Semua akan indah pada akhirnya

    Andai bisa ku mengulang
    Waktu hilang dan terbuang
    Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
    Tapi waktu tak berhenti
    Tapi detik tak kembali
    Harap ampunkan hamba-Mu ini

    Waktu berputar rebulan dan matahari
    Bunga yang mekar akan layu akan mati
    Malam akan berakhir, hari akan berganti
    Takdir hidup akan dijalani

    Allah,Engkau tuhan tempat aku berserah diri dan bergantung harap.Apa yang ku mahukan bukan ini masa yang terbaik untuk Mu..Beri kepadaku.Kuatkan aku menghadapi segala mehnah dan ujian.Jadikan Aku hamba yang sentiasa redha dan sabar...
    12/27/2012

    malang itu tidak berbau atau berbau?


    huh?MALANG ITU TIDAK BERBAU.Benarlah apa yang dikatakan oleh orang-orang tua kita dulu.Malang itu kalau berbau confirm-confirm kita akan sentiasa berada dalam ketakutan dan berjaga.
    Kisahnya terjadi pada aku^^ hukhuhuk..dah mula nak bergenang air mata nie.sab sob..tahan tahan..;(
    26/12/12(9.30pagi) aku ada langgan mobile internet daily.So caj perday RM5(24 jam).Makanya tamat tempoh ia akan berakhir pada keesokan pagi nya(27/12 jam 9.30pagi)
    27/12/12(keesokan harinya),sedang aku melayari internet yang pada mulanya laju tapi lama2 ia jadi sangat slow dan buffered!aku jadi heran..kenapa dan mengapa.???lastly,aku cek baki kredit tinggal RM0.06!WHAT???
    Ini semua salah aku kerana terrrlupa untuk renew subscription mobile internet pada hari itu...ooh..tuhan.Hanya dalam 20 minit kredit aku pada asalnya RM30+++ habis..

    semalam my hubby tolong formatkan laptop aku.yelaa,actually laptop aku ni dah macam nazak je.Bile nak start,dia akan keluar notification yang windows should be repair!aku ini dah la tak pandai sangat dengan kerenah laptop nie...aku try jugak pujuk-pujuk laptop ni untuk bertahan.Sampailah semalam suami aku bertegas untuk mengformatkan laptopku..pada asalnya nak tapi sayang takut ilang segala khazanah alam dalam laptop ini.tapi aku mengambil langkah awal dengan memback up semua document penting!fuh!lega.Part ni,tak sedih lagi..
    ingatkan selepas di format..segalanya berubah!memang berubah pun.Dulu aku pakai windows 7 tapi memandangkan suamiku tak de installer windows 7 home premium maka suamiku hanya dapat installkan dalam laptop ku ini windows xp.huhuhu!!mula-mula rasa nak nangis sebab aku tak berapa suka windows xp sebab interfacenya tak cun dan langsung tak up to date!!tapi aku kena bersyukur sekurang-kurangnya suami ku tolong dan bersusah payah buatkan untuk aku^^..
    memandangkan laptopku ini sudah seperti baby,(sangat laju)tak delah bila nak bukak windows lembab dah!
    ooh..aku mulakan proses untuk mengdownload software..esp ADOBE PHOTOSHOP CS6 EXTANDED!
    sampai sekarang masih gagal untuk menginstall kerana internet ku slow jadi proses download memakan masa sehingga 233 hours!apa kah????tak pe sabar-sabar...

    Pengajaran:
    semua yang kita ada bukan kita yang punya.tapi Allah yang punya.Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa.Ujian-ujian kecil yang Allag bagi ini adakalanya suatu peringatan dan tanda kasih sayang Allah.Allah terima kasih kerana menegur aku melalui ujian kecil ini.Ampunkan aku ya Allah kerana aku mengeluh dengan ujian kecil ini.Mungkin inlah tarbiahMu kepada ku yang mana tidak semua perkara yang kite suka ..adalah terbaik buat diri kita..Allah Maha Besar....

    Dec 26, 2012

    12/26/2012

    make over blog Izni

    Dec 24, 2012

    12/24/2012

    make over untuk ruby

    assalamualaikum wbt.

    alhamdulilah,masih diberi kesempatan untuk memenuhi permintaan dari seorang lagi rakan blogger..^^
    tanpa banyak bicara..jom kite layan je la yerkk..gambar2 blog beliau.

    inilah die blog Ruby selepas di edit oleh saya^^
    macam biasa..warna pink sentiasa menjadi pilihan..:)dan beliau juga meminati bunga ros.Jadi saya menggenakan tema blog beliau ala-ala bunga-bunga cinta..hihihi
     untuk maklumat lanjut..jom kite kenali pemilik blog ni..SINI

    TERIMA KASIH RUBY!

    Dec 22, 2012

    12/22/2012

    FULL EDIT BLOG FARAH

    assalamualaikum wbt

    hari ini hepi sangat sebab dapat menukar url blog ..setelah berapa lama mengalami masalah teknikal untuk menukar url blog daripada blogspot.my ke [dot] my...
    yea..terima kasih sangat kepada mereka yang bekerja di sebalik tabir dalam membantu aku..

    thanks..
    here my new blog :

    http://www.jiakreatifelt.my/

    okeylah,ini nak kongsikan blog dari Farah selepas di makeover^^syukur sangat harap beliau suka.jom layan gambar.

    header,status,menu tab,shoutbox
    footer
    farah minta blog warna pink dan putih(rasa banyak sangat warna pink warna putih kurang kan)..hihihi
    tema blog:ladybug..:)

    okeylah..itu sahaja perkongsian..tak de idea nak tulis apa..

    Dec 20, 2012

    12/20/2012

    Segmen Blogger Muslimah

    Dec 19, 2012

    12/19/2012

    Photoshop:multiple color brush

    bismillah dan assalamualaikum wbt..semua

    alhamdulilah,masih diberi daya dan upaya untuk melakarkan sesuatu dalam diari aku ini.pertama sekali dipanjatkan kesyukuran kepada Yang Esa kerana memberi keizinan dan kefahaman dalam sesuatu ilmu untuk dikongsikan kepada semua..Moga-moga ia memberi manfaat dan seterusnya disebarkan untuk perkara-perkara kebaikan..

    Baiklah,baru -baru ini aku dapat request dari seorang blogger yang tanya macam mane nak buat multiple color brush photoshop.sejujurnya aku pun kurang faham maksud saudari ini..tapi aku cube untuk menolong dengan harapan ia dapat merungkai segala persoalan dari beliau.Ilmu ini kalau tidak dicari kita sendiri tidak tahu.Dan alhamdulilah aku berjaya memahaminya melalui you tube jugak.thankss!

    benarlah kata pujannga..SEMAKIN KITA BANYAK MENIMBA ILMU,SEMAKIN BANYAK BENDA YANG SEBENARNYA TIDAK TAHU..

    Dan tuto ini aku buat dalam bentuk video..memandangkan ia adalah satu kaedah penyampaian yang lebih menarik dan mudh untuk diikuti..insyaAllah



    other video:


    12/19/2012

    15 maksiat yang menurunkan bala

    assalamualaikum wbt..

    wah!!rindunya nak menaip..dari semalam lagi ketandusan idea nak share apa dengan kawan-kawan semua.Alhamdulilah harap-harap perkongsian kali ini bermanfaat...


    1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
    penjelasan:
    :keuntungan kerajaan seperti minyak haruslah dibahagi samarata dengan rakyat.
    :melakukan kezaliman kepada rakyat tangan mu akan di ikat di neraka nanti.
    :sekiranya bertaubat haruslah pulangkan semua harta itu kepada mereka yang berhak
    :Laknat Allah kepada mereka yang zalim

