Oct 31, 2013

MENU:Twister




twister...

makanan malam nie..:
alhamdulilah,suami sukeee..:

MESIN JAHIT

#Alhamdulilah..dipanjatkan kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi ini dan seterusnya berpeluang menulis sesuatu dalam blog aku .
sebenarnya,aku sedang mengedit blog kak +norazlina sweetie ..(ops..buat masa ini terpaksa diprivatekan)
tapi pening kepala ..curik2 masa untuk mengupdate blog sendiri..

mesin jahit idaman..alhamdulilah berjaya dimiliki selepas membodek encik suami..^_________~

sebenarnya..dari dulu lagi aku teringin sangat nak ada mesin jahit sendiri(so..selepas ni aku tak perlu jahit guna tangan lagi kan)<<<pemalas kah aku ini?.alhamdulilah,dapat juga akhirnya.Terima kasih suamiku.

untuk waktu sekarang nie,aku guna untuk menjahit bantal,car neck pillow,bekas kotak tisu dsb.Sekarang ni aku bukak kembali tempahan jahitan setelah sekian lama ditinggalkan.

NAK TENGOK HASIL KERJA AKU?
Lagi besar cita cita aku nie..aku nak jahit jubah sendiri suatu hari nanti..
kalau beli jubah kat luar..kadang kadang mahal dan ada warna yang tidak menepati selera aku.
so,kalau aku dah pandai jahit jubah sendiri..lebih jimat kos dan lebih berpuas hati kan..??kan??

amin...amin amin..

oklah,korang semua..babai..#

Oct 30, 2013

1st Giveaway By Huda

Assalamualaikum and hi ! ^___^

-Klik banner untuk join-

Antara hadiah yang ada : Novel, Kain Cotton, topup RM10, shirt, dress, Ice Watch, Kawaii Brooch, Keychain dan banyak lagi . Jom join  !

1st Giveaway ni dianjurkan oleh Huda@Vidolaaa dan di sponsor oleh Huda | Nurul Nadhirah | Jaja Imah | Acik's Closet | Siblingsblogshoppe | Emy | Mira | Sarah Sabrina

Tarikh tamat : 11 November 2013


Shaklee Wardrobe : Giveaway




klik gambar untuk join!!!

Tarikh tutup : 31 / 10 / 2013

MUHASABAH:Nikmat Tuhan yang mana kau dustakan?

Semuga Allah Berkati Kehidupan Kita Insya Allah



Tazkirah 
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni 😊
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah.. 
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah" 
.... sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W ....

Oct 29, 2013

tempahan bantal baby



yea..yea..dah agak lama aku meninggalkan bidang jahitan..nah!sekarang kembali aktif..

untuk makluman semua,bantal di atas adalah tempahan dari sahabat aku Nadiah Ameram..
dah jadi ibu dah beliau nie..so,Najlaa' ni nama anaknya..:)

jom tengok..>>


#0k..untuk tempahan bantal boleh pm aku ..^_____^


Half edit blog Kak Aisya

alhamdulilah..berjaya juga siapkan blog kak +Aisy Nasiha 
jutaan terima kasih sebab sudi menempah half edit blog :)
harap sangat akak suke..:D


jom jemput ke blog  kak +Aisy Nasiha 

Oct 26, 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





 syarat-syarat wajib : 


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini











Oct 25, 2013

Giveaway Nando’s by Airis Arissa

Klik Banner Untuk Joint

SUNNAH NABI:ROMANTIKNYA NABI



SALAM JUMAAT YANG INDAH 

#semoga kite menjalani alam rumah tangga dengan penuh mawaddah dan warahmah..
insyaAllah..:)

Oct 24, 2013

SIAPAKAH NAFSU?


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Al-khaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang ertinya: "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bererti: "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang da`if dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Wahai akal, tidak Aku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bererti: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bererti: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' (lapar) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah Tuhanku."
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat, oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau ia mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

MUHASABAH:Mendung tidak selamanya

 "Kesusahan adalah guru yang terbaik "

Bila kamu miskin. Berjodoh pula dengan pasangan yang miskin. Jangan risau takut hidup makin susah.

Cuba fikir positif.

Mula hidup susah payah dengan pasangan. Susah. Tak cukup duit. Tapi tempuh dan jalani bersama-sama. Berperingkat-peringkat. Katalah 10 tahun pertama hidup susah, kemudian berkat usaha bersama dan yakin pada rezeki Allah, 10 tahun yang berikutnya hidup senang sedikit.

Suatu hari nanti, bila duduk bersama dengan pasangan imbas balik masa zaman-zaman susah dulu. Bila tengok kerusi perabot, peti sejuk atau dapur yang ada di rumah kita tu, maka keluarlah soalan yang lebih kurang macam ni,

"Ingat tak lagi kali pertama kita nak beli ni?"

Susah. Miskin. Takde duit.
Tapi percayalah.
Fasa susah dan senang tu. Lebih manis dikenang.
Diingati sampai bila-bila
#copypaste

yakini lah dengan Firman Allah dalam surah ALAM NASYRAH:


dalam surah ini Allah seolah memujuk hambaNya supaya bersabar di atas ujian yang menimpa.


1.Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

2.Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu?

3.Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

4.Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

5.sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

6.Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

7.dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


JOM START HUSNOZON (Berprasangka baik)DAN LA TAHZAN(jangan bersedih)..:)


Oct 23, 2013

BLOG BERWAJAH BARU



Alhamdulilah..hari ini blog aku pakai baju baru.:)
minta maaf kepada kawan kawan yang tidak dapat terjah ke blog aku dari semalam

sebenarnya,keinginan untuk menukar wajah blog telah pun dipendam sekian lama..
kekangan masa dan idea telah menyebabkan hasrat itu di KIV dulu..

Syukur sangat kepada Allah kerana berjaya juga menyiapkan sebuah blog yang lebih kekeluargaan
dan kasih sayang.hikhikhik

oklah,tanpa banyak bicara ..inilah hasil blog aku.
taadaaaaa....!!!


#sekarang masih berdua....

CUSTOM BLOG Mira



Terima kasih kepada Mira kerana sudi menempah full edit blog..^_______^

Semoga maju jaya dalam apa juga perkara yang awak buat
Jom terjah blog Mira

Oct 20, 2013

CUSTOM BLOG IZNI NAJWA





alhamdulilah..si pemilik blog approved dengan design kali ini..
Untuk makluman semua,ini adalah kali kedua najwa menempah edit blog dari saya.^^

terima kasih terima kasih..lain kali tempah lagi sayang..!!
apa kate semua terjah blog beliau 


Oct 14, 2013

VIDEO:Merawat bisu dengan alquran


#ALLAHUAKBAR
Mukjizat al quran, penyembuh penyakit bisu.

Oct 13, 2013

CUSTOM BLOG SAFWANAH





khas untuk adik safwanah

terima kasih sebab sudi menempah editing blog dari akak
semoga awak berpuas hati dan berjaya dalam apa jua yang awak ceburi

jom terjah blog beliau

PELUANG KERJA DI TEKUN



#JOM....

Oct 11, 2013

ARAB VS MELAYU



#Jom muhasabah diri kite dari segi pemakaian..

Oct 8, 2013

BEZA RM50 DULU DAN SEKARANG





#TAK tahu nk komen panjang2...dari gambar semua dapat menilai....^^

Oct 7, 2013

Oct 5, 2013

Giveaway Butik Comel Collection

KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
1) Baucar RM200
2) Baucar RM150
3) Baucar RM100
Saguhati: 2 pemenang x Baucar RM50

Hadiah ditaja oleh Butik Comel Collection

PEMILIHAN PEMENANG:
-menggunakan random.org

SEMUA PESERTA BERPELUANG UNTUK MENANG
JOM JOIN RERAMAI!

CUSTOM BLOG:KAK INA





alhamdulilah...

selesai sudah editing blog bagi bulan oktober untuk blog kak ina..

tema kali ini adalah hari raya aidil adha * that why korang nampak ada gambar lembu...*

hihihihi
oklah..jom semua kite ziarah blog kak ina



MUHASABAH DIRI:JOM CEK DIRI KITE!


# wanita islam jangan ambil mudah tentang aurat...

Oct 3, 2013

VIDEO NI KENA TENGOK BETUL BETUL

#MUHASABAH DIRI SAAT IA TERJADI PADA KITE....

Oct 2, 2013

BETUL KE..?MR BEAN PELUK ISLAM





#Kalau betul lah seperti apa yang dikatakan...alhamdulilah..jika sebaliknya,kite doakan ia menjadi kenyataan..

TAKBIR!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by Beautifully Chaotic