ATASI JERAWAT DENGAN MUDAH DAN MURAH! - Jiakreatifelt

Aug 9, 2015

ATASI JERAWAT DENGAN MUDAH DAN MURAH!


Ada 3 cara yang saya kongsikan.Pilih mana yang mudah dan senang...:)

Limau Nipis

Bersihkan wajah anda terlebih dahulu dengan air. Kemudian, ambil sebiji limau nipis, belah atau hiriskan dan oles pada wajah. Jangan digosok, cukup sekadar oleskan sahaja pada wajah anda.

Kemudian biarkan dahulu selama satu ke dua minit. Bila air limau itu dirasakan sudah kering, bilas dengan air suam. Selepas itu bilas semula wajah anda dengan air sejuk sebelum dilap dengan tuala yang bersih. Cuba amalkan dua kali seminggu untuk menghindari wajah anda dari berjerawat semula.



Asam Jawa

Rawatan ini adalah dengan kaedah masker.
Sediakan:
2 biji asam jawa
1 sudu air

Cara:
1. Adunkan kedua bahan sehingga pekat.
2. Oleskan pada bahagian wajah yang berjerawat.
3. Biarkan beberapa ketika dan kemudian bilas dengan air bersih.

Amalan ini, jika diamalkan selalu, ia dikatakan mampu membuatkan kulit menjadi halus, bersih dan berseri. Malah, ia juga boleh menghilangkan kesan parut pada wajah.


Kentang

Sebelum waktu tidur, pastikan wajah anda dibersihkan terlebih dahulu. Pastikan ia bebas dari sebarang kesan solekan (walaupun anda terlalu penat selepas seharian bekerja).

Ambil kentang segar dan potongkepada beberapa kepingan yang nipis. Letakkan hirisan kentang itu pada bahagian wajah anda yang berjerawat. Biarkan sehingga semalaman. Keesokkan pagi, buang hirisan kentang itu dan cuci wajah dengan air sejuk. Amalan ini mampu 'mengecutkan' jerawat yang tumbuh pada wajah.


http://www.karangkraf.com/

6 comments:

  1. wahhh boleh try ni, hehe
    thanks for the tips.

    ReplyDelete
  2. brg dapur pon boleh rawat jerawat ye... nice info :)

    ReplyDelete
  3. Yg asam jawa tu ena pernah cuba;)

    ReplyDelete
  4. kentang tu baru tau pulak sy..hehe..thx for sharing this info.. :-)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..hai2
    Saya jual iphone,samsung,phone case dan lain2..jemput singgah blog saya

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ig @nurnasuha96_

    whatsapp +60196117811

    ReplyDelete
  6. yg limau nipis tu nnt boleh try..
    Huhuuu semoga ada hasil dgn izinNya. InsyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard