TIPS:Makanan Untuk Meningkatkan Kesuburan - Jiakreatifelt

Jun 12, 2013

TIPS:Makanan Untuk Meningkatkan Kesuburan



1. Daging Merah - Kandungan zat besi dalam daging merah mampu menurunkan risiko kemandulan yang timbul dalam proses ovulasi. Zat besi membantu meningkatkan sel darah merah juga mengurangi ancaman anemia.

2. Kacang - Kacang almond mampu meningkatkan ghairah seks wanita serta boleh melindungi embrio dari keguguran.

3. Tiram - Tiram mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kacang.

4. Kentang Panggang. Ia mengandungi vitamin B yang sangat tinggi. Kandungan vitamin B dan E ditemukan dalam makanan ini dan boleh meningkatkan pembelahan sel serta meningkatkan peluang produksi ovum yang sehat.

5. Buah-buahan Segar - Ini merupakan pilihan terbaik bagi lelaki yang ingin meningkatkan kehebatan mereka. Kandungan vitamin C yang tinggi amat untuk meningkatkan kualiti sperma. Amalkan memakan buah kiwi, mangga, atau strawberi.

6. Kacang Brazil - Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosterone.

7. Bawang Putih - Ramai akui bawang putih boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki.

8. Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Anda disarankan untuk minum 8 liter air dalam sehari semalam.

9. Sayur-sayuran berwarna Kuning, Oren dan Merah - Ia mengandungi banyak vitamin dan antioxidant untuk mencegah penyakit di samping meningkatkan kesuburan. Sayur sawi pula mengandungi banyak vitamin, zat besi dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folik penting untuk penetasan telur yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko keguguran.

10. Kobis, Karrot, Brokoli, Kacang Hijau, Keledek Merah – Semua ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampul meningkatkan hormon testosterone.

11. Papaya, Jambu Batu, Buah Naga, Semangka, Buah Limau Nipis - Kaya dengan kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.


insyaAllah....jom amalkan....:)

6 comments:

  1. assalamualaikum. thanks sharing dear.. insyallah sheila akan amalkan. heeee :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for the sharing. :)

    You're welcomed to join this contest! :)
    http://destinyofhuffaz.blogspot.com/2013/06/marhaban-ya-ramadhan-contest-01.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard