Dah lama tak bercakap dengan emak

by - December 25, 2015

Tajuk entry dah macam anak derhaka je.

Dah lama tak bercakap dengan emak..
Itu Bukan bermaksud saya bergaduh dengan emak
Dah lama tak sembang dengan emak..
Itu bukan bermaksud saya tak prihatin dengannya..
Dah hampir beberapa bulan saya tak bercakap dengan emak..
Itu bukan bermaksud saya tak rindu kepadanya..

Sejak itu, Emak memahami saya melalui gerak tubuh,mimik muka dan untuk menyampaikan sesuatu yang lebih penting saya perlu menulis kepada nya.Syukur..emak boleh membaca.

Emak..mungkin lagi lebih derita..sebab emak tak dapat mendengar seperti biasa.
Bagi emak suaranya dah tak kedengaran.
Tapi kami mendengar suaranya.Kami faham apa yang emak cakapkan tapi emak mungkin sukar untuk memahami apa yang kami nak sampaikan.

Pernah tak..telinga kite masuk air.Dan macam mana kite rasa..?
Kalau..saya dan mungkin anda juga turut merasai nya sama;iaitu rasa dengung dan amatlah kurang selesa.Itu baru sebelah telinga..masuk air ..masih boleh mendengar walaupun kurang jelas..dan bayangkan jika kedua2 telinga kite merasa dengung @ benggang??
Itulah yang saya cuba sampaikan keadaan emak saya sekarang.

Saya hanya mampu merasa kasihan..tapi masih belum mampu memahami deritanya emak.
Allahu..!~Sedih memang sedih..tapi apakan daya saya sebagai anak.
Hanya mampu memberikan apa yg sy rermampu.

Kehebatan emak..walaupun langsung tidak mampu mendengar..emak masih ceria ..dan suka bersembang.Jalannya masih laju seperti dulu..selera makannya tiada yang kurang.

Bermula kisah emak jadi begini adalah disebabkan jangkitan TB.
Sejak dari itu,emak perlu mendapatkan rawatan di hospital secara kerap.
Tak cukup dengan makan ubat emak perlu di cucuk setiap hari..selama hampir sebulan.
kesan daripada dose yang terlebih ..pendengaran emak makin kurang.
Doktor sendiri mengakui bahawa puncanya adalah ubat yang dibekalkan berlebihan.
Di tambah faktor usia.

Dalam masa yang sama,Emak menderita peranakan terkeluar.
Dan alhamdulillah pada 5 Oktober 2015 emak menjalani pembedahan pembuangan rahim.
Perlu di buang,Akibat daripada otot yang memegang rahim makin longgar.Itu sahaja jalan yang terbaik untuk emak kembali sihat.

Banyaknya dugaan emak terutamanya tahun 2015
Tapi emak masih tabah menghadapinya.
sebagai anak...saya hanya mampu untuk membantu..tapi melaluinya adalah emak

Allah..gantikan kesabaran emak dengan pahala yang berlipat kali ganda.
walaupun ada Kekurangannya..emak masih mampu membesarkan kami adik beradik
Kehebatannya kasih sayangnya sehingga kami sudahpun membesar dewasa..

Terimakasih emak untuk segala2nya.
Semoga emak bahagia dan senantiasa tersenyum..








You May Also Like

4 comments

  1. Stay strong for your mom and pray for things will get better with times. God bless you and your family, especially your mom. :)

    ReplyDelete