Dec 30, 2013

12/30/2013

HASIL DISEBALIK DIAMKU

nak tahu sebab apa aku amat jarang update blog aku sendiri..
sebab aku kena menyiapkan tempahan edit blog yang *bertingkek -tingkek* alhamdulilah..rejeki
ok jom kite tengok 1 persatu ..

sebenanarnya,blog ni dah lama aku edit tapi masih belum dapat approval dari owner blog
dan alhamdulilah..baru sekarang dapat publish


yang ini special nya tempahan dari member satu tempat belajar dolu dolu
Beliau menjual produk hot masa kini iaitu shaklee
jom melawat blog beliau


kak normi 
kakak kite ni jual produk kecantikan *jual ape ye..?

jom terjah!!!


kak ina ni adalah my regular customer dan sangat supportive person
thanks alot sis semoga berjaya dalam bisnes akak.

ok.yg ni pun blog kak ina..
jom terjah

                                                  http://auramiecaskincare.blogspot.com/

adik najwa ni dah banyak kali mengambil tempahan edit blog dari aku.
terima kasih dik kerana tidak jemu dan mempercayai akak..

                                                 http://dhousecollections.blogspot.com/
owner blog ni pun masih belum mengisi segala maklumat ..Namun kalau nak tengok lebih jelas hasil kerja aku..boleh klik link di atas.


oklah..bagi mereka yang sudi dan ingin mengambil tempahan edit blog dari aku
boleh pm laju laju di SINI na..

as salam !~

Dec 16, 2013

12/16/2013

Assalamualaikum semua

morning dan hepi monday!~
sangat lama aku tidak menaip di entry ini sehinggakan aku sendiri confius blog aku ni masih punya readers atau sepi seorang perindu(tak de kaitan kan)
ok sebenarnya..semenjak 2 menjak ni jiakreatifelt sering di private kan.(entah2 korang pun tak tahu kan)hihihi.mohon maaf sangat bagi mereka yang nak bw ke blog ini dalam tempoh privasi tu.
mi hu girl emoticons mi hu girl emoticons
blog jiakreatifelt sedang mencari identiti sebuah blog bisnes yang lebih friendly dan loadingnya cepat.
nak nampak kemas dan senang customer untuk membuat sebarang tempahan atau pertanyaan.
mi hu girl emoticons 13 150x150 Mi Hu Girl Emoticons
aku sampai ketandusan idea dan akan tukar setiap kali design siap.(macam tak cantik je.)
untuk design kali ini,mungkin akan di ubah lagi sebab sekarang aku nak fokus pada tempahan full edit blog(alhamdulilah dan terima kasih korang!!)
mi hu girl emoticons 19 150x150 Mi Hu Girl Emoticons
jadi,bagi mereka yang ingin membuat sebarang tempahan..lai lai..tempahan dibuka.
:)
mi hu girl emoticons 6 150x150 Mi Hu Girl Emoticons
oklah,sampai sini dulunanti ada masa dan kelapangan aku update lagi k.
#asal banyak sangat emotion yang akau gunakan kali ini..?aku pun x tahu..

Dec 13, 2013

12/13/2013

jom menempah edit blog

Dec 11, 2013

12/11/2013

Suke pulak aku !

#alhamdulilah..aku dah mula suke tengok cerita kanak2 ni.
bukan sahaja cerita tapi ia membawa msg yang baik

kite yang sudah besar ni pun tak salah untuk menonton cerita macam ini.Sekurang kurang nya kite boleh mengambil sesuatu yang baik ..
tahniah kepada mereka yang membuat animasi begini teruskan berdakwah insyaAllah besar pahala nya.



Dec 10, 2013

12/10/2013

KISAH DAN TAULADAN


beruntungnya kite apabila mendapat seorang pemimpin seperti Saidina Umar Al Khattab.

rakyat sentiasa di dahului dengan kebajikan bukannya di zalimi seperti yang dilakukan oleh pemimpin kite.
12/10/2013

BAYI DIBUANG DI TEPI LONGKANG


IPOH: Seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaantidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan rumah kedai sebelum dijumpai oleh orang awam.

Bayi itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

#sedihnye.kejamnya manusia ini

Dec 6, 2013

12/06/2013

Jaga akidah anda!




yang peliknya siapakah penulis artikel nie..?

tidakkah dia memperhatikan ayat2 Allah?

petikan surah Al ikhlas:

Qulhuwallahu Ahad… Allahussomad...
"Katakanlah, Dialah Allah yang Esa. Allah, tempat bergantung"

#tolong lah muhasabah diri dan jaga akidah kite.Bukan pada manusia kite perlu berharap..sepatutnya segalanya kite serahkan kepada Nya.

Dec 4, 2013

12/04/2013

KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

assalamualaikum wbt
Indah nya akhlak Nabi Muhamad saw 
jom kite baca akhlak baginda terhadap isteri baginda

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut
dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

Indahnya hubungan, kalau kita mencontohi Baginda SAW...

ya Allah..rindunya..pada kekasihMu.

ALLAHUMMASOLLIALAMUHAMMAD.

Dec 3, 2013

12/03/2013

ULASAN UFB TENTANG TARIF ELEKTRIK NAIK

#masing2 ada pendapat sendiri..hurm..kejamnya la pemerintah sekarang
pendapat peribadi aku sendiri:apakah logik tariff elektrik di naikkan?

Dec 2, 2013

12/02/2013

CUSTOM DESOGN BLOG KAK INA(DISEMBER)

Nov 28, 2013

11/28/2013

'BIG HOLIDAYS GIVEAWAY by ASNAWI HASSIM



BIG HOLIDAYS GIVEAWAY BY ASNAWI HASSIM
TEKAN BANNER UNTUK SERTAI
Hadiah Giveaway ini disponsor oleh AsnawiHassim ,Tshirt Express - Custom Design ,
Alia Rosli ,Adam Faiz ,Wanie ,Nur Syazlia ,Izzah Alyah ,Green leaf ,ZakieAzid ,HidayahSuhailee ,Simple Syara ,AinRahman dan MunirahRahman
Hadiah Giveaway ini adalah 
T-shirt Running Man x1, Personal custom T-shirt x1, 
Fridge magnet x1, Niqaab x1, Doodle x2, Kawaii Doodle x2, Hadiah misteri x3, Topup RM10 x1, 
Topup RM5 x2, Topup RM5 x2, Review blog x2, Cash RM5 x2
20 PEMENANG DICARI. CEPAT SERTAI GA INI MUNGKIN ANDA YANG AKAN MEMENANGI ANTARA HADIAH MENARIK INI!



11/28/2013

APPLICATION:OH MY ENGLISH WORDS

assalamualaikum dan morning uolls..

gara gara menonton oh my ganu di Astro Maya semalam menyebabkan aku terr'obses' untuk mengdownload application "oh my english words"..^_______^V



baru je download semalam,aku dah terjatuh cinta main games nie.sangat bagus games nie sebab dapat tambahkan vocubulary korang.
nampak macam kids games tapi x salah umur macam aku ni main kan?huhuhuhu

serba ringkas mengenai games nie..

join Mr. Middleton and the students of SMK Ayer Dalam in the ‘Oh My English! Words’ game. Form words using the letters provided and score points in this fun language game.
Pass the English quiz in the classroom to proceed to higher levels.


Nov 26, 2013

11/26/2013

TIADA TAJUK


jika kita merasakan bahawa kehidupan ini adalah sementara &pengakhiran hidup kite adalah kematian maka kite tidak akan berasa sedih saat di uji..

Allahhu,aku tidak mahu tergolong dalam hambaMU yang sentiasa berkeluh kesah saat diuji,melupakan Mu saat dilimpah kenikmatan,dan jauhkan jiwaku tidak pernah merasa puas ..

pinjamkan kepada ku kekuatan Mu supaya bila aku diuji nanti aku boleh bisa berdiri dan tidak akan menangisi nasib hidupku yang telah Kau rencanakan untukku.

Ya Allah,Aku tahu hidupku adalah sementara dan mengharapkan menemuiMu dalam keadaan yang baik serta dapat memberi salam ke atas KekasihMu..dan kekasihMu dapat memberi syafaatnya kepadaku nanti.amin.

Ya Allah,dosa2ku ibarat pepasir di pantai..dan hanya padaMU untuk ku dambakan keampunan kerana ku yakini Kasih sayang Mu mendahului KemurkaanMu.

Ya Allah bersihkan hati ku dari merasa sedih melihat kesenangan orang lain dan merasa puas melihat kejatuhan orang lain.

Ya Allah,selamatkan aku,keluargaku dan zuriat keturunanku dari menjadi bahan bakar api nerakaMu.

Oh..Allah pemilik arasy yang agung..terimalah aku sebagai hambaMu....

Nov 25, 2013

11/25/2013

"Blog Review By Zayani Zulkiffli".

klik banner
blog saudari kite nie ringan dan kemas..:) teruskan berblogging.:)
Segmen bermula pada 29 November 2013 dan berakhir pada 29 Disember 2013 - 5PM.
11/25/2013

TEMPAHAN HEADER DARI KAK NETTY

Nov 23, 2013

11/23/2013

PETUA : Untuk Mendapat Anak Lelaki /Perempuan

#terlebih dahulu minta maaf sangat jika entry kali ini tidak sesuai untuk mereka yang dibawah umur^____^~

Menurut orang tua-tua dahulu, untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang anak selang bunga, memang payah. Namun usaha dan petua yang diamalkan InsyaAllah boleh diperolehi.

1. Jika inginkan anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan.

2. Jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau ke kemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. InsyaAllah jika diiringi doa.

Nov 22, 2013

11/22/2013

WAKTU TIDUR MEMPENGARUHI KESUBURAN

#copypaste
Berbagai cara yang boleh dilakukan oleh wanita meninggikan peluangnya untuk hamil. Salah satunya dengan tidur yang cukup selama tujuh sampai lapan jam setiap malam dan bangun tidur dalam waktu yang sama setiap hari.

Ahli sains yang membuat kajian memberitahu bahawa dalam tubuh manusia ada “biological clock” yang mengawal hormone reproduksi secara teratur.

Hanya tidur yang cukup daan bangun pada waktu yang sama dapat membantu “biological clock” ini mengawal pengeluaran hormone wanita dan secara tidak langsung akan meninggikan kemampuan wanita itu untuk hamil.



Dalam satu kajian di Inje University di Korea Selatan, mendapati bahwa perempuan yang tidur teratur selama 7-8 jam setiap hari, akan lebih cepat hamil dibandingkan perempuan yang tidur tak teratur setiap harinya.

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad

* Ambil perhatian yea wanita, memang anak itu rezeki Allah, tetapi sangat baik dapat tidur yang berkualiti. Wajah jadi cantik, emosi terkawal, badan segar, maka segala urusan kerja/belajar dan melayan suami dan anak-anak dapat dilakukan dengan hati yang lapang dan bertenaga.

Nov 21, 2013

11/21/2013

Arwah Ammar bersama Abu Ayyub Al-Ansari

assalamualaikum..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad saw
al-fatihan buat arwah Ammar

Ahmad Ammar yang telah pergi bertemu Rabbul Jalal pada 2 November 2013 akibat daripada kemalangan di Istanbul, Turki.
Bagi mereka yang masih belum tahu siapakah beliau ini...jom tengok video ini


subbahanaallah,terlalu ramai insan yang menangis kerana kematian beliau.
(bagaimana kah saat kematian kite pula?)
adakah ditangisi atau disyukuri?
dalam video ini,aku amat tertarik dengan ucapan dari seorang penceramah terkenal turki
"alangkah bahagianya saudara kita Ammar kerana akan bangkit bersama sahabat Nabi,iaitu Abu Ayub Al-ansari yang akan berpegangan tangan dengan beliau"
Allah memuliakan allahyarham yang mana allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.(Subbahanallah)

