April 2015 - Jiakreatifelt

Apr 30, 2015

PESANAN BAKAL SUAMI
Assalamualaikum wbt


Apa ciri suami pilihan anda?Anda pula ingin menjadi isteri yang bagaimana..

Apa matlamat pernikahan anda..?Kerana Allah atau sebaliknya..

Jom muhasabah diri..

pilihan di tangan anda..
Ingin menjadi seperti video 1 or video 2 ?


#sekadarhiburan
BERHATI:ZAMAN FITNAH!
Berhati -hati dalam menulis,memberi komen dalam media sosial
Kerana ada pencatat yang setia merekod setiap tindakan dan perkataan ...
semoga Allah lindungi kite dari menjadi fitnah dan merosakkan hubungan sesama manusia.
berkata apabila ia perlu
diam lah kerana itu lebih baik!

Apr 29, 2015

Apr 28, 2015

WANITA YANG CANTIK ADALAH..

Assalamualaikum wbt

anda wanita cantik apabila anda berjaya mematuhi segala syarat pemakaian mengikut syarak!

wanita solehah
Baiki pemakaian sikit2 ..insyaAllah doa banyak2 pada Allah..Allah akan bantu..

:)


segmen: saya sayang blog saya

Apr 27, 2015

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah
KENAPA KUCING DATANG KEPADA KITA?
kucing comel




  • Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

  • Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan. Allah maha mampu beri lebih dari itu.

  • Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucapkan terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.
BERAPA KALI BERDUSTA?

Apr 25, 2015

Contest: Hijab, Let's wear it right!
lovingnur!

klik banner 

Buat satu ucapan ringkas dalam entri anda tentang

- Mengapa anda pilih untuk berhijab?

Kerana itu perintah Allah.Saya hambaNya maka saya perlu taat pada perintah Nya.Suke atau tidak,rela atau paksa..maka wajib lakukan.Perintah Allah ini bukanlah sia-sia sudah pasti ada sebabnya.

Plus,saya tidak mahu ayah,abang dan suami saya di tarik ke neraka gara-gara sikap selfish saya yang tidak mahu menutup aurat...

- Pesanan anda untuk mengajak muslimah untuk berpakaian mengikut syariat.

Kite hidup hanya sementara..jadi bila-bila Allah akan ambil nyawa kite.Mahu kah kite mati saat terbuka aib kite.Jadi wajib sentiasa menutup aurat sebaiknya.ok...:)Yakinilah dengan menutup aurat Allah akan memerintahkan malaikat untuk menjaga kite ke mana sahaja pergi dan pahala kit dapat sepanjang kite menutup aurat.Bukankah itu janji Allah..maka apabila itu janji Allah..wajib yakininya.

Dan saya kurang bersetuju dengan sesetengah pendapat mengatakan bahawa

' saya perlu jadi baik dulu baru boleh menutup aurat!'
'saya masih belum diberi hidayah untuk memakai tudung'

OPS!tidak boleh beranggapan begitu.sebab dalam dunia ni tiada manusia yang sempurna..orang yang bertudung pun melakukan kesilapan.
Bukankah perintah bertudung dan menutup aurat ini sudah  Allah perintahkan sejak 1400 tahun yg lalu.Jadi kenapa perlu kite bertangguh lagi syg...takutilah azab Allah..


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)


Apakah kite merasakan bahawa kite kelihatan kolot dan tidak dapat bergaya apabila mengenakan pakaian muslimah?

Mestilah tidak !Saya akui masih boleh berfesyen walaupun sudah berniqab..janji jangan berhias melampau dan bersederhanalah.
Niat kan kerana Allah.InsyaAllah ..Allah bantu dan mudahkan!
Saya pun belajar dan sedang belajar memperbaiki diri.Suatu ketenangan yang sukar untuk saya rungkai kan apabila mengenakan pakaian mengikut syariat ini.

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan di pandang..."

alamak!kene letak gambar sendiri..ops..malu sebenarnya..sebab ambe tak lawa mane.

oklah..jom belanje gambar..

jiakreatifelt.com

ini gambar masa kat tempat belajar dulu 2008 kot.Masa ni tak pakai lagi niqab,tapi cubaan untuk memakai itu ada..cuma masih belum ada kekuatan(sempat lagi snap sebelum nak balik kg..
hahaha)

jiakreatifelt
Menghadiri kenduri kahwin sepupu..:)minggu lepas
baby omey tu bukan anak saya..tapi culik sat anak orang..!!
alhamdulillah dah masuk 2 tahun saya berniqab..doakan saya istiqamah.amin..


mahalnya seorang muslimah itu..
Hanya untuk suami..:)

sekian,


Apr 24, 2015

KULIT MUKA MACAM KOREA:SAKURA CANDY BEST!~
Bismillahirrahmanirrahim..

Baca pada tajuk memang meletop!dan secara langsung terus terbayang di fikiran korang kemulusan dan kehalusan serta ke'pinkish'an kulit wajah orang Jepun.Jambu sungguh!
Macam mane mereka menjaga itu semua?
Mesti ada rahsia kan..kan.Kite memang sedia maklum;orang jepun ni sangat menitikberatkan soal makanan.Banyak makan yang makanan rebus kurang pengambilan makanan bergoreng mahupun berminyak.!disiplin tinggi dorang nie...alahaii..tak macam kite nie..

Hentam je..janji sedap.

k,back to the topic!

Saya bukan nak cite pasal orang jepun ..Sebenarnya saya nak memperkenalkan satu produk kecantikan inspired dari Jepun
Dengar name pun ..macam sweet je...



sakura candy

JOM!berkenalan dengan Cik sakura candy!:)

Pernah dengar tak?uish..dah meletop uols produk nie..
dah ramai yang mempercayai dan menyakininya..
Buktinya,betapa bahagianya mereka bergambar bersama sakura candy!

sakura candy

sakura candy

sakura candy

sakura candy
Tak perlu belanje besar harga memang berbaloi dan mampu milik yer.

Mari saya belanje testimoni pengguna sakura candy!
konfem nangis,berdarah telinga punyerrr...kikikiki

sakura candy












Jeles kan..adoii..rugi pulakk kalau tak cube nie..
Mudah sungguh cara pengambilannya.Kemam je..esok2 sedar kulit wajah dah makin cantik,putih dan badan boleh ramping giteww...
Sakura candy ni produk Premium Japan Inspired tau..sangat berkualiti Dan bahan Sakura Candy ni bukan sembarangan.

Jeling sat apa kandungan dalam sakura candy nie..
  • Sakura Extract
  • Snow Lotus
  • Pamogrenate
  • Collagen
  • Vitamin C
  • Maltodextrin
  • Sucralose
Setiap sachet Kat dalamnya Ada serbuk yang sangat-sangat halusss. bila kemam aje terus menyerap ke dalam tubuh ye.

Keistimewaan Sakura Candy

✔Kulit cerah pinkish 4hari je!
✔Merapatkan miss V
✔Menambahkan keinginan tutttt!!
✔Kulit lembut macam baby
✔Tinggi antioksida(Menggunakan extrak Sakura Japan high standard)
✔Mantapkan dalaman wanita jadi 99% anak dara!
dan banyakk lagi...


kulit wajah pinkish


Banyaknya kebaikan dalam 1 sachet!
tak salah untuk melabur demi kesihatan dan kecantikan!:)
Kini usia bukan lagi rahsia..hihihih

 Lihat dengan lebih mendalam tindakan sakura candy kepada uols!


 Jangan ragu lagi dan tangguh lagi!

✿ Beucure Sakura Candy produk premium Japan inspired. KKM LULUS,HALAL,KILANG GMP ✿

KOYAK & KEMAM!!Rasa cherry sedap macam gula2

Bagi yang berminat,teruskan membaca k

Soalan yang bermain di fikiran anda sekarang ...

1) Berapa Harga Beucure Sakura Candy?

-Harga sangat berpatutan sesuai dengan Kualiti dan kesan cerah merah jambu. Harga RM150 (sm), RM160 (ss). Free postage.

2) Kandungan kat dalam berapa?

-Ada 30 sachet khas untuk 30hari guna. Satu sachet ada 2gram Sakura Flakes. Rasanya adalah rasa sakura iaitu seperti makan gula-gula masam manis. Sedap!

3) Bila masa terbaik untuk ambil Sakura Candy ni?

sejam sebelum sarapan, malam – sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam selewatnya 3 jam sebelum tidur agar zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam). Utk kesan optimum, ambil semasa perut kosong.

Minum air masak at least 2 liter sehari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.

4) Boleh ke diambil ketika haid/period?

Boleh diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga melambatkan monopouse. 

5) Wanita mengandung boleh makan Sakura Candy?

Boleh ambil tapi tidak digalakkan. Lebih elok diambil selepas anda bersalin / dalam pantang.

6) Wanita berpantang selepas bersalin boleh ambil?

Boleh tetapi disarakankan diambil selepas 60 hari bersalin iaitu semasa badan sudah berada dalam keadaan yg stabil. Pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga.

7) Lelaki boleh amalkan Sakura Candy?

BOLEH! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan Sakura Candy ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda.

8) Boleh ke ambil Sakura Candy bersama ubat lain? 
Contoh saya ambil ubat hospital dan juga supplement dari produk yang lain.

Ya boleh ! Tapi dinasihatkan untuk jarakkan waktu pengambilan sekurang2nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.

9) Berapa lama baru boleh nampak kesan lepas ambil Sakura Candy?

Semua orang nak kesan yang cepat dan pantas kan. Secara umum nya kesan bergantung pada badan masing-masing dan berbeza bagi setiap individu. Kesan boleh dilihat seawal 7 hari - 3 bulan paling lewat penggunaan. Seeloknya guna Sakura Candy ini selama 3 bulan berturut-turut untuk kesan yang optimum.

10) Adakah ianya akan menyebabkan buncit?

Untuk makluman, produk ini mempunyai ramuan untuk mengempiskan perut. Oleh itu, ia secara tidak langsung juga membantu menyelesaikan masalah buncit yang dihidapi.

11) Bagaimana pula kekerapan membuang air kecil dan besar? Adakah ia normal?

Ya, ia adalah normal kerana ia adalah sebahagian daripada proses pembuangan toksin-toksin/lendir-lendir di dalam badan.

12) Siapa yang sesuai untuk guna produk ini?

Lelaki dan wanita boleh guna produk ini. Untuk remaja seeloknya umur 15 tahun ke atas dah boleh guna Sakura Candy


Tak sangka boleh cantik dengan hanya makan rasa seperti gula-gula..
pas ni dah boleh eksen dengan orang jepun sana...hihihi

Jangan lepaskan!
Selamat dan halal tau..

HUBUNGI
SMS/WHATSAPP SHJ
017 900 3962/011 2941 0140


BALASAN ALVIN: ISU AZAN
alvin tan

salam jumaat semua.

sebenarnya saya tidak minat langsung nak cerita pasal die nie.Dia ni memang terkenal dengan perbuatan yang agak "berani"dari dulu lagi.Menyampah sebenarnya.Tapi bukan nak menyampah pada batang tubuh die..tapi sikap kurang ajar die nie.
Semua orang kenal die jadi saya pun tak perlu nak cerita apakah kisah2 nya die sebelum nie yg menaikkan name die.(popular sekejap tapi dengan cara yang memalukan).publisiti murahan la.
Baru ni,die buat hal lagi.Upload video menghina azan.
huhu!sentimen agama ni memang sensitip!
Uishh..memang terbako je tengok muke confident die dalam video tu.
Ada yang memaki hamun die malah ada di kalangan non-muslim juga turut melahirkan rasa kurang bersetuju dengan tindakan bodoh alvin nie.Dan meminta alvin untuk bertaubat...
Tak kurang tu., ada yang ambil dari sudut positif.
Dari sudut positif, die dah mengucapkan kalimah syahadah dan ramai yang mendoakan agar die diberi hidayah suatu hari nanti.
Tak mustahil kan??Hidayah itu kan milik Allah.

