Sep 14, 2016

Wanita,jangan perasan

​​​Wahai perempuan,
.
Bila ada lelaki bersikap baik padamu anggap saja itu perkara biasa.Sebab memang naluri seorang lelaki bersikap baik pada perempuan.
.
Bila bukumu jatuh dan dia tolong ambilkan, itu normal. Tak ada yang special. Jangan perasan.
.
Bila bertemu di jalan dan dia mengucapkan salam, bukan bermakna dia tertarik tetapi dia sedang menjalankan sunnah.
.
Bila diantara kawan²mu hanya kamu yang disapa, jangan perasan. Itu biasa biasa sahaja bila dia menyebut namamu. Hanya sapa. Jadi? Tiada apa apa pun. Mungkin kebetulan cuma nama kamu yang dia ingat. Kebetulan. Jangan perasan.
.
Bila satu masa dia balas chat kamu dgn emoticon senyum atau gembira, bukan bermakna dia ada perasaan dengan kamu, mungkin emoticon tu sekadar untuk mencairkan suasana. Cukup itu saja. Jangan perasan.
.
Bila sampai satu tahap dia berjumpa dengan ibu bapa kamu sekalipun belum tentu dia mahu menjadikan kamu sebagai yang halal kerana mungkin kamu adalah pilihan kedua, ketiga, keempat atau entah yang keberapa. Dia mahu tengok tengok sahaja dahulu. Jangan perasan.
.
Kadang rasa kecewa tu datangnya daripada kita sendiri sebab kita selalu keliru dalam mentafsir sikap lelaki. Memang lumrah seorang perempuan mudah terbuai oleh perasaan.
.
Oleh itu wahai lelaki, bila ada perempuan yang sedang bersedih, jangan kamu datang untuk menghiburkannya. Jangan biarkan dia perasan.


.
Tak perlu tawarkan bantuan bila kau lihat dia boleh melakukan sesuatu kerja sendiri atau bila kawannya boleh membantu. Jangan biarkan dia perasan. Jangan bergurau dengannya tentang soal hati, bergurau tentang perasaan dengan seorang perempuan bukanlah sesuatu yang lucu.
.
Jangan biarkan dia perasan. Jaga kehormatan seorang perempuan dengan tidak bersikap manis pada mereka kerana banyak perkara yang tidak disengajakan boleh mnyebabkan mereka perasan.​​​

Tersenyumlah sentiasa.
Ia tidak menyakitkan malah ia pengubat hati yang sakit.

Bukannya bererti senyum itu kerana dia tidak punya masalah dalam kehidupannya.

Tetapi menunjukkan hatinya reda dengan setiap takdirNya.

Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu kejadian.

3 comments:

  1. Ada sesetengah wanita yang hatinya cepat tersentuh dengan kebaikan si jejaka.. Mudah terpaut dengan ayat manis si jejaka..

    ReplyDelete
  2. Wanita dan emosi susah nak dipisahkan.. hehehe..

    ReplyDelete

Follow me

Hai.!Saya Jia.

Saya mengambil tempahan full edit blog; ☑personal dan ☑business. ➹Nak yang responsive template blog; insyaAllah boleh request Harga? Yang pastinya mampu milik dan berpatutan. Email: ✉najiahshaharain@gmail.com Whatsapp: ✆0174428730 ☂Untuk review produk boleh email sy :najiahshaharain@gmail.com

Followers