Dec 25, 2015

12/25/2015

Dah lama tak bercakap dengan emak

Tajuk entry dah macam anak derhaka je.

Dah lama tak bercakap dengan emak..
Itu Bukan bermaksud saya bergaduh dengan emak
Dah lama tak sembang dengan emak..
Itu bukan bermaksud saya tak prihatin dengannya..
Dah hampir beberapa bulan saya tak bercakap dengan emak..
Itu bukan bermaksud saya tak rindu kepadanya..

Sejak itu, Emak memahami saya melalui gerak tubuh,mimik muka dan untuk menyampaikan sesuatu yang lebih penting saya perlu menulis kepada nya.Syukur..emak boleh membaca.

Emak..mungkin lagi lebih derita..sebab emak tak dapat mendengar seperti biasa.
Bagi emak suaranya dah tak kedengaran.
Tapi kami mendengar suaranya.Kami faham apa yang emak cakapkan tapi emak mungkin sukar untuk memahami apa yang kami nak sampaikan.

Pernah tak..telinga kite masuk air.Dan macam mana kite rasa..?
Kalau..saya dan mungkin anda juga turut merasai nya sama;iaitu rasa dengung dan amatlah kurang selesa.Itu baru sebelah telinga..masuk air ..masih boleh mendengar walaupun kurang jelas..dan bayangkan jika kedua2 telinga kite merasa dengung @ benggang??
Itulah yang saya cuba sampaikan keadaan emak saya sekarang.

Saya hanya mampu merasa kasihan..tapi masih belum mampu memahami deritanya emak.
Allahu..!~Sedih memang sedih..tapi apakan daya saya sebagai anak.
Hanya mampu memberikan apa yg sy rermampu.

Kehebatan emak..walaupun langsung tidak mampu mendengar..emak masih ceria ..dan suka bersembang.Jalannya masih laju seperti dulu..selera makannya tiada yang kurang.

Bermula kisah emak jadi begini adalah disebabkan jangkitan TB.
Sejak dari itu,emak perlu mendapatkan rawatan di hospital secara kerap.
Tak cukup dengan makan ubat emak perlu di cucuk setiap hari..selama hampir sebulan.
kesan daripada dose yang terlebih ..pendengaran emak makin kurang.
Doktor sendiri mengakui bahawa puncanya adalah ubat yang dibekalkan berlebihan.
Di tambah faktor usia.

Dalam masa yang sama,Emak menderita peranakan terkeluar.
Dan alhamdulillah pada 5 Oktober 2015 emak menjalani pembedahan pembuangan rahim.
Perlu di buang,Akibat daripada otot yang memegang rahim makin longgar.Itu sahaja jalan yang terbaik untuk emak kembali sihat.

Banyaknya dugaan emak terutamanya tahun 2015
Tapi emak masih tabah menghadapinya.
sebagai anak...saya hanya mampu untuk membantu..tapi melaluinya adalah emak

Allah..gantikan kesabaran emak dengan pahala yang berlipat kali ganda.
walaupun ada Kekurangannya..emak masih mampu membesarkan kami adik beradik
Kehebatannya kasih sayangnya sehingga kami sudahpun membesar dewasa..

Terimakasih emak untuk segala2nya.
Semoga emak bahagia dan senantiasa tersenyum..








Dec 24, 2015

12/24/2015

Salam maulidur rasul


Kita hidup bukan untuk sombong..kerana tiada apa yang perlu di sombongkan.
Allah memberi pinjaman hanya sementara...dan terpulang pada Nya nak mengambilnya bila-bila masa.

Salam maulidur Rasul 
#12rabiuawal

Dec 17, 2015

12/17/2015

LEBIHNYA BERZIKIR

Assalamualaikum 

Berminat saya kongsikan sesuatu yang cukup menarik.
Ayuh baca dan insyaAllah boleh di amalkan selepas ini.







12/17/2015

HARGAI MEREKA


Assalamualaikum wbt

Beruntung bagi mereka yang Allah masih pinjamkan ibu bapa ..rebutlah kesempatan ini.Untuk membalas budi dan menghargai mereka sebaik2-baiknya.
Dan bagi sebaliknya..bukan lah anda tergolong dalam kumpulan yg rugi..anda masih boleh berbakti kepada mereka..dengan memperbanyakkan amal baik dan niatkan lah untuk disedekahkan kepada ibu bapa.Semoga tenang roh mereka di sana.Aamiin.



Dec 14, 2015

Dec 7, 2015

12/07/2015

TEMPAHAN FULL EDIT BLOG NAZFEA

Assalamualaikum wbt


Ini lah pertama kali saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan design blog,
Kekangan waktu dan idea.Memang sangat2 la mencabar dan mula timbul titik tekanan.
Dan selepas berhempas pulas mengdesign supaya tampak sedap mata memandang..akhirnya...~


Jemput2 tengok hasil penuh di blog fea dan jangan lupa follow blog fea sekali tau.

terimakasih fea sebab sabar menanti.


Dec 2, 2015

12/02/2015

Giveaway Disember 2015 Cash RM500

Dec 1, 2015

12/01/2015

Hello Disember

Follow me

Hai.!Saya Jia.

Saya mengambil tempahan full edit blog; ☑personal dan ☑business. ➹Nak yang responsive template blog; insyaAllah boleh request Harga? Yang pastinya mampu milik dan berpatutan. Email: ✉najiahshaharain@gmail.com Whatsapp: ✆0174428730 ☂Untuk review produk boleh email sy :najiahshaharain@gmail.com

Followers