Please jangan makan! - Jiakreatifelt

Mar 5, 2016

Please jangan makan!



makanan ini sungguh menyelerakan tapi....Ops..!!

Mi Segera Ganggu Hormon Wanita

Siapa yang tidak pernah makan mi segera? Malangnya, tabiat ini boleh memberi kesan kepada kesihatan. Sebuah kajian dari The Journal of Nutrition menunjukkan, pengambilan mi segera; yang dimasak dengan tambahan air panas atau dipanaskan dalam ketuhar mikro, boleh meningkatkan risiko sindrom kardiometabolik yang membawa kepada serangan jantung, strok, dan diabetes. Oh, tidak!



Pengambilan mi segera sekurang-kurangnya dua kali seminggu meningkatkan sehingga 68 peratus risiko sindrom kardiometabolik ini. Paling penting, ia lebih tinggi dalam kalangan wanita. Kandungan kalori, lemak, dan sodium yang ada dalam mi segera di dapati memberi kesan buruk kepada hormon wanita. Untuk pengetahuan anda, terdapat sejenis kimia iaitu Bisphenol A (BPA) yang ada pada bekas pembungkusan mi segera tersebut. Bahan ini akan mengganggu isyarat hormon yang ada pada tubuh terutamanya estrogen.


Selain itu, bahan perisa yang digunakan untuk memasak mi segera mengganggu fungsi buah pinggang. Ada kajian yang mengatakan bahawa jika seseorang itu alergi terhadap MSG akan mengalami panas dada, sakit kepala serta wajah bertukar menjadi kemerah-merahan selepas mengambil bahan ini.



Mi segera diselaputi dengan wax yang mengambil masa sehingga empat ke lima hari untuk dicernakan. Fikirkan kesannya terhadap wanita hamil mahupun kanak-kanak. Tahukah anda, kanak-kanak di bawah umur lima tahun akan mengalami masalah penyerapan kalsium jika memakan mi segera melebihi tiga kali seminggu. Ibu mengandung juga akan terdedah kepada risiko keguguran atau perkembangan janin terganggu.



Satu paket mi segera mempunyai sehingga 2400 mg natrium, iaitu kira-kira maksium pengambilan harian yang dibenarkan. Selain tinggi paras natrium dan banyak bahan perasa, mi segera mengandungi lemak kerana semasa proses pembuatannya, ia digoreng terlebih dahulu.

SUMBER:KESAN MEGI

2 comments:

  1. betul tu! saya pun kadg2 je makan bile teringin sagt..hehe

    ReplyDelete
  2. terpaksa gak..mkn sebb dh mcm ketagih.hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard