Jangan umpati aku lagi

by - August 06, 2016


Tarbiah Sentap:
Kadang-kadang saya tak faham.
Orang yang mengumpat ni, apa yang dia nak sangat sebenarnya?

Ada orang bagi alasan:

“Aku mengumpat sebab aku nak dia berubah…”

Saya tanya balik:

“Dia berubah ke kalau kau mengumpat dia? Kenapa kau tak tegur depan-depan je? Kenapa kau perlu bukak aib dia, jaja keburukan dia, dan sebarkan kesalahan dia kat orang lain? Kau biar betul nak ubah dia? Nak tipu pun agak-agakla…”

Ada yang bagi alasan:

“Aku bukan mengumpat. Aku cakap benda yang betul…”

Saya balas balik:

“Itulah namanya mengumpat! Kalau kau cakap benda yang salah, itu fitnah. Kalau kau cakap benda yang betul, itulah mengumpat wahai kawanku yang hensem…”
Apa lagi alasan yang kita nak bagi untuk mempertahankan perbuatan mengumpat yang kita dah biasa? Gosip sini gosip sana, nampak keburukan sikit, terus sebarkan, kononnya nak bagi orang lain tahu “siapakah” diri sebenar seseorang tu.
****
"Apabila engkau melihat keburukan dalam diriku, beritahu aku, bukan beritahu orang lain. Itu kerana aku yang dituntut untuk merubahnya, bukan orang lain.
"Memberitahuku adalah satu pahala dan nasihat. Memberitahu orang lain adalah satu dosa dan mengumpat.

"Mengapa setiap kali  melihat keburukan seseorang, kita terus membicarakannya kepada orang lain, dan enggan bercakap kepadanya secara langsung? Sebab kita lebih mahir bercakap di belakang berbanding bercakap di hadapan."

You May Also Like

0 comments