senang ke apabila sudah berlaki? - Jiakreatifelt

Jan 11, 2013

senang ke apabila sudah berlaki?

  • Preggy
  • Impian kanak2 ini
  • Design rumah sendiri

  • "kotornya hati ini.."monolog diriku.
    wanita memang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal.adakalanya apabila diuji dengan emosi pastinya ciptaan Allah ini akan tunduk dan kalah.Malah tidak keterlaluan untuk aku katakan bahawa wanita ini sangat kalah dengan emosi sendiri.
    Memetik kata-kata ustaz Azhar Idrus"Perempuan ini dikurniakan lemah fizikal tapi mulut yang power!"
    ceritaku ini bukan untuk membuka pekung didada..hanya sebuah perkongsian.Benarlah firman Allah,bahawa syurga seorang isteri itu terletak di bawah kaki suaminya.Untuk mencari syurga carilah dari suamimu.Apabila seorang wanita itu telah berkahwin maka segala dosa-dosanya dipertanggungjawabkan oleh suaminya sendiri.
    jangan bermasammuka dihadapannya sekalipun kamu sebenarnya ketika itu berada dalam keadaan kesedihan..gembirakan lah hatinya walaupun dalam hatiku menangis kepiluan.Jangan biarkan sesekali suamimu itu tercium bau kurang menyenangkan darimu,
    Sabda Nabi"sekalipun kamu telah menjilat darah,nanah yang keluar dari suamimu..namun itu juga belum tentu dikatakan kamu telah berkhidmat dengannya..."Jika manusia itu boleh menyembah manusia,pasti ku suruh isteri itu sujud kepada suaminya"...
    Nah!Besarnya tangungjawab seorang isteri itu..lebihkan suamimu mengatasi diri mu sendiri.
    tanyalah pada diri,adakah kita mampu melayan suami kite sebaik itu?
    teringat kisah di zaman Nabi,yang mana seorang isteri yang sangat patuh kepada suaminya.Ikut kisah menarik disini>>>http://myibrah.com/wanita-pertama-masuk-ke-syurga
    Muhasabah diri ini..terlalu jauh dan hinanya aku.
    ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah.
    duhai suamiku...terima kasih kerana selama ini bersabar dengan karenah isterimu ini.Aku rapuh dengan emosiku sendiri.Pimpinlah aku melayari cinta ini hingga ke jannah.Jadikan lah aku seorang isteri yang solehah dan ibu yang baik.Amin..Aku ingin menjadi terbaik buatmu dan aku sedang belajar untuk menjadi terbaik buatmu.
    JOM HAYATI LIRIK LAGU INI...

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    @templatesyard