Berbalik kepada kata2 penceramah turki tadi..Ammar akan bangkit bersama salah seorang sahabat Nabi saw iaitu Abu ayub al-ansari.Siapakah sebenarnya  Abu Ayub Al Ansari?
Mari kite hayati dan singkap kembali >

serba ringkas:
Nama dan derajatnya dimuliakan Allah di kalangan makhluk, baik di Timur mahupun di Barat. Kerana Allah telah memilih rumahnya di antara sekalian rumah kaum muslimin, untuk tempat tinggal Nabi-Nya yang mulia, ketika beliau baru tiba di Madinah sebagai Muhajir. Hal ini cukup membanggakan bagi Abu Ayyub.
Rumah Abu Ayyub bertingkat 2.Abu Ayyub meminta Rasulullah saw duduk di tingkat atas kerana Ayyub tidak mahu duduk di atas kerana ingin memuliakan Kekeasihnya itu.Namun Rasulullah menolak dengan alasan Nabi akan ramai tetamu dan tidak mahu menganggu Ayyub.Pada mulanya Ayyub berasa berat hati namun Ayyub perlu akur dengan arahan Nabi saw.Pada suatu malam,Abu Ayyub tersepak segelas air minuman dan akibat tidak mahu air itu mengalir kena pada Rasulullah yang berada dibawah sepantasnya Abu Ayyub mengelap air tumpahan itu dengan selimut yang dipakainya(kebetulan pada malam itu terlalu dingin).Keesokkan harinya,Abu ayyub menceritakan kejadian yang berlaku pada Rasulullah dan berkata  “Sungguh mati, saya segan bertempat tinggal di atas, sedangkan Rasulullah tinggal di bawah”.Selepas kejadian itu,Rasulullah memperkenankan Abu Ayyub pindah ke bawah dan beliau pindah ke atas.
Pada malam berikutnya cuaca yang sangat panas sehinggakan Nabi berpeluh.Untuk pengetahuan semua,peluh Nabi saw adalah lebih harum dari pada kasturi.Akibat dari peluh Nabi itu,mengalir lah ia terkena pipi Abu Ayyub.Abu Ayyub tersedar dan mencium bau yang sangat harum.Apa yang Abu Ayyub buat ialah beliau menadah mulut nya untuk menelan titisan peluh Nabi saw.Ketika kejadian itu,Rasulullah turun dan melihat tingkah laku Abu Ayyub lalu bertanya"Apakah yang sedang kamu lakukan,Ayyub"?
Abu Ayyub segera menjawab"Aku menelan peluhmu ya Rasulullah".
Rasulullah saw pun menjawab"Barang siapa yang menelan peluhku,maka dia akan bersamaku di syurga kelak"

Allahhu...hebatnya kecintaan Sahabat Nabi terhadap baginda...

Nah inilah serba ringkas mengenai Kisah Abu Ayyub ini dan Allahyarham Ammar ini akan bersama dengan salah seorang sahabat Nabi ini.Subbahanaallah..Beruntungnya ibu bapa Ammar kerana berjaya mendidik anak mereka menjadi seorang anak yang soleh...Bertepatan lah dengan maksud AMMAR dalam bahasa Arab ialah kuat iman, lemah lembut dan memakmurkan orangnya.Nama yang indah ini amat sinonim dengan sikap Allahyarham Ammar sepanjang hayat beliau di dunia.

#semoga perjalan hidup Ammar menjadi titik tolak kepada kite semua untuk sentiasa memperbaiki diri dan kembali kepada Allah.

Nov 19, 2013

11/19/2013

Tempahan header dan footer dari Miera

Nov 18, 2013

11/18/2013

GA NOVEMBER by DEDEQ

*
Assalamualaikum

Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim .. malam ni dedeq lancarkan satu GA NOVEMBER by DEDEQ ..

Tarikh mula 13 november 2013 - 30 november 2013 (12am)



Hadiah
Top Referral - Jubah Dress x 1 dan Peplum labuh x 1

43 SENARAI HADIAH yang akan diberikan kepada yang BERTUAH 
*

Follow me

Hai.!Saya Jia.

Saya mengambil tempahan full edit blog; ☑personal dan ☑business. ➹Nak yang responsive template blog; insyaAllah boleh request Harga? Yang pastinya mampu milik dan berpatutan. Email: ✉najiahshaharain@gmail.com Whatsapp: ✆0174428730 ☂Untuk review produk boleh email sy :najiahshaharain@gmail.com

Followers