Cantik nya wanita itu

by - July 16, 2016

Nafsu wanita dia paling suka kelihatan cantik . Nafsu lelaki dia sangat suka akan kecantikan wanita . Di neraka itu ramai terdiri dari kaum hawa atas sebab antaranya jahat mulut pada suami dan bertabarruj .

Wanita di luar sana yang tidak bertudung , berpakaian ketat , bersolek dan berwangi-wangian , mempamerkan diri di khalayak ramai bukanlah sebenarnya seorang yang jahat . Bukan ! Bahkan ramai di antara mereka yang hatinya cukup baik MasyaAllah Tabarakallah cuma , mereka ini TIDAK BAHAGIA  .

Kata seorang alim , wanita yang keluar dan melawa-lawa ini hatinya sangat sedih , maka dia berharap dengan perhatian dan pujian manusia , dia akan diterima dan disayangi . Dia cuba mencari kebahagian tapi ternyata ianya silap , itu bukanlah kebahagian hakiki kerana amat mustahil ingin memuaskan hati semua orang . Dia tak sedar bahawa manusia ini hanya cintakan kebaikan dan keindahan sahaja tapi hanya Tuhannyalah , yang tetap mencintai dia walau datang dengan penuh hina dan jijik . Allah tetap sayang penuh ikhlas .

Bila hatinya sudah cukup dengan cinta Allah padanya , cukup dengan keindahan cinta pada Rasulnya , mulalah dunia itu kelihatan tiada apa melainkan sampah sahaja  . Berhentilah mencari kebahagian yang tidak kekal . Dunia tidak diciptakan melainkan untuk menghampakan kita . Maka kembalikanlah hati yang hancur itu pada Penciptanya .

Kembalilah .

Hanya ALLAH satu-satunya yang menerimamu dengan penuh dosa dan noda . Dan akan tetap sentiasa menerimamu selamanya , tak pernah menolak tapi mendakap . Ingatlah Rasulullah yang tak pernah berlalu malam tanpa engkau disebut dalam doa Baginda...

Kembalilah wahai yang dicintai
Berhentilah mengejar bayang-bayang yang tiada
Supaya dirimu tidak lagi disakiti

#cp

You May Also Like

1 comments