    2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
    penjelasan:
    :Pada zaman sekrang,apabila diterima suatu jawatan yang besar tetapi tidak ditunaikan amanah dengan sebenar sebaliknya digunakan untuk mencari keuntungan besar.
    :wang yang digunakan itu disalah gunakan dengan menakut-nakutkan orang yang melakukan kebaikan
    :kita juga bersalah kerana salah memilih orang yang yang tidak amanah
    :Jangan cenderung kepada mereka yang berbuat zalim,kamu juga turut merasakan dosanya!
    tangan -tangan yang menaikkan kepada orang tidak mahu kepada islam untuk menjadi pemerintah maka tangan2 ini akan diikat dihadapan Allah nanti -UAI


    3. Zakat dijadikan hutang.
    penjelasan:
    :enggan membayar hutang walaupun sudah tiba masanya.Fitrah manusia yang melewatkan membayar hutang
    :Hutang Allah lebih mustahak untuk disettlekan-UAI
    : contoh;1juta kena bayar zakat RM25000..sayang untuk bayar

    4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
    penjelasan:
    :Allah berfirman"Suami memerintah kepada isteri" bukan menzalimi tetapi,suami perlu membimbing isteri.Isteri wajib taat kepada suami dalam rumah tangga alaskan berlandaskan syarak.
    :orang perempuan ramai masuk neraka sebab derhaka kepada suami.
    :amalan isteri tidak diterima melainkan meminta maaf daripada suami
    :orang lelaki yang tidak menyediakan nafkah kepada isteri dan anak juga besar dosanya.
    :isteri wajib mentaati perintah suami mengatasi perintah ibu bapa
    :haram membuat muka masam didepan suami sekalipun salahnya suami kecuali isteri itu datang haid
    Siapa saja di kalangan isteri yang bermuka masam di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah sampai ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan memohon kerelaannya
    "Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu (isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajibannya terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan :seorang isteri bersujud kepada suaminya."-Sabda Nabi SAW
    5. Anak derhaka terhadap ibunya.

    6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

    7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

    8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
    penjelasan:
    :Peringatan yang tidak berkaitan dengan agama.tidak haram dalam membicarakan hal dunia dalam masjid,cuma perlu memperlahankan suara.anak-anak yang bising(nakal betul) dalam masjid jangan bawa dalam masjid.

    9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

    10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

    11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

    12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

    13. Para artis-artis disanjung-sanjung

    14. Muzik banyak dimainkan.

    15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
       
    Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau dirubah menjadi makhluk lain.

    (Hadis riwayat tarmizi)
     Sekiranya berlaku kezaliman,wajib kita menentangnya..-UAI
    *aku hanya dapat rungkaikan sehingga ke no 8 sahaja berikutan UAI pun jelaskan sampai ke no 8 sahaja.*
    pendapat aku sendiri:

    kita sebagai rakyat berhak mempertahankan hak kita dan menegakkan agama islam.Malangnya,agama islam itu sendiri di tindas oleh orang islam sendiri.Sangat mengecewakan.kenapa orang islam sendiri takut untuk menegakkan agama Allah ini?Orang munafik menafikan kehendak islam.
    Apa-apapun,yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk sama2 kita jauhkan.Perbaiki diri sikit demi sedikit asalkan istiqamah (berterusan).semoga kite tergolong dalam golongan hamba yang sentiasa bertaubat.aminn



    Dec 18, 2012

    12/18/2012

    Segment Pencarian Bloglist 2013

    Dec 14, 2012

    12/14/2012

    Pesanan Dan Mutiara Kata Dari Ustaz Azhar Idrus (Original)

    ASSALAMUALAIKUM WBT SEMUA..:p

    credit:rusydee artz

    Alhamdulilah,hari ini kita berjumpa pada hari jumaat yang indah ini.Jumaat adalah penghulu segala hari:)..

    baiklah,hari ini..aku nak kongsikan beberapa mutiara kata dari ustaz azhar idrus.
    1.Kalau nak berdakwah,jangan harap semua orang akan suka..
    yang penting buat seikhlas mungkin.
    2.Manusia yang paling bijak ialah yang selalu melihat dan mengakui kesilapan diri.
    3.Siapa yang yakin dengan segulung ijazah dapat menjamin masa depan yang cerah.IMANnya telah rosak.
    4.Manusia mengkagumi Leonardo Da Vinci dengan hanya satu lukisan Monalisa,tetapi tidak menkagumi Allah s.w.t yang telah melukis jutaan lukisan di kanvas langit setiap pagi dan petang.
    5.Ingatlah!Apabila kita kaya,janganlah kita terlalu gembira dan apabila kita miskin,janganlah terlalu sedih.Kekayaan tak kekal,kemiskinan pun tak akan kekal.
    6.Untuk jadi isteri solehah kena bersiap dari awal,belajar agama,rajin memasak dan rajin mengemas,tapi bukan hanya rajin update status FB & Twitter 24jam.
    7.Bila urusan harta dunia,ke seluruh pelusuk dunia pun sanggup pergi.Bila urusan hal agama,masjid sebelah rumah pun masing-masing buat tak nampak.
    8.Daripada duk belajar ilmu menari gangnam,alangkah baiknya kalau belajar ilmu mengenal Allah,ilmu tentang bersuci,ilmu tentang solat atau belajar memandikan dan menyembahyangkan jenazah kalau ibu bapa adik kakak meninggal,boleh juga tolong mandikan dan sembahyangkan,usia kita tak siapa yang tahu.
    9.Perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah mas kahwin dan paling murah belanja.

    perkara yang baik elok kita amalkan..betulkan perkara biasa yang kita buat,biasakan perlara yang betul:D

    Dec 13, 2012

    12/13/2012

    alhamdulilah siap untuk blog Nh

    assalamualaikum wbt dan selamat petang semua..

    syukur ku panjatkan kepada Allah kerana Di beri kesempatan untuk bernafas dimuka bumi Mu Allah:)
    sesungguhnya hidup,matiku..adalah kerana Mu..

    syukut kepada Allah diberi rezeki dan kesempatan untuk aku mengedit lagi blog dari NH nie^^

    jom layan gambar blog selepas dimake over..

    pemilik blog minta blog nya diwarnakan dengan warna merah dan hitam..
    beliau juga minta banner dan navigation..
    so hasilnya adalah seperti di atas..

    mari tengok dan kenali siapa kah NH nie..

    sedikit renungan

    Jangan kita perkecil amalan orang lain walaupun kita selalu hadir di majlis ilmu,selalu berzikir..kerana syurga banyak jalan untuk masuk..Ada orang masuk syurga kerana senyuman,bersedekah..Biar Allah sahaja yang menentukan.

    Dec 11, 2012

    12/11/2012

    Hadiah Hebat Berjumlah RM 300 000 buat Follower Baru/Lama Blog Coklateyes!!!

    assalamualaikum wbt

    bismilah,bicara di atur..walaupun jiwa dalam rasa nak meletup.nak tahu tak kenapa?

    maih baca entry di bawah ini dengan mata dibuka seluas2nya..

    Ini berita gembira. Berita yang tak ada tandingan lagi. Tak nak cakap banyak-banyak. Korang pun mesti kena gembira sama!




    SEMPENA TAHUN 2013 YANG BAKAL MENJELMA NI, BLOG COKLATEYES 
    DENGAN BERMURAH HATINYA INGIN MEMBERI FOLLOWER LAMA/BARU SATU HADIAH YANG TIADA TANDINGAN NILAINYA!

    ANDA WARGANEGARA MALAYSIA?
    ANDA BERUSIA 18-45 TAHUN?
    ANDA ADA BLOG?
     ANDA PERNAH  TERFIKIR UNTUK MENJADIKAN BLOG ANDA LEBIH PROFESIONAL? 

    KALAU JAWAPANNYA YA, ANDA LAYAK UNTUK MENDAPATKAN HADIAH TERBAIK INI DARI SAYA. 

    DIBAWAH SATU PROGRAM .my DOMAIN REGISTRY(AGENSI DIBAWAH KEM. SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI) IAITU PROGRAM 1MYID. ANDA YANG LAYAK AKAN MENERIMA :

    * Satu domain blog [dot my] PERCUMA selama setahun bernilai 
    RM 200.00

    * Potongan sebanyak 90% untuk bayaran 'renewal' 
    yang bermaksud anda hanya perlu membayar RM 20.00 sahaja untuk tahun-tahun akan datang (fixed price)

    * Rating blog yang mencanak-canak naik 

    * Terhad kepada 1500 orang terawal sahaja

     apalagi wey..?maih pakat reramai join..langkah yang begitu mudah..

    jom KLIK KE BLOG BELIAU...http://www.coklateyes.com/2012/12/hadiah-hebat-buat-1500-follower.html
     SEKIAN,TERIMA KASIH
    12/11/2012

    header untuk dia:P

    assalamualaaikum wbt dan selamat pagi semua

    syukur kepada Allah masih diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi mu ini,Ya Allah

    comel tak header nie?
    .
    ia diorder oleh sufiana...hope sgt awak suke yer^^.Beliau minta 2 doodle duduk di atas buaian..dan pokok..bunga dsb..
    baiklah,bagi sesiapa yang nak order..sila maklumkan kepada saya ok.insyaAllah saya akan buat sehabis baik ...

    Ingatlah!Apabila kita kaya,janganlah kita terlalu gembira dan apabila kita miskin,janganlah terlalu sedih.Kekayaan tak kekal,kemiskinan pun tak akan kekal






    Dec 9, 2012

    12/09/2012

    Tutorial #18:Border body yang lebih umphh..

    assalamualaikum wbt semua:)

    malam ini alhamdulilah diberi kesempatan untuk membuat tuto yang direquest oleh 2 orang rakan blogger.:P minta maaf kerana lambat buat tuto.so,here!!

     1.bukak adobe photoshop korang..dan buat seperti gambar di atas.Pastikan saiz width (mesti sama dengan saiz header korang) manakala height kalau boleh tak perlu buat banyak sangat.ini adalah kerana ia akan berulang..pilih transparent k:P
     2.kemudian,amik rectangle(bernombor 1) dan buat seperti nombor 2*rujuk gambar di atas.warna rectangle terpulang kepada anda sendiri.Anda berhak memilih!
     3.langkah seterunya..tengok no3..cari divider yang comel2 dalam simpanan korang.divider comey tu boleh amik dari sini..^^
     4.next,korang letak ditepi rectangle tadi.macam dalam gambar yang aku buat itu.pastekan dikedua2 side k:P.selepas berjaya buat,save file as PNG/JPEG.terpulang..kemudian upload lah ia dimana2 pun samaada di photobucket atau post entry korang(untuk mendapatkan URL gambar tersebut)**paham tak?
     5.gambar di atas,adalah di dalam blog korang ,template designer.sila tengok dengan jelasnya apa yang aku buat k.Wajib buat untuk korang pastikan border background korang jadi..nanti:P
     6.yang ini pulak,adalah korang gi TEMPLATE ..korang.CTRL F untuk cari ( content-wrapper)..pastikan korang dapat seperti dalam gambar di atas.
    7.bahagian background tu: pastikan jadi macam kotak merah yang aku buat tuh..gantilah dengan url background korang sendiri yang korang buat tadi..

     background: url(URL BACKGROUND KORANG BUAT TADI) repeat-y;
    8.Silakan preview dulu..jika ada keluar tersenyumlah dengan manisnya k..jika tak berjaya mungkin ada mana2 yang korang terlepas..

    9.save laju-laju dan inform lah kat aku jika berjaya ke atau tidak k:P

    sekian,terima kasih...


    Follow me

    Hai.!Saya Jia.

    Saya mengambil tempahan full edit blog; ☑personal dan ☑business. ➹Nak yang responsive template blog; insyaAllah boleh request Harga? Yang pastinya mampu milik dan berpatutan. Email: ✉najiahshaharain@gmail.com Whatsapp: ✆0174428730 ☂Untuk review produk boleh email sy :najiahshaharain@gmail.com

    Followers