INNALILLAH - Jiakreatifelt

Oct 10, 2015

INNALILLAH

Assalamualaikum wbt

Sesungguhnya ajal maut itu di tangan Allah

Entah bile kematian bakal menjemput.Pengakhiran nafas baik atau sebaliknya.
Yang pasti..kita bakal menjadi jenazah.

pagi ini,saya di kejutkan dengan berita kematian rakan sekerja saya.
Pagi semalam,baru je bertembung dengan arwah.
walaupun saya tidak pernah bertegur sapa..almaklumlah saya staf baru di situ..
saya hanya memerhatikan arwah dari jauh.
tampak seorang yang fokus pada kerja dan senang untuk di dekati.
Ramai yang tidak menduga pemergian arwah kerana tiada langsung tanda-tanda arwah sakit dsb.

Sakit itu asbab kematian..
dan kita tidak menyangka..badan kita sihat...boleh berjalan,makan dan bercakap..tuptup..Allah jemput,.
Yang ini lah membuatkan saya sgt takut..bimbang..mati dalam keadaan bermaksiat kpd Allah.
nauzubillah....

ALFATIHAH untuk arwah  Zuraini bt Zakaria,semoga syurga buat mu...


saya minta maaf kerana belum berkesempatan untuk menyapa mu...
ampunkan aku ya Allah....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard