Apr 3, 2016

Rahsia di sebalik tahi lalat.Jom semak!~

Kita pasti ada tahi lalat.
Banyak sikit je yang membezakan nya.Ada yang pernah yang saya jumpa...tu penuh mukanya dengan tahi lalat.Ia menginggatkan saya dengan arwah Sharifah Aini.Alfatihah.

Ok...nah.saya nak kongsikan serba sikit rahsia tahi lalat yang anda miliki.Betul atau tidak..wallahu'lam.

1. Bibir

Kamu seorang yang bijak dan baik hati. Ramai suka dengan kamu kerana kamu seorang yang ramah dan mesra apabila bertemu dengan seseorang atau kenalan. Orang yang memiliki tahi lalat di bibir ini, ada yang mengatakan dia seorang yang manis apabila berkata-kata dan tidak mudak mengaku kalah dalam apa yang kamu lakukan.

2. Leher

Memiliki tahi lalat di leher menunjukkan kamu seorang yang cerdas dan kuat ingatan kerana banyak benda yang kamu ketahui. Kamu seorang yang rajin terutama dalam membaca dan suka mengambil cabaran.

3. Mata

Tahi lalat di mata menunjukkan kamu seorang yang baik dan sopan. Apabila seseorang bertanyakan tentang soalan yang kamu tidak senang untuk jawab, kamu akan manipulasi jawapan kamu agar mereka tidak memperlekeh atau fikir sebaliknya tentang kamu. Kadang-kadang kamu suka membohong kepada orang yang kamu jumpa tetapi atas tujuan yang baik.

4. Punggung

Orang memiliki tahi lalat di punggung ini menunjukkan seorang yang malas dan suka duduk. Jika kamu memilikinya, kamu akan mengalami kesulitan untuk bangun apabila kamu sudah mula duduk.

5. Betis

Jika kamu memiliki tahi lalat di betis, kamu seorang yang tidak suka duduk diam. Kamu merupakan seorang yang jenis rajin dan suka bekerja. Kadangkala kamu juga suka boros atas perkara yang tidak mendatangkan faedah kerana kamu suka perkara yang menarik minat kamu ketika itu.

6. Lutut

Jarang nak lihat orang memiliki tahi lalat di lutut. Tahi lalat di lutut melambangkan seseorang itu tidak suka untuk berusaha dan mengharapkan kepada orang lain. Jika ditegur, dia akan tidak peduli atas teguran.

7. Kepala

Tahi lalat di kepala menunjukkan kamu seorang yang jujur, sabar dan tekun dalam melaksanakan sesuatu. Kamu sering kali didatangi dengan pelbagai rintangan dan itu membuatkan diri kamu menjadi kuat dan kental.

8. Kening dan Hidung

Kamu seorang yang cekap dalam melakukan kerja. Memiliki tahi lalat di hidung menunjukkan kamu disukai ramai orang. Tetapi dalam diam kamu juga seorang yang keras kepala dan ego. Bagi kamu, pendapat kamu adalah betul dan susah untuk kamu terima pandangan orang lain.

9. Dada (Lelaki dan Perempuan)

Ia melambangkan kamu seorang yang baik hati. Sifat baik kamu membuatkan kamu memiliki ramai kenalan dan setia pada pasangan kamu. Kamu juga seorang yang pendiam dan suka menyimpan rahsia.

10. Pipi

Memiliki tahi lalat di pipi amat manis bila di pandang. Kebanyakkan lelaki mudah jatuh hati kepada perempuan yang memilikinya. Jika kamu memiliki tahi lalat di pipi, kamu seorang yang pemalu. Walaupun pemalu, kamu memiliki kenalan yang ramai dan mereka suka apabila bersama dengan kamu

No comments:

Post a Comment

Follow me

Hai.!Saya Jia.

Saya mengambil tempahan full edit blog; ☑personal dan ☑business. ➹Nak yang responsive template blog; insyaAllah boleh request Harga? Yang pastinya mampu milik dan berpatutan. Email: ✉najiahshaharain@gmail.com Whatsapp: ✆0174428730 ☂Untuk review produk boleh email sy :najiahshaharain@gmail.com

Followers