Tak boleh macam tu, pak cik! - Jiakreatifelt

Jul 10, 2016

Tak boleh macam tu, pak cik!

Assalamualaikum dan hai semua!~

wah..tak sedar dah masuk 6 syawal.
Ramadhan yang berlalu terlalu dirindui dan syawal yang diraikan semoga di penuhi keberkatan.

Cerita mengenai syawal tahun ini..alhamdulillah.
Raya pertama disambut di rumah aku, di Kuala Kangsar dan raya kedua baru lah balik ke kampung opah suami di Grik.
Sebenarnya dah lama tak jenguk opah suami di sana.Di kesempatan raya nie apa lagi rebut peluang boleh jumpa saudara mara kan.Itu yang best!Raya disambut penuh kesederhanaan tapi meriah.
ok..bukan yang itu yang nak aku highlightkan.Aku cuma nak berkongsi..suatu yang berlaku pada aku dan suami

Kebiasaannya kan..orang-orang tua nie sangat prihatin dengan kita.Maka,keluarlah soalan2 sensitif yang sangat sangat kitorang suami isteri takut nak jawab.Aku ase bukan kami je..yang pasangan mengalami dilema macam kami nie..akan faham.

Soalan cepumas:

"dah berapa lama kahwin?"
"takde anak lagi ker..?"
"tak cube mengurut ke?"
"tak pergi berubat ke?"

Masa mula-mula aku kawen ..soalan2 ni paling aku takut.Tapi sekarang aku dah ase imun dah.Bukan apa..malas nak ikutkan sangat perasaan dan mudah sentap.Cuba untuk senantiasa berfikiran positif dengan soalan2 ini.Aku tahu mereka yang bertanya itu adalah orang yang sangat caring dan cuba untuk berkongsi pengalaman.Terima kasih ..


Dan baru-baru ini..balik kampung belah suami..hihi.soalan tu memang ada.Kitaorang hanya cakap.."doakan ye.InsyaAllah.."
Kami sendiri tak de jawapan..bila Allah nak beri rezeki anak kepada kami
Kami hanya mampu berdoa dan berusaha.
Bersabar menanti kerana saat kite bersabar menanti juga dapat pahala.
Besar nya kasih sayang Allah.
Itu lah yang membuat kan aku dan suami sangat kuat..tambahan pula mak ayah belah aku dan suami tiada masalah.Kerana mereka yakin itu semua perancangan Allah..perancangan Nya adalah terbaik.

jawapannya: SABAR!
Alhamdulillah..itulah rahsia kami kuat sampai saat ini.Namun tipulah kalau langsung tak rasa sedih..kan.Ada masanya aku rasa cukup down sangat bile tengok orang lain..bawak perut (mengandung)..rasa cemburu yang meluap2 melihat mereka merasai nikmat itu.
Tapi cepat2 aku istighfar kerana aku sedang mencube mempersoalkan nikmat Tuhan
Masih banyak lagi nikmat yanG Allah dah beri kepada aku...
bersyukurlah..

1 yang aku nak kongsikan..
seorang pakcik bertanya kan soalan itu kepada kitorang.
Dia kate.anak die pun pernah alami masalah yang sama .
Dan pergi berubat dengan seorang bomoh katanya..alhamdulillah pas dari itu..anaknya mengandung.Dah dua anak dah pun
Suami pun tanya..macam mana cara berubat?
Dan pakcik tu pun eksited cakap..bawaklah air kelapa dan kismis.

ok..kiteorang mengangguk,.

pakcik tu terus sambung..bawak sekali sebatang rokok...untuk bomoh tu hisap.
Masa tu nanti..bomoh tu tak sedar diri dan bercakap dengan "tok guru" nya

aku dah mula dah sedap hati.
Hisap rokok?
perlu ker??

tak kan lah nak kan zuriat..sanggup buat macam pelik2 je.
Aku mula dah tak best nak dengar cerita pakcik tu...
bukan nak tunjuk aku bagus cuma aku ade dengar ustaz cakap kalau berasap2 ni..maksudnya kita sedang panggil jin.
Allah..nauzubillah.Aku dan suami memang nak sangat zuriat sendiri..tapi bukan sampai cara membelakangkan agama.Syirik namanya tu..!~

senang cakap" matlamat tak menghalalkan cara"

Kiteorang pernah pergi rawatan islam..tapi takde pun ustaz tu suh bawak macam2 ..
Ustaz tu hanya guna ayat2 rukyah dan insyaALLAH..aku yakin cara itu yang terbaik.
Tanpa melibatkan khidmat "khadam"

maaflah ..entry kali ni agak panjang.Bukan nak tunjuk pandai..tapi cuma ingin berkongsi.
Semoga kite semua terlindung dari syirik kepada Allah.

dan kawan2 semua..tolong doakan aku dan suami mendapat zuriat yang soleh/ah,aamiin


5 comments:

  1. haiii..farah singgah bw =)

    jemput singgah segment bloglist farah ya. Tinggal 4 hari je lagi =)

    http://farahsanusi.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-by-farah-sanusi.html

    ReplyDelete
  2. Tu dah kurafat dah tu..
    Semoga kita semua dijauhkan dari perbuatan yang tidak baik..
    Semoga sis akan dikurniakan rezeki anak..
    Aamiin..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah...
    i feell u... dah masuk 11 thn rasa yang sama..
    :'(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard