kuatkan ku ya Allah - Jiakreatifelt

Mar 7, 2013

kuatkan ku ya Allah


CARA MEMOTIVASI DIRI BILA DENGAR KAWAN MENGANDUNG.
------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum..saya rasa terpanggil untuk menulis satu "artikel" tentang isu ini.Isu Pengantin Baru Yang Belum Mengandung Atau sudah menjadi TREND sekarang "berlumba-lumba" dapatkan anak dan bila kita mengandung, kita mula menyindir kawan yang belum mengandung? Astarghfirullah2!..Mari beristighfar kawan2.
Mengandung atau tidak bukan kerja kita.Saya ada kawan-kawan, baru 3 atau 4 bulan menjadi pengantin namun mereka belum ada rezeki untuk mengandung. Suami tiada masalah,malah menyokong kuat, erti kata lain sentiasa positif,namun bila berhadapan dengan rakan-rakan, dia disindir dengan gurauaun yang boleh membuatkan mereka kecil hati, terasa dan emosi terganggu.

Di sini, saya listkan, beberapa tips untuk kalian hadapi situasi sedemikian.

TIPS HADAPI TEKANAN DISEBABKAN MASIH BELUM MENGANDUNG.
---------------------------------------------------------------------------------

1.Ambik masa 5 minit, duduk dengan tenang.Kosongkan fikiran,mula tanya pada diri, Kenapa saya perlu Bersedih? Sedangkan kita tahu JODOH, ANAK, MATI, REZEKI itu semua kerja Allah s.w.t.Kita tidak tahu bila, tapi jika kita betul-betul bersedia, Allah pasti bagi. In Shaa Allah.

2.Dekatkan diri dengan Allah s.w.t. Hati lebih tenang, lebih positif, LEBIH BERSANGKA BAIK kepada Allah.Mulakan dengan Tahajjud dan dhuha.Buat tanpa henti.Cuba praktik selama 40 hari, pasti kalian jadi luarbiasa positif tanpa tekanan.Cubalah!

3."Jangan JAWAB, BELUM ADA REZEKI". Penting! Setiap kali orang sekeliling tanya, jangan jawab "BELUM ADA REZEKI" sebab kata-kata anda itulah doa.Apa perlu JAWAB " In Shaa Allah, doakan ya!" Jawab dengan penuh senyuman! Pasti kalian akan rasa best, yakin serta positif!

4.Lihat balik kehidupan kita sekarang, adakah sudah stabil? stabil di sini ialah stabil dari segi tahap berjauhan dengan suami, stabil dari segi kewangan, buat recheck sekejap untuk 5 ke 10 minit. Jika belum, kalian sudah pasti tahu jawapan kenapa Allah masih belum kurniakan anak.

5. Dugaan dari Allah swt. Ingat, setiap perkara yang berlaku Pasti Ada Hikmahnya.Jika kita berada dalam situasi apa sekalipun, amik masa 5 minit untuk duduk sekejap, dan fikir apa HIKMAH yang Allah nak tunjuk sebenarnya.Secara tak langsung KITA SUDAH BERSANGKA BAIK pada Allah! Hebatbukan! kalian pasti tidak akan bersedih.

6. Berusaha dan buat persiapan. Cari ilmu atau jumpa doktor. Tips-tips untuk lebih subur melalui pemakanan.Ia penting agar kita lebih berusaha.Buat pemeriksaan jika perlu.Ada yang ingin mengandung mereka disarankan mengambil Asid Forlik.Boleh cuba, dan tanya pendapat doktor, itu lebih baik.

7.Jauhi rakan-rakan yang negatif, yang boleh merosakkan emosi anda.

8.Suami dan Isteri wajib saling positif dan menyokong antara satu sama lain.Tiada siapa yang bersalah.Allah nak bagi ruang untuk kalian lebih kenal, lebih habiskan masa bersama.Pergi lah HONEYMOON walau pun tiap-tiap hari!

9.PALING PENTING.Jangan berhenti berdoa.Suami dan isteri tiap-tiap malam buat solat hajat agar termakbul apa yang diinginkan.


**Pesanan buat diri saya, jangan tanya soalan yang boleh mendatangkan sensitiviti kepada rakan kita yang sudah kahwin tapi masih belum mengandung. Jaga Hati mereka.In Shaa Allah, bila tiba giliran kita, Allah bagi yang terbaik jua..

Salam sayang
Cik Puan Binafsha

3 comments:

  1. Tak baik cakap macam tu.. siapalah yang tak nak menngandung n ada anak sendiri? kadang2 itulah manusia. Maybe niat utk bertanya je, tp sebenarnya boleh mengecilkan hati kwn kita..

    ReplyDelete
  2. terbaik sayang...keep up the good job..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah!

    semoga bermanfaat..Allah knows the best!

    keep it up dear

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard