Menyesal pakai penapis air coway!! - Jiakreatifelt

Nov 5, 2016

Menyesal pakai penapis air coway!!


Assalamualaikum wbt

Wah..penatnyer.
Baru habis packing baju masuk dlm beg.Esok i nak pergi kursus uols.Kursus PTM(Program transformasi Minda) 5 hari di Pusat latihan agensi anti dadah kebangsaan,Sg Petani,Kedah.

Ok.akceli bukan itu yang aku nak highlight kan.Aku just nