December 2013 - Jiakreatifelt

Dec 30, 2013

HASIL DISEBALIK DIAMKU
nak tahu sebab apa aku amat jarang update blog aku sendiri..
sebab aku kena menyiapkan tempahan edit blog yang *bertingkek -tingkek* alhamdulilah..rejeki
ok jom kite tengok 1 persatu ..

sebenanarnya,blog ni dah lama aku edit tapi masih belum dapat approval dari owner blog
dan alhamdulilah..baru sekarang dapat publish


yang ini special nya tempahan dari member satu tempat belajar dolu dolu
Beliau menjual produk hot masa kini iaitu shaklee
jom melawat blog beliau


kak normi 
kakak kite ni jual produk kecantikan *jual ape ye..?

jom terjah!!!


kak ina ni adalah my regular customer dan sangat supportive person
thanks alot sis semoga berjaya dalam bisnes akak.

ok.yg ni pun blog kak ina..
jom terjah

                                                  http://auramiecaskincare.blogspot.com/

adik najwa ni dah banyak kali mengambil tempahan edit blog dari aku.
terima kasih dik kerana tidak jemu dan mempercayai akak..

                                                 http://dhousecollections.blogspot.com/
owner blog ni pun masih belum mengisi segala maklumat ..Namun kalau nak tengok lebih jelas hasil kerja aku..boleh klik link di atas.


oklah..bagi mereka yang sudi dan ingin mengambil tempahan edit blog dari aku
boleh pm laju laju di SINI na..

as salam !~

Dec 16, 2013

Assalamualaikum semua
morning dan hepi monday!~
sangat lama aku tidak menaip di entry ini sehinggakan aku sendiri confius blog aku ni masih punya readers atau sepi seorang perindu(tak de kaitan kan)
ok sebenarnya..semenjak 2 menjak ni jiakreatifelt sering di private kan.(entah2 korang pun tak tahu kan)hihihi.mohon maaf sangat bagi mereka yang nak bw ke blog ini dalam tempoh privasi tu.
mi hu girl emoticons mi hu girl emoticons
blog jiakreatifelt sedang mencari identiti sebuah blog bisnes yang lebih friendly dan loadingnya cepat.
nak nampak kemas dan senang customer untuk membuat sebarang tempahan atau pertanyaan.
mi hu girl emoticons 13 150x150 Mi Hu Girl Emoticons
aku sampai ketandusan idea dan akan tukar setiap kali design siap.(macam tak cantik je.)
untuk design kali ini,mungkin akan di ubah lagi sebab sekarang aku nak fokus pada tempahan full edit blog(alhamdulilah dan terima kasih korang!!)
mi hu girl emoticons 19 150x150 Mi Hu Girl Emoticons
jadi,bagi mereka yang ingin membuat sebarang tempahan..lai lai..tempahan dibuka.
:)
mi hu girl emoticons 6 150x150 Mi Hu Girl Emoticons
oklah,sampai sini dulunanti ada masa dan kelapangan aku update lagi k.
#asal banyak sangat emotion yang akau gunakan kali ini..?aku pun x tahu..

Dec 13, 2013

jom menempah edit blog

salam jumaat yang indah...
tempahan edit blog kini dibuka.bg mereka yang ingin menempah,maklumkan kpd aku na..:

Dec 11, 2013

Suke pulak aku !
#alhamdulilah..aku dah mula suke tengok cerita kanak2 ni.
bukan sahaja cerita tapi ia membawa msg yang baik

kite yang sudah besar ni pun tak salah untuk menonton cerita macam ini.Sekurang kurang nya kite boleh mengambil sesuatu yang baik ..
tahniah kepada mereka yang membuat animasi begini teruskan berdakwah insyaAllah besar pahala nya.



Dec 10, 2013

KISAH DAN TAULADAN

beruntungnya kite apabila mendapat seorang pemimpin seperti Saidina Umar Al Khattab.

rakyat sentiasa di dahului dengan kebajikan bukannya di zalimi seperti yang dilakukan oleh pemimpin kite.
 BAYI DIBUANG DI TEPI LONGKANG

IPOH: Seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaantidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan rumah kedai sebelum dijumpai oleh orang awam.

Bayi itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

#sedihnye.kejamnya manusia ini

Dec 6, 2013

Jaga akidah anda!



yang peliknya siapakah penulis artikel nie..?

tidakkah dia memperhatikan ayat2 Allah?

petikan surah Al ikhlas:

Qulhuwallahu Ahad… Allahussomad...
"Katakanlah, Dialah Allah yang Esa. Allah, tempat bergantung"

#tolong lah muhasabah diri dan jaga akidah kite.Bukan pada manusia kite perlu berharap..sepatutnya segalanya kite serahkan kepada Nya.

Dec 4, 2013

KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
assalamualaikum wbt
Indah nya akhlak Nabi Muhamad saw 
jom kite baca akhlak baginda terhadap isteri baginda

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut
dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

Indahnya hubungan, kalau kita mencontohi Baginda SAW...

ya Allah..rindunya..pada kekasihMu.

ALLAHUMMASOLLIALAMUHAMMAD.

Dec 3, 2013

ULASAN UFB TENTANG TARIF ELEKTRIK NAIK
#masing2 ada pendapat sendiri..hurm..kejamnya la pemerintah sekarang
pendapat peribadi aku sendiri:apakah logik tariff elektrik di naikkan?

Dec 2, 2013

CUSTOM DESOGN BLOG KAK INA(DISEMBER)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard