Jan 31, 2015

1/31/2015

Jauhi perempuan begini

Assalamualaikum wbt

" Perempuan yang suka melayan ramai lelaki tidak sesuai dijadikan isteri. "

- Ustaz Azhar Idrus-




P/s: Berkawan dan melayan adalah berbeza, berkawan tapi janganlah sampai tidak ingat batas, batas bukan sahaja berkaitan sentuhan tapi juga cara percakapan (komunikasi), pembawaan diri, tunjukkan sifat yang baik, jangan terlalu mempamerkan kemesraan diri sendiri kepada berlainan jantina( lelaki boleh salah erti) , jangan terlalu mesra sehingga menimbulkan fitnah. Jagalah diri untuk bakal suami mu. Sesungguhnya malu itu perisai, peramah wanita itu biar bertempat. Nanti lelaki salah sangka, jangan salahkan orang lelaki.

#copypaste
1/31/2015

TEMPAHAN:INA

Jan 30, 2015

1/30/2015

Mini Giveaway by izzeyda

Jan 27, 2015

1/27/2015

Felixia dan Hijab

Assalamualaikum
Sangat dalam maksud yg cube disampaikan oleh felixia ni.Ambe mmg salute dgn beliau.Beliau selesa memperagakan pakaian muslimah even sebelum memeluk islam lagi.Beliau merasakan sangt selamat apabila mengenakan pakaian yang menutup aurat.Nah!orang bukan islam sendiri boleh menilai kebaikan menutup aurat tetapi bagaimana kite yang sudahpun dilahirkan islam tetapi sengaja melengahkan perintah Allah ini.
Allahhu..sedih sungguh..
Kenapa seorang wanita itu apabila diminta oleh pengarah utk membawa watak wanita bertudung..maka dengan rela hati mengenakannya..tetapi perintah Allah dengan beraninya mengatakan bhawa saya belum bersedia.
Marilah kite mendoakan bg mereka yang masih belum berhijab agar dibukakan pintu hidayah.aminn
1/27/2015

TGNA MAKIN SIHAT

Jan 26, 2015

1/26/2015

Beza Mahram dan Muhrim

Assalamualaikum wbt

tahu kah apa perbezaan Muhrim dan Mahram?

So,harap selepas ini jangan confius dan guna kan di tempat yang betul.InsyaAllah...

Mahram:
  • orang yang haram di nikah
Muhrim:
  •  orang yang berihram di Mekah
lebih lanjut mari dengar di sini:

1/26/2015

Allah jaga TGNA

Assalamualaikum wbt

apa khabar Tok guru Nik Aziz?
Walaupun ambe bukan ore kelantan tapi ambe sangat menghormati beliau.
Orangnya sangat merendah diri Tetapi tegas dalam soal agama.Biarpun ramai yang menfitnah beliau tetapi beliau tetap teguh berdiri memperjuangkan islam.Inilah pemimpin yang dicari!Sukar untuk mencari seorang pemimpin seperti beliau.Beliau seperti 1 dalam sejuta.!





ihsan dari google

Namun berita mengenai masalah kesihatan beliau bukan lah perkara baru.Baru2, ini beliau dikejarkan ke HUSM berikutan masalah kesihatan yang agak kritikal.(dOakan TGNA supaya diberi kesembuhan.amin)

Sesuatu yang ingin saya kongsikan disini
allah..allah..

masa baca kisah ini saya dapat rasakan yang TGNA bukanlah orang sembarangan.Allah menjaga beliau sekalipun beliau sedang sakit.Kuasa Allah mengatasi segala2nya.Sekalipun telah diberi ubat tidur yang kuat namun Allah 'mengejutkan' beliau pada setiap kali waktu solat.Takbir!!

Kata-kata Hikmah beliau:



sungguh dalam kata2 ini.

Renungan:

Kite yang sihat walafiat ni kadang2 boleh terlepas mengerjakan solat.Solat fardu 5 waktu ini belum tentu sempurna malah belum tentu diterima.Sebaliknya TGNA,walaupun sakit;beliau masih mampu mengerjakan perintah Allah ini tanpa pernah meninggalkannya walau sekali.

banyaknya kelalaian kite...astagfirullah...

sekian


Jan 24, 2015

1/24/2015

Muhasabah

Assalamaualaikum wbt



jom ambil sedikit masa :

kita dah tahu kita adalah jiwa pendosa.tetapi kite masih mencari kesilapan atau kelemahan orang lain.Apabila kite sedar bahawa kite banyaknya dosa maka kite tak kan ada masa untuk memikirkan dosa2 orang lain.Pastinya kite akan berusaha untuk memperbaiki diri dan kembali kepada Allah.

Jan 21, 2015

1/21/2015

FOLLOWERS HILANG!!!

Assalamualaikum wbt

agak lama jugak tak update blog sendiri.Saya demam 5 hari kejap ~demam~ kejap ok..macam tu la keadaan nya.Dan alhamdulilah hari ini saya sihat sepenuhnya dan syukur masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri.InsyaAllah



 Macam biasa,kalau blog ni on off..mesti followers pun hilang..Saya sedar saya adalah bloggers suam2 je maka bile malas/takde idea nk update entry ni...secara taklangsung trafik blog pun jatuh mendadak.Takpelah saya amik sebagai pelajaran dan kekuatan untuk lebih rajin mengupdate entry2 yang bermanfaat.(Akui kesilapan diri sendiri)


Nak Highlight sikit:saya pun tak tahu la awat la followers saya ni range nie je~.2659.. esok2 2660..esok2 2659 semula...(mesti korang kate bersyukurlah sekurang2nya ada kan).Siapalah agaknya yang sedang mempermainkan perasaan saya ni?
Agak sedih mulanya sebab kekurangan followers even seorang pun Saya rase mcm kehilangan yang besar.Bayangkan saya pernah hilang 5-6 followers akibat dari saya jarang update blog selama 2 bulan lebih...huauhuahhua.

----->nampak sangat blog saya ni kurang menarik hurm....

ok ok..saya belajar untuk redha~!dan kembali dengan semangat baru.yeayyyy...
jom BW!!!!



Jan 16, 2015

1/16/2015

First and Simple Giveaway oleh Cik Iman


klik banner

utk cik iman,saya follower #305
tag:
1.awak
2.awak
3.awak

senang cerita kepada awak2 yang duk nyinggah sini...mai la join 
1/16/2015

Domain Renewal

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat!

syukur hari ni saya dah sihat mungkin tak sepenuhnya tapi insyaAllah boleh menaip post kali ni ..maka itu sudah cukup baik.3 Hari dah saya demam-kebah-demam.Yang paling best.,, suami sanggaaat menjaga dan melayan saya ketika sakit.Allah...syukur alhamdulilah.Terima kasih suamiku, +Shah Shukri .hihi3

oklah,sepanjang duk demam ni,rutin harian tetap diteruskan.cume tak berani nak ambil tempahan editblog.Tetapi syukur alhamdulilah..rezeki Allah itu Luas kan.So sekarang dah ok sikit..boleh la menyiapkan tempahan.

Kelmarin bukak email..dapat lah invoice dari NetkL



"Renewal domain jiakreatifelt.com"

seriesly saya hampir terlupe yang sebenarnya saya kena bayar RM35 utk renewal domain ni setiap tahun 
Mujur dapat invoice kalau tak dapat naya ler..sebab saya ni pelupe sikit.
So,apalagi..teruslah membuka M2U untuk menjelaskan.dah settle!!

oklah,,,bagi mereka yang berminat nk tukar domain dari blogspot ke .com,.my, or etc..boleh la g kat sini na.


ada macam2 harga..so boleh la pilih ikut kemampuan kan.


Jan 12, 2015

1/12/2015

TEMPAHAN:ATIQAH

1/12/2015

APA KOMEN FELEXIA:ISU KPOP

Assalamualaikum wbt


Masih kenal gadis comey nie..?

inilah felixia yup @ Raaisyah Rania(Nama islam)

Saya tak suka lelaki sentuh saya.
(Kecuali baby. HEHE.)

Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……...sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).


Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.

Tangan2 yang sempat "menjalar" kat bahu pun saya tepis dan kadang2 siap tegur kuat2, "Sorry sir, NO TOUCHING." (zaman modeling sebelum Islam)

Jadi saya pun tak faham kenapa semalam ada adik bertudung yang excited dan suka sampai sendiri yang memeluk artis lelaki Kpop dalam video tu…

Saya rasa artis tu tak bersalah sebab diorang bukannya tahu pun pasal agama kita ni.
Dah adik2 bertudung tu happy je bagi peluk, siap terloncat2 lagi nak peluk artis2 tu semula…aduhhhh.
Memang la artis2 Kpop tu terima dengan hati dan tangan terbuka je…

Jam saya tengok.

Alangkah bagusnya kalau adik2 yang bertudung tu say "NO" kat artis Kpop tu atas pentas bila diorang nak peluk.

Terus jadi dakwah...atas pentas pula tu.
MashaaAllah!
Renung-renungkanlah…
Even non-Muslims pun ada banyak yang tak bagi lelaki sentuh.

Be different, my sisters.
You're different, you're special. Remember that.
Your hijab is your greatest reminder everyday.

Stay that way.
Say NO next time.

P.S: Mohon jangan hentam adik2 kita tu lagi dah. Setiap orang berhak untuk belajar dari kesilapan lalu. Saya yang dulu pun pernah buat salah banyak. Dari masa ke semasa pun ada juga dosa dan salah. Saya TAK ALIM.
Lebih baik kita doakan untuk mereka untuk sedar apa yang mereka telah lakukan "kurang enak". InshaaAllah. Allah itu Maha Pengampun.

1/12/2015

BANGSA LAIN TEGURl:ISU KPOP

Assalamaulaikum


saya malas nk komen.Orang bukan islam sendiri boleh berfikir secara waras kenapa kite sendiri yang sudahpun beragama islam tidak nampak semua nie..?

