Sep 25, 2016

Ujian menaip

Assalamualaikum

Pepagi eksited semak keputusan ujian menaip dan keputusan sangat mendukacitakan.



Ini dah kali kedua aku amik ujian nie.Rasanya macam dah tak sanggup nak hadapi buat kali ketiga.
Mula-mula ambil bulan 2 hari tu dan kali kedua ambil bulan lepas.
Ingatkan lulus untuk 2nd time nie..tapi mendukacitakan sungguh la..

Ok..kenapa kenapa perlu lulus ujian menaip ?

Sebagai penjawat awam,jawatan yang aku pegang sekarang ini memerlukan untuk aku LULUS 
 3 paper.
Dan salah satunya ujian ini la.
2 paper lagi alhamdulillah dah berjaya dengan selamatnya.

Ujian menaip nampak macam mudah je kan
Yelah...hampir setiap hari kite menaip
Menjawab sms,whatsap update status di laman sosial..menulis di blog dsb.
tapi kenapa boleh gagal?

Sebenarnya ujian menaip ni kiteorang akan diberi masa 10 minit untuk menaip 2 perenggan.
Bayangkan tanpa perlu akan kesalahan ejaan dan tanda bacaan.Tambahan ada term yang digunakan yang memerlukan untuk kite menaip ejaan itu sebetulnya dengan teliti.Kesalahan maksimum hanyalah 4 sahaja.Kalau lebih daripada itu..maka KANDAS la.

Mungkin ini lah sebabnya kenapa aku masih TERKANDAS lagi.Plus,masa tu aku rasa macam gugup amat.Jari jemari terasa keras untuk menaip.Adoii..

Kawan2 ada tak tips untuk aku lulus ujian menaip ni..?

#harap2kaliketiganiakululus












Share with the world:

6 comments:

  1. ooo.. saya baru tahu ada ujian menaip.. good luck kak jia if you take the third test... xnervous pun boleh typo, ini kan pulak bila nervous..

    ReplyDelete
  2. Ala.. Sabar ye..
    Sha doakan semoga berjaya lepas nie..
    Firstly memang xle gugup..
    Kena fokus pada teks.. Abaikan sekeliling..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimaakasih yunk dgn doa dan kata semangat..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by Beautifully Chaotic