Aug 31, 2014

Full channel Astro pra tonton

Selamat pagi semua!!
Excited nyer..dari semalam sampai lah ke tengah mlam ni..astro bagi full channel..
Memang teruja habis..sehinggakan tak tahu nak tengok channel mane 1
Ini mungkin kesempatan astro untuk menembus kesilapan mereka dalam tergendala perkhidmatan mereka tempohari.
Apapun..jom layannn...

Aug 30, 2014

Segmen: Meh Join BlogList CikAyue


klik banner untuk join


Giveaway: Happy 6th year Anniversary; Thank You YOBO



komen mengenai blog ni:

  1. jujur..sangat cantik dengan doodle suami isteri di depan rumah dengan awan yang bergerak.sangat mendamaikan!
  2. mungkin background blog tu perlu diubah kot.jangan stripe..tpi try corak lain..yang lebih soft
  3. itu sahaja kot...~:)
  4. salam kenal..sarah

Aug 29, 2014

Asus zenfone 6

Jujur..dah jatuh cinta dekat handphone jenama asus ni pada pandangan pertama lagi.
Sekarang ni saya pakai samsung galaxy note ii dan masih lagi ada warranty.
Tetapi entah kenapa tetibe je rasa nak memiliki si asus ni..
Huhuhu...
Nak tanya pendapat ok ke tak yer asus zenfone 6 ni..?

GIVEAWAY : Blogger 1 Malaysia


klik banner untuk join

tagging:

SEGMEN: Kapas Putih September Bloglist




klik baner untuk join

Aug 28, 2014

apa perasaan ?

seronok apabila kite menang sesuatu segmen atau giveaway..rasa nak melompat.even hadiah yang diberikan bukan la tajaan mengerjakan umrah atau melancong 3 hari 2 malam di phuket,sebuah rumah banglo(hurmmm...~macam melampau pulak hadiah2 nya)
namun..apa perasaan bila kite menunggu hadiah yang kite nak itu..tapi tak sampai2 hinggalah ke saat dan detik ini.?
kenapa dan mengapa ?
sebenarnya,bukan lah pertama kali saya kena mcam nie..dah banyak kali(sebenarnya..2 3 kali kot)
saya sengaja buat2 lupa..dan tak pelah saya halalkan je.
tetapi untuk kes ni saya rasa saya perlu berkongsi kepada kalian semua..
pada mulanya,saya tak tahu pun sebenarnya saya menang untuk segmen itu.
dijadikan cerita,sponsor itu sendiri yang pm saya di FB.
seronok rase masa tu dan alhamdulilah.
korang nak tahu tak hadiah apa yang saya akan dapat?
jeng..jeng..jeng..
v
v
v
v
v
v
v
v
topup RM10
Mesti ada yang akan kata..saya ni berkira..RM10 je pun..
hurm..walaupun nilainya nampak kecil..tetapi bukan kah itu sudah menjadi hak kite..yang perlu dituntut.
 yang saya kesalkan,sponsor itu berjanji untuk topupkan kepada saya pada sebelah petang hari yang sama die Pm saya.
dari 15/8/2014 (sponsor pm saya) dan sehingga 28/8/2014(masih senyappp)
saya tunggu ..dan tunggu ...terus menunggu.
pada pendapat saya:sponsor tersebut perlulah maklumkan semula kepada saya jika beliau mempunyai sebarang masalah dan meminta untuk dipertanguhkan pemberian hadiah.
saya bersangka baik..mungkin sponsor ini lebih memerlukan duit..ketika ini .atau mungkin beliau terlampau sibuk sehingga terlupa.
saya pernah pm beliau dan no reply...
saya akan terus menunggu dan bersangka baik
yeay....!!

Segmen Pencarian Bloglist By Miya Amira




klik banner di atas

bloglist september & oktober by fatihahfazlin



klik banner untuk join!!

Aug 26, 2014

Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme






review 2600

selamat pagi selasa semua!
apa kabo?
hari ni saya kurang sihat..selesema dan batuk.
doakan semoga saya sembuh..supaya esok saya dapat menghadiri temuduga dengan  ceria...!!yeay..amin
oklah,pagi ini saya nak review 1 blog yang mana blog ni adalah followers blog jiakreatifelt yang ke 2600.terima kasih..cik na sebab sudi follow saya yang tak seberapa nie.
sempat screen capture blog beliau

oklah..jom saya nak menjemput kalian semua ziarah blog beliau sat..