Muhasabah jap:



nilai wanita islam di syria/palestin sangat tinggi
tapi wanita islam di Malaysia?


wallahualam..
1/12/2015

SEMAKAN GURU MARA

Assalamaulaikum wbt

Hari ini saya rasa sihat alhamdulilah cume sakit tekak dan lemah badan je.Saya selalunya akan kene sakit tekak dulu baru la demam.erm..adakah ini petanda saya akan demam?Wallahualam..saya terime je.:)




oklah,Saya nak cite sikit.Sebenarnya saya suke sangat jadi cikgu.Mengajar dan mendidik.Sepanjang 5 tahun selepas grad(2009) saya hanya bekerja sebagai guru ganti.Habis kontrak saya try apply dan ada rezeki saya dapat sambung.so far setakat ini dah 4 buah sekolah saya pernah jadi guru ganti.

#saya bukan graduan pendidikan

Paling last saya kerja guru ganti di MRSM Lenggong.Sebelum tu,kene hadiri interview dulu.Ops..even guru ganti pun..MRSM sangat mementingkan kualiti pekerja yang akan mereka ambil.Kebetulan guru yang ditawarkan adalah utk subjek Kimia dan bersesuaian lah dengan course saya di U dulu.Alhamdulilah,saya diterima bekerja selama 3 bulan.Sebenarnya seronok sangat walaupun jauh disudut hati sedih sebab kene duk jauh buat sementara dengan suami.Ahakss...

Sekarang ni pas habis kontrak,duduk rumah jadi suri rumah yang berjaya.Mencari cari jugak peluang pekerjaan yang sesuai.Zaman laa ni,memang sy setuju tidak boleh pilih sgt kerja.Sebab ramai graduan yang menganggur.Nak tak nak..kene jugak bekerja even kerja tu tak sama dengan qualification.Bagi saya sendiri,sebelum memohon sesuatu pekerjaan itu,saya ambil kire masa bekerja.Saya tak suke kerja yang memerlukan saya bekerja syif,Tahniah kepada mereka yang sgt komited bekerja syif nie.Saya awal2 angkat tangan menolak.hihihihi.Nampk sgt saya choosy kan..takpelah,saya ada sebab kenapa saya tak suke.Dan masing2 ada pendapat kan.Bab Gaji bukan lah perkara pokok bagi saya tetapi gaji itu perlulah bersesuaian dgn kerja.

Sebenarnya yang sy nak highlight pasal kekosongan guru MARA tempohari.Bagi mereka yang apply boleh buat semakan samada berjaya dipanggil interview or sebaliknya.

semakan guru mara

#terkini:Link ni masih belum boleh digunakan.Sila semak dari masa ke semasa..k.

Saya sebenarnya duk berdebar nk menanti result.Setiap tahun saya try apply..pernah sekali tahun pertama saya apply saya dapat sampai peringkat interview..tetapi bukan rezeki saya ketika tu.Kali ni,Doakan saya yer..amin3..

Dikesempatan ni,saya nk ucapkan selamat memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2015 dan selamat kembali bertugas kepada guru2.Bestnyer...!~

Jan 9, 2015

1/09/2015

Blog lebih matang

Assalamualaikum wbt

huhuhu..naik taip cepat2 sebab lagi beberapa minit nk pukul 10mlm.Nak tengok MLM.InsyaAllah.saya cube siapkan entry kali ini dengan selajunya.hahahaaha..

Oklah..memandangkan dah lama sangat(lama ke..?rasenya dalam seminggu lebih) tak mengupdate blog.Blog dibiarkan senyap macam tu sebab memang planning nak ubah design blog jadi lebih kemas dan simple.Kalau boleh nk blog yang lebih matang seusia dengan umur yg dah hampir ke 3series.Macam tak percaya je..rasenya baru semalam berlari2 dipadang sekolah.hihihihi

Back to topic!~
Saya nak cite 1 persatu mengenai design kali ni.

Background:

kali ini blog saya lebih mengunakan warna putih.tetapi sebenarnya design sebelum ni pun dah guna kaler putih.Tapi putih kali ini bercorak bintik(itupun kalau uolls perasan)

Logo:

yey..ade logo blog.

Homepage:

Masih mengekalkan konsep homepage.Kalau nak tahu apekah itu homepage.ce korang klik butang HOME dalam blog nie.Korang akan nampak macam introduction mengenai blog nie.
                    
                                              inilah homepage blog saya!~
Footer:

Bahagian yang berada di bawah blog ini lah yang paling saya suke.entah kenapa saya suke..mungkin sebab nampak macam elegan kot.hihihihi..

oklah yang semuanya still same..konsepnyer.

dan harapan kali ini,saya harap blog saya ni lebih mesra pengguna dan lebih ringan serta lebih ramai pengunjung.Amin..

ok!dah!~JOM TENGOK MLM..tataaaa...




Follow me

Hai.!Saya Jia.

Saya mengambil tempahan full edit blog; ☑personal dan ☑business. ➹Nak yang responsive template blog; insyaAllah boleh request Harga? Yang pastinya mampu milik dan berpatutan. Email: ✉najiahshaharain@gmail.com Whatsapp: ✆0174428730 ☂Untuk review produk boleh email sy :najiahshaharain@gmail.com

Followers