May 23, 2014

tutup kisah silam

assalamualaikum wbt

syukur alhamdulilah bagi mereka yang telah dikurniakan pasangan halal
dan bagi mereka yang masih mencari..jangan berputus asa teruskan berusaha dan berdoa.InsyaAllah Allah mudahkan jalan pencarian.amin..

Bagi mereka yang mempunyai pasangaan..hargailah mereka seadanya..
jangan harapkan kesempurnaan kerana diri kite juga masih banyak kelemahan.
Allah temukan kite pasangan hidup untuk melengkapi bukan untuk menyaingi antara 1 sama lain.
Dalam perkahwinan menyingkap sebuah tabir rahsia,
menyemai benih-benih kasih sayang
menyikat 2 jiwa menjadi satu
mendamba sebuah keredhaan dari Sang Pencipta
mengharap keberkataan dan seterusnya melahirkan zuriat penyejuk mata dan penenang hati
Allahhu..~indahnya sebuah pernikahan yang mana telah menghalalkan dua insan untuk saling mencintai dan melengkapi

malangnya kite jarang mensyukuri nikmat yang telah Allah beri
memberi kite peluang untuk merasai kasih sayang yang tulus,
merasai dibelai dan membelai,
merasai bahagianya dimanjai dan memanjai,
merasai segala2nya dan mendapat pahala disebalik kesemua kasih sayang itu.

kite masih belum merasa cukup dan bersyukur..
kesilapan dan kelemahan pasangan dianggap dosa besar 
bermasam muka,herdik mengherdik..
dan akhirnya penceraian..
bukan ini ajaran Rasulullah saw dalam berumah tangga
Baginda sangat berlemah lembut terhadap isteri2
Baginda juga sangat romantis dalam memanjai isteri2
dan baginda juga amat ringan tulang dalam menolong isteri2

#sebagai muhasabah diri sendiri dan memperbaiki kelemahan sebagai seorang isteri..
bersyukurlah kepada mereka yang masih bergelar suami atau isteri
ada orang yang diluar sana merintih kepada Allah supaya ditemukan jodoh kerana merasa sunyi yang amat sangat
ada orang yang baru sahaja kematian pasangan dan hanya hidup dalam kenangan manis bersama pasangan
ada orang yang langsung tak merasa kasih sayang pasangan..kerana pasangan mereka telah menemui sang pencipta
allahhu..berbagai dugaan dan cabaran dalam menempuhi alam rumah tangga ini.
adakalanya kite merasa bahagia dan adakalanya kite merasa sangat duka..
yakinkah kite kebahagian yang hakiki ada pada DIA(Allah)
maka pintalah dari NYA..
ikutilah ajaran Nya dan tinggalkan apa yang dilarang 

binalah rumhtangga itu dengan kasih sayang 
dengan keredhaan ibu bapa
dan keberkatan dari NYA
InsyaAllah zuriat yang soleh dan solehah bakal menanti kite..aminn




No comments:

Post a Comment

Follow me

Hai.!Saya Jia.

Saya mengambil tempahan full edit blog; ☑personal dan ☑business. ➹Nak yang responsive template blog; insyaAllah boleh request Harga? Yang pastinya mampu milik dan berpatutan. Email: ✉najiahshaharain@gmail.com Whatsapp: ✆0174428730 ☂Untuk review produk boleh email sy :najiahshaharain@gmail.com

Followers