Aug 24, 2014

Cantik depan manusia?

kite terlalu memikirkan pandangan manusia dari memikirkan pandangan Allah.

Aug 22, 2014

Petua Untuk Mengecilkan Liang Pori Muka




1. Selepas anda mencuci muka, liang pori akan terbuka untuk seketika. Pada waktu ini, sapukan penyegar (toner) pada wajah menggunakan tisu muka. Pilih penyegar yang berunsurkan ’sejuk’ atau yang bertindak sebagai pengecil liang roma (pore minimizer). Kebiasaannya, penyegar yang berasaskan mentimun adalah penyegar yang terbaik.

2. Pastikan anda ’scrub’ muka anda 2 atau 3 kali seminggu. Ini untuk membuang sel-sel kulit mati bagi mengelakkan ia berkumpul dan menjadi jerawat atau jeragat pada wajah kita. Pemilihan ’scrub’ juga amat penting. Pastikan anda membeli ’scrub’ muka yang mengandungi ‘micro-scrubber’ di dalam kandungan ’scrub’ tersebut kerana peranan ‘micro-scrubber’ amat penting dalam menanggalkan sel-sel kulit mati. Masa terbaik untuk melakukan ’scrub’ muka adalah pada waktu pagi selepas anda bangun dari tidur. Jadi, pada waktu ini, anda bukan mencuci muka menggunakan pencuci muka, sebaliknya menggunakan ’scrub’.

3. Setelah wajah anda dibersihkan dengan ’scrub’, pakai ‘topeng’ wajah untuk bertindak sebagai pengecil liang roma setelah melakukan ’scrubbing’. Topeng wajah terbaik ialah Pond’s Pore Care. Ia bertindak sebagai pengecil liang roma yang mempunyai ekstrak hazel dan pelembab. Ia juga bertindak sebagai pencuci muka dan juga ‘mask’. Pakai selama 8 minit dan kemudian bilas. Setelah pemakaian produk ini, anda akan merasakan kulit anda lebih halus dan liang roma lebih kecil.

4. Amalkan secara berdisiplin. Contohnya, cuci muka pada setiap pagi dan malam, sapukan penyegar selepas setiap kali mencuci muka, ’scrub’ muka setiap pagi Selasa dan Jumaat. Jika ada masa, selepas ’scrubbing’, terus pakaikan ‘mask’ muka atau anda juga boleh pakai pada waktu malam, sebelum tidur.

Aug 17, 2014

Terima kasih semua!!

Assalamualaikum wbt

earning saya bertambah.!!
dan secara tak langsung saya boleh terus cash out!!

alhamdulilah..hepi hepi...lalala...


sekarang sedang menanti untuk verified.

bagi mereka yang belum ada acc 8share..jom register secara mudah..

bestnyer...macam hari hari raya..(opss..teroover..)

p/s:baru dapat RM50 aku dah hepi.ada orang yang dapat beribu riban..rileks je.

Aug 16, 2014

Saya mencari 17 orang!


assalamualaikum wbt dan selamat petang
mungkin agak 'tak malunya' saya memohon jasa baik seikhlasnya daghi kalian untuk klik link iklan saya...☺
merujuk pada gambar saya memerlukan rm3.34 lagi untuk cashout!
wahhh..sangat  susahnya nk mencari earning.



17 orang klik 1 iklan.
iklan RM0.20..so bile total cukup lah RM50..
kikikik

  1. iklan 1
  2. iklan 2
  3. iklan 3
  4. iklan 4

bagi mereka yang telah klik link saya..alhamdululah semoga Allah membalas kebaikan korang semua..
terima kasih semua.Jika ada yang nak saya klik iklan anda semua..leh tinggalkan komen k:)

whassup:apa dah jadi ni?

senda gurau di pagi hari

Aug 14, 2014

Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse



klik banner untuk join

assalamualaikum wbt..

mai kite support segmen dari blogger ni

Maha Luas Rezeki Allah

Aug 13, 2014

sakitnya sembelit!


inilah pertama kali saya mengalami sembelit yang teruk.Kejadian ini berlaku pada 1 syawal.huhuhu.
bayangkan selama ini kite membuang dengan selesa namun 1 hari kite tidak dapat membuang..ditambah rasa sakit yang amat sangat pada 'laluan' yang keluar najis itu.
NAH!sikit sahaja Allah uji tetapi sakitnya hanya Allah yang tahu.

Saya dikejarkan ke hospital dan doktor memberi ubat untuk mencairkan najis,krim sapu pada bahagian 'itu'..
HATI HATI! 
Kawan semua,sembelit jika dibiarkan akan boleh boleh jadi buasir.,pesan doktor itu.

maaf jika tajuk kali ini nampak sedikit 'geli' ..namun niat dihati hanya ingin berkongsi.

sedikit ringkas bagaiman SEMBELIT boleh berlaku?
>>DARI sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.
Ya,inilah yang berlaku pada saya.Hampir 4 hari tidak membuang.!Bayangkan betapa banyak nya bahan buangan yang masih belum berjaya dikeluarkan.

kesan dari SEMBELIT??
Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Nampak remeh tetapi sebenarnya ia boleh membawa penyakit lain sekiranya tidak di atasi dengan segeraa!

jom baca>>>SEMBELIT

Bagaimana cara untuk mengatasi sembelit ini?
1.Makan banyak buah-buahan,Sayur sayuran
2.Minum air dengan kuantiti yang betul
3.Senaman yoga
4.Minuman tenusu
5.Minuman berjus

Selain itu,berita baik kepada mereka yang TIDAK SUKE MAKAN BUAHAN,SAYURAN,MINUM AIR YANG BANYK,MELAKUKAN YOGA DAN MINUMAN BERJUS...
SHAKLEE memperkenalkan satu produk untuk mengelakkan sembelit!


Ostematrix dari Shaklee mengandungi magnesium yang boleh membantu mengatasi sembelit.
 Bagi yang ingin mendapat Ostematrix boleh dapatkan ia melalui saya sekarang:

Jia 0139977063
SID:1131778


Aug 12, 2014

Aug 11, 2014

SAJA-SAJA:TEST!



ANDA & PASANGAN...CHECK IN OUT!

Januari 01-09 ~ hamster
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ hamster
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ jerung
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ jerung
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ jerung
Jun 21-24 ~ hamster
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ jerung
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ hamster
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati "


»»» maksud/erti :


# jerung: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

# Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

# Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun,kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

# Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

# Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

# Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!

# Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

# hamster: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu.
# Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan..

hehe ... share tau !!

p/s:
saya kucing suami saya merpati..
adakah kami pasangan sejoli?
hihihi.

apa-apapun jangan percaya ni 100%..ini hanya gurauan untuk menghilangkan ngantukzz..
k..tata!!

FITNAH NIQABIS!


Nak berniqab? Silakan..

Tapi janganlah menokok tambah atau mengada2kan 'fadhilat' berniqab bagai. Siap post di pesbuk lagi ini. Haha.

'Allah gandakan 17x seri muka. Bla. Bla. Bla.'
'Di akhirat pula, Allah akan datang. Bla bla bla.'
'Rasulullah jugak. Bla bla bla'
'Saidatina Fatina pulak. Bla bla bla'

Persoalannya, di timur tengah, wanita yang berniqab itu tidak semuanya Islam. Lalu bagaimana dengan fadhilat2 ini? Jawab lekaihh...

Yang menyedihkan lagi, post tersebut meraih banyak like. Itu baru yang like, yang membaca dan mempercayainya pula dah berapa orang? Yang share berapa orang? Yang copy paste pulak berapa orang? Yang sebar dan sampaikan pula berapa orang? Sapa nak bertanggungjawab ni? Sampai tak tahu punca. Ini jenoh nak betulkan kembali, sebab tak terkira berapa orang yang sudah mempercayainya. Haaa!

Secara tidak sedar, pembohongan ke atas agama telah dilakukan. Siap guna nama Allah, Rasulullah dll bagai. Apa hukumnya? Tak rasa bersalah ka?

Kamu nak mengajak wanita lain untuk berniqab itu perkara yang dipuji. Namun kamu cipta 'fahilat' sendiri dan selitkan nama Allah dan Rasulullah untuk kuatkan 'fadhilat' itu supaya ramai yang mempercayainya. Itu perkara yang eeerrrrrrr..

Ada pulak yang komen sebegini, 'terima kasih kerana menguatkan saya untuk mula berniqab'. Aduhaii.. Kasihan, kamu sudah membohongi dia. Waduh.

Kalau begitu kesianlah pada geng tudung labuh, kerana seri wajah mereka tak naik. Alahai..

Berhentilah menyebarkan perkara yang tidak diketahui kesohehannya itu! Bagaimana nak betulkan kembali perkara ini? Mintalah petunjuk Allah. Berazamlah untuk tidak mengulanginya kembali. 8)

#COPYPASTE

Satu hari, si niqabis mengupload gambarnya, gambar yang sangat cantik, mata bundar memandang tepat pada lensa camera, dihias dengan celak membuatkan mata si niqabis sangat2 cantik dipandang. Lalu datanglah serbanbis, yang memberikan kata-kata seperti didalam gambar... Apa perasaanmu wahai sang puteri.... ?? Matamu sedang dinikmati pemuda yang tidak halal bagimu dan baginya..

Ya Allah lindungi kami dari dipandang dan memandang...

Aug 9, 2014

Sekadar ATM

bayangkan atm machine boleh bercakap

Aug 8, 2014

BOIKOT SMOKER PLEASE

"Segmen Bloglist August irrayyan.com"




klik banner untuk join!

Nak cerita macam macam~

 salam jumaat yang indah~
syukur kite masih bernafas dimuka bumi ini dan menikmati suasana raya yang ke (#tak berapa nak pasti)hukukhuk

masih mood raya ke kalian semua?

saya sudah tentunya masih inginkan mood raya itu kembali kerana pada hari raya pertama dan kedua saya sakit.Untuk pertama kalinya pada hari raya pertama saya beraya di Hospital ..wahhhh!!:(
Dan apabila melihat penuhnya manusia di Hospital itu dengan bermacam-macam jenis penyakit/karenah maka bersyukurlah kite kerana besarnya nikmat ketika sihat itu!

Allah Maha Besar..pada hari raya keenam..suami saya pula sakit.resdung yang teruk menyebabkan kesukaran beliau untuk bernafas dan sakit kepala yang teramat.Beliau pitam.

nah!inilah kisah di hari raya pada tahun ini.Saya bersyukur kerana saya adalah hamba yang terpilih untuk merasai beraya di hospital!Alhamdulilah itulah pengalaman yang manis walaupun nampak sedih pada mulanya^_____^

tahun ni saya masih belum bekesempatan untuk menikmati lemang..#betultaktipu.(jika ada yang sudi bagi lemang sekarang..ni dan makan dengan rendang ayam..yum yummm)


oklah..tutup kisah raya..la ni saya just nak beritahu kepada kalian semua yang saya dapat panggilan interview SPP untuk jawatan Pembantu tadbir N17 pada 27/8.Syukur...walaupun ini bukan bidang saya namun tak salah jika saya ingin mencube nasib mane tahu 'untung sabut timbul untung batu tenggelam'*eh?betulke?



ke ada kawan2 yang dapat panggilan interview macam saya nie?
mai la kongsikan sikit tips2 atau pengalaman...
berdebar nie..

p/s:
doakan dipermudahkan urusan temuduga saya.Jika ini lah rezeki saya..
saya bersyukur,Namun jika bukan...Allah lebih berhak menggantikannya.aminn
Dikesempatan ini,saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andainya saya ada melukakan hati mana2 pihak..

Aug 6, 2014

HIKMAH


Masih ingatkah anda dengan alunan suara merdu hafiz yang dipenjara ini?? Ramai yang tidak tahu, sebenarnya ada pengajaran yang disampaikan di dalam ayat Al Quran (surah Al-Qalam) yang dibacakannya.
video
 Sungguh merdu bacaan beliau.
masih mampu tersenyum saat video beliau dirakamkan.
inilah hasilnya orang beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by Beautifully Chaotic