AWASI DIRI MU~

by - November 27, 2016

Assalamualaikum wbt

erm..tak tahu nak mula dari mana.Tetapi aku perlu sharekan benda ini untuk peringatan diri sendiri dan mungkin uols boleh amik mane yang baik ok.:)Benda ni mungkin ada berlaku pada kite cuma antara sedar atau tidak aje kan.

Hadis 1:Peringatan Rasulullah tentang Akhir zaman hingga tanda hari kiamat besar.


1.JANGAN MUDAH MENYALAHKAN ORANG LAIN


Dari Abu Hurairah Ra., bahawasanya Rasullullah SAW bersabda: “Jika ada seseorang berkata, “orang banyak (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” (HR. Muslim)
Keterangan:

Imam Nawawi ketika menulis Hadis ini dalam kitab Riyadus-Solihin, beliau memberikan penjelasan seperti berikut: “Larangan seperti di atas tadi (larangan mengatakan orang banyak telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian rupa dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri, sebab dirinya tidak rosak, dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.

Adapun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang banyak terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul dari perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.

Hadis ini sengaja diletakkan di permulaan buku ini supaya menjadi suatu peringatan kepada Umat Islam apabila menerangkan Hadis-hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan di sini yang banyak menyingkap tentang kemunduran umat Islam dan kerosakan moral mereka. Oleh kerana itu, kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ‘ujub dengan diri sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan senang menuding jari ke arah orang lain. Walaupun kerosakan moral umat Islam dewasa ini perlu dibicarakan untuk tujuan memulihkan, namun penyingkapannya itu perlu dalam bentuk yang sihat dan dengan perasaan yang penuh kasih sayang serta dengan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Mudah-mudahan Allah s.w.r melindungi kite daripada sikap begini



You May Also Like

2 comments

  1. nice sharing sis... terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Menuding jari itu sahaja sudah menampakkan kelemahan diri kita sendiri...apatah lagi kalau tuduhan itu tanpa asas yang kukuh..yang sangat menyedihkan bila tuduhan,soalan sensitive itu dikategorikan sebagai gurauan..

    ReplyDelete