Nov 21, 2013

Arwah Ammar bersama Abu Ayyub Al-Ansari

assalamualaikum..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad saw
al-fatihan buat arwah Ammar

Ahmad Ammar yang telah pergi bertemu Rabbul Jalal pada 2 November 2013 akibat daripada kemalangan di Istanbul, Turki.
Bagi mereka yang masih belum tahu siapakah beliau ini...jom tengok video ini


subbahanaallah,terlalu ramai insan yang menangis kerana kematian beliau.
(bagaimana kah saat kematian kite pula?)
adakah ditangisi atau disyukuri?
dalam video ini,aku amat tertarik dengan ucapan dari seorang penceramah terkenal turki
"alangkah bahagianya saudara kita Ammar kerana akan bangkit bersama sahabat Nabi,iaitu Abu Ayub Al-ansari yang akan berpegangan tangan dengan beliau"
Allah memuliakan allahyarham yang mana allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.(Subbahanallah)

Berbalik kepada kata2 penceramah turki tadi..Ammar akan bangkit bersama salah seorang sahabat Nabi saw iaitu Abu ayub al-ansari.Siapakah sebenarnya  Abu Ayub Al Ansari?
Mari kite hayati dan singkap kembali >

serba ringkas:
Nama dan derajatnya dimuliakan Allah di kalangan makhluk, baik di Timur mahupun di Barat. Kerana Allah telah memilih rumahnya di antara sekalian rumah kaum muslimin, untuk tempat tinggal Nabi-Nya yang mulia, ketika beliau baru tiba di Madinah sebagai Muhajir. Hal ini cukup membanggakan bagi Abu Ayyub.
Rumah Abu Ayyub bertingkat 2.Abu Ayyub meminta Rasulullah saw duduk di tingkat atas kerana Ayyub tidak mahu duduk di atas kerana ingin memuliakan Kekeasihnya itu.Namun Rasulullah menolak dengan alasan Nabi akan ramai tetamu dan tidak mahu menganggu Ayyub.Pada mulanya Ayyub berasa berat hati namun Ayyub perlu akur dengan arahan Nabi saw.Pada suatu malam,Abu Ayyub tersepak segelas air minuman dan akibat tidak mahu air itu mengalir kena pada Rasulullah yang berada dibawah sepantasnya Abu Ayyub mengelap air tumpahan itu dengan selimut yang dipakainya(kebetulan pada malam itu terlalu dingin).Keesokkan harinya,Abu ayyub menceritakan kejadian yang berlaku pada Rasulullah dan berkata  “Sungguh mati, saya segan bertempat tinggal di atas, sedangkan Rasulullah tinggal di bawah”.Selepas kejadian itu,Rasulullah memperkenankan Abu Ayyub pindah ke bawah dan beliau pindah ke atas.
Pada malam berikutnya cuaca yang sangat panas sehinggakan Nabi berpeluh.Untuk pengetahuan semua,peluh Nabi saw adalah lebih harum dari pada kasturi.Akibat dari peluh Nabi itu,mengalir lah ia terkena pipi Abu Ayyub.Abu Ayyub tersedar dan mencium bau yang sangat harum.Apa yang Abu Ayyub buat ialah beliau menadah mulut nya untuk menelan titisan peluh Nabi saw.Ketika kejadian itu,Rasulullah turun dan melihat tingkah laku Abu Ayyub lalu bertanya"Apakah yang sedang kamu lakukan,Ayyub"?
Abu Ayyub segera menjawab"Aku menelan peluhmu ya Rasulullah".
Rasulullah saw pun menjawab"Barang siapa yang menelan peluhku,maka dia akan bersamaku di syurga kelak"

Allahhu...hebatnya kecintaan Sahabat Nabi terhadap baginda...

Nah inilah serba ringkas mengenai Kisah Abu Ayyub ini dan Allahyarham Ammar ini akan bersama dengan salah seorang sahabat Nabi ini.Subbahanaallah..Beruntungnya ibu bapa Ammar kerana berjaya mendidik anak mereka menjadi seorang anak yang soleh...Bertepatan lah dengan maksud AMMAR dalam bahasa Arab ialah kuat iman, lemah lembut dan memakmurkan orangnya.Nama yang indah ini amat sinonim dengan sikap Allahyarham Ammar sepanjang hayat beliau di dunia.

#semoga perjalan hidup Ammar menjadi titik tolak kepada kite semua untuk sentiasa memperbaiki diri dan kembali kepada Allah.
Share with the world:

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by Beautifully Chaotic