Sekejap!saya ni tertanya tanya la
awat dia ni buat video macam tu.
Dia ni banyak betul masa die buat benda2 tak berfaedah tu.
Dia ni keje apa..ke masih belajar lagi ke..anak orang kaya ke..
ke die ni kurangnya kasih sayang.ke sakit mental...
ishkk...pening memikiorkannya..

apa-apapun,alvin..si hamba Allah..saya doakan kamu diberi hidayah.
dan terima kasih dengan status kamu dlm gambar tu(saya tak tahu adakah kamu yang menulis..atau orang lain)..kerana ada benarnya di situ.

'Orang bukan islam bukan menghina islam..tapi menghina penganut islam itu sendiri..yang mana orang islam sekarang hanya pada kelahiran..'

renung2renungkan lah..
reflection untuk diri sendiri...:)

salam jumaat..
5 REJAB 1436H




Giveaway 1st Luarteko.Blogspot.com

Apr 23, 2015

TERIMA HADIAH GA

Alhamdulillah..
Hadiah yang di nanti selamat sampai ke tangan..
Hadiah dari giveaway seorang yang baik hati,Kak Norzi.

Nak promote sat.kalau hangpa nak cari dress jubah blouse sila2lah ke blog Norzi Beautilicious House.=)

Segmen ni -http://www.jiakreatifelt.com/2015/03/norzi-beautilicious-house-giveaway-2015.html

Terima kasih kak.

Dah dapat dah hadiah jubah maternity..

Huhu.
Ni mcm nk bg hint kat saya spy cepat preggy ke apa..hahaha.
Seronok juga..dapat jubah macam nie.
Persediaan..
Aminn...One day..

Bile bukak bungkusan..excited sungguh.
Memang fabrik yg digunakan soft dan sejuk..mg sgt sesuai utk ibu mengandung pakai..

"Aiss..bile nak pakai nie..??"tanya diri.









AKHIRNYA SEO BLOG 100%
Alhamdulillah...fuh!~

Lega teramat..akhirnya
Terima kasih ya Allah..kerana memberi ilham

jiakreatifelt
Mulanya..memang tahu pentingnya seo pada sebuah blog nie sejak dulu2 lagi..
Tapi akibat rasa kesedaran itu masih kurang,maka saya tak ambil kisah sangat..hahahaha.Saya duk pulun nak cantikkan blog sendiri je.Dengan harapan ramai lah yang sudi menjenguk...
                                          Bukankah dari mata jatuh ke hati..

Itu yang saya pegang selama nie.Nak dijadikan cerite,sejak tukar template blog nie semangat berblogging kembali semula.Tapi selang beberapa minggu, aduyai semangat kelaut pulak...sebab nya kerja yang berderet plus tidak ada idea untuk menulis.Sedih jugak tengok blog makin menyepi dan seolah tiada pembaca.Dah mula nak redha je la..(amooii..cepatnyer saya berputus asa)

Baru -baru ni,saya ada edit blog Safura online Diary.Nak tengok tak hasil kerja saya yang simple tuu..>>>http://www.jiakreatifelt.com/2015/04/tempahan-editblog-safura.html

Alhamdulillah,beliau suke dengan design saya tu.Sebelum edit tu,Beliau nak blog lebih mesra seo.
Mengeluh(dalam hati) jugak saya nie..sebab saya memang tak mahir sangat bab seo nie.Tapi tak pelah,saya mengaku awal2 pada die yang sy x berapa mahir bab SEO nie.Yang saya tahu ..bab-bab design blog je.Itupun bukan lah terbaik..tapi saya buat termampu..saya bagi memuaskan customer saya..:)

dan lately nie saya jenguk semula blog safura..die ada share yang die berjaya dapat 100%SEO

alamak!!bestnyer.alamak bukan saya tau buat kan blog rara (panggilan bagi safura )100 % SEO tau.Die kate ada bantuan dari kawan blogger dier..
Jadi..saya pun dengan ini bersemangat la untuk mendapatkan markah yang sama macam Rara.
Apalagi..bermula sesi try and error..
Awal2 cek SEO Blog..cume 46% je.Kalau ikut gred D kannn..nangis jap..huhuhu.
Takpe2..saya teruskan usaha ..dengan baca info dari blogger2 lain..dan finally...

tu diaaa....(sila jeling gambar atas...)

alhamdulillah...

jom kite semak seo blog ,,,!!

https://chkme.com/




Apr 21, 2015

BEST QUOTES
“A busy life makes prayer harder, 
but prayer makes a busy life easier.”
Abdal Hakim Murad

Apr 20, 2015

TEMPAHAN EDITBLOG SAFURA
full edit blog Safura online diary
Tempahan full edit blog Rara

Alhamdulillah siap sudah design blog rara


Terima kasih kerana sudi menempah full edit blog dari saya.
Tak sangka pas nak habis edit, baru tahu yang rara ni sebaya dengan saya.Duk selama berurusan ni,panggil die kakak..
hahaha.
perasan awet muda la saya nie...
tak sedar umo dah hampir ke 3 siri.

series..rara ni nikoh same tahun dengan saya tapi rezeki die dapat baby girl yang cute dulu.
Dan saya masih belum dikurniakan rezeki anak lagi.Doakan saya ye..sahabat semua.

okbai..



SEGMEN REVIEW BLOG BY OMBAK BERGIGI

klik banner 
                                   Tarikh Tamat : 23 April 2015 jam 11.59 malam.

Apr 16, 2015

Alhamdulillah memang GA
Alhamdulillah..
Subuh-subuh lagi saya p cek keputusan GA

rezeki menang http://www.jiakreatifelt.com/2015/03/norzi-beautilicious-house-giveaway-2015.html

Tahun lepas tak silap, sis Norzi ada jugak anjurkan giveaway..tapi bukan rezeki saya.
Sis ni kalau wat ga memang hadiah awesome sungguh!
siapa tak jatuh cinta kan..

hihihi

jom p cek keputusan..
mane tahu ada yang tersangkut ...
doa banyak2.."__"

terima kasih kepada sis Norzi sebab anjurkan awesome ga nie.
semoga dimurahkan rezeki sis....amin.

Apr 15, 2015

MACAM MENANTU ARAB?
Kisah ini berlaku ahad lepas,

ops...sebelum tu,,maaf ini hanya perkongsian pengalaman saya bukan untuk mebanggakan diri ,,maaf yer...



Selesai solat isyak berjemaah di masjid,saya salam dengan jemaah.Mana yang sempat..hihihi.
Tetibe saya di sapa oleh seorang makcik.

"Anak duduk mane?"
Saya pun menjawab.
blabla...

Dan banyak kali sebelum ni bertembung dengan makcik ni.Makcik ni ramah orangnya.Walaupun sebelum nie pernah bertegur tapi tidak la berpeluang bersembang panjang.Namun dari air muka saya dapat tahu serba sikit memang makcik ni senang utk di dekati.
di situlah bermula perbualan ringkas kami sehingga kami bangun untuk keluar beiringan ke pintu masjid.
Baur nak melangkah keluar,
Makcik itu di sapa oleh seseorang

Saya menduga mungkin itu kenalan makcik tu,Sebab nampak sangat rapat dan mesra.Kalau di perhatikan umur mereka adalah sebaya saya;;20 an.
Hasrat di hati selepas bersalam dengan mereka nak keluar terus.

tapi kemudian,
salah seorang dari mereka menegur

"ini menantu makcik yang arab tu ker?"
sambil jarinya menunding ke arah saya.Saya kebetulan masa tu membuka wajah,iaitu tidak mengenakan purdah.
Saya terdiam.Mula-mula agak blur dan saya hanya senyum.
Makcik tadi senyum dan memegang bahu saya.Kami berpandangan ..dan Akhinya kami gelak bersama.

Makcik tu kelihatan serba salah untuk menjawab pada mulanya..
"eyh..ini bukan.."

Kenalan makcik tu pun menyambung;

"oh.,,ingatkan menantu makcik.Makcik kan ada menantu arab.Serupe dengan la muke menantu makcik tu....."

Saya ketawa dan hati saya dah mula berbunga..hahahaha

Selepas makcik tu menerangkan kepada kenalan nya,maka saya pun berlalu pergi.

Apa lagi...terus cite kat suami kejadian ini...x sempat sampai rumah dlam kereta dah cerita.
suami hanya senyum..:)


Apr 11, 2015

SELESAIKAN!

saya setuju amat dengan kata2 ini.
:)


Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :

Apr 6, 2015

ALHAMDULILLAH:LULUS UJIAN
Alhamdulillah..

Jumaat lepas saya menghadiri ujian online SPA sebagai Pembantu Tadbir  .
Seperti yang dijanjikan,keputusan ujian akan dikeluar pada hari ini.So excited sangat saya pergi cek...


Tadaaa...alhamdulillah..

tak sabar nak di panggil temuduga.Dan harap2 kali ini dipermudahkan.doakan yer kawan2.
Ada sesiapa yang berjaya..?
Tahniah saya ucapkan dan semoga berjaya untuk next step k!
1ST TIME:BELI TEMPLATE BLOG
Sejak 2 menjak ini dah rasa buntu sangat nak design blog sendiri..tetapi yang pelik bile design blog orang lain mencurahcurah pulak idea mai.

Umur pun dah makin meningkat maka blog pun nak lebih simple tetapi menarik dan ringan.
Akibat ketandusan idea sangat sangat maka niat untuk membeli template online semakin membuakbuak!
Disamping kepingin untuk lebih serius dalam dunia blogging dan penulisan selepas melihat dan membaca blog dari blogger hebat..(otomatik keluar daa name2 mereka di fikiran kan..seolah ada mentol keluar..)maka keputusan nekad dibuat.

kalau tengok pada design blog saya bulan lepas..
Dah rasa macam matang habis daah..
Tapi jauh di sudut hati Rasa sesuatu yang kurang ...dan masih kurang puas hati sebenarnya dengan design nie..


"too simple too awesome.."

ceyy..konon laa..

Kebetulan bulan lepas memang jarang update blog sendiri sebab busy sikit dengan kerja.Memang hari2 saya on9 dan sign in blog ..tetapi idea untuk menulis itu seperti dah macam hilang.Kemana kah perginya...

Semalam...saya survey laa..template yang simple dan seo friendly..most importantly..
Banyak sangat pilihan dan yang saya nak pun banyak..tetapi bile tengok harga..opsss..mati terus keinginan tu.
Dan alhamdulillah dipermudahkan pencarian tanpa pikir panjang terus beli template dari


KENAPA?

Pertama sekali template yang dijual memang murah sekitar $5-$6
Kalau korang convert ke duit MYR dalam RM25-RM26 kan..
ok lah kan..bagi budget macam saya nie laa..hahaha.

Plus,template yang dijual memang superduper lawa...
cari punyerr cari..akhirnya jumpalah si pilihan hati...


untuk pengetahuan korang memang ada FREE DOWNLOAD!Boleh download and install dalam blog korang bile bile masa je..
Tapi ada sedikit kelebihan kalau korang beli template nie..
Antaranya:
  • Remove Footer credits
  • One Time Payment
  • For Unlimited Domains
  • Lifetime Premium Support
  • No Encrypted Scripts
  • Lifetime Template Updates
  • And Much More....
dan sudah tentu kenapa saya pilih template nie:
Features
    ok tak?
    KBAI!~

    Khawater:Maher Zain

    jom hayati sat lagu ni.
    deep meaning...^_________^

    Apr 4, 2015

    SEMAKAN KEPUTUSAN SPA:
    Syukur sangat semalam..berjaya menjawab soalan online SPA bagi jawatan Pembantu Tadbir dengan tenang.~tenang laaa..sangt.
    tapi jujur ia jauh lebih baik dari ujian online sebelum ini
    Trauma daaa..
    Tahniah buat SPA kerana berjaya memperbaiki perkhidmatan dan memang solute laa..

    Saje nak share kepada mereka berkenaan:
    save date Isnin ni untuk semakan k.

    i wish all goodluck!!
    wish me luck too..



    Contest Buy AVON Online.

    klik 

    GiveAway tamat pada 30 April 2015
    GiveAway terbatal secara automatik sekiranya peserta kurang 100 orang.. So keep sharing to people u know =) 1 hadiah istimewa untuk individu yang dilihat aktif!!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    @templatesyard