Jangan lagi ada meleret!

by - February 10, 2016


Kita biasa kan tengok baju pengantin meleret-leret kat lantai sampai si pengapit kena angkatkan? kalau berdasarkan hukum pakai macam nie, dihukumkan haram bila si pemakai (lebih fokus kepada pengantin perempuan) BERNIAT UNTUK MENUNJUK-NUNJUK...

Tetapi sedar atau tidak?

Nabi sangat melarang pemakaian begini.

Maksudnya: “Siapa yang memanjangkan pakaiannya kerana khaila’(sombong dan bangga diri), Allah tidak melihatnya pada hari kiamat.” Abu Bakar As-Shiddiq ra berkata, “Ya Rasulullah, kainku ini longgar namun aku tetap menjaganya.” Rasulullah SAW bersabda,”Kamu bukan termasuk orang yang sombong dan bangga diri.” (HR Bukhari dan Muslim)

Huraian:

Imam an-Nawawi menyebutkan dalam Syarah Sahih Muslim bahawa makna ‘Allah tidak melihatnya’ ialah Allah tidak merahmatinya dan Allah tidak akan melihatnya dengan pandangan rahmat. Manakala perbuatan melabuhkan pakaian atau meleretkan pakaian ini pula boleh berlaku pada kain, baju, maupun serban.

Tidak harus melabuhkan pakaian di bawah dari buku lali sekiranya dengan maksud menyatakan kesombongan.

Zahir hadits ini perbuatan mengheret kain atau menjela-jelakan kain dikaitkan dengan kesombongan. Pengharaman adalah khusus dengan maksud itu yakni kesombongan dan Imam Syafie menyebutkan demikian dengan terang dalam kitabnya bahawa itulah maksudnya dengan membezakan antara sombong dan tidak sombong.

Namun larangan supaya tidak melabuhkan dibawah paras buku lali ini hanya kepada kaum lelaki sahaja tetapi kaum perempuan diharuskan walaupun labuhnya melebihi sehasta kebawah.


wallahua'alam
p/s: Bagi yang dah terkhilaf ..istighfarlah.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu

You May Also Like

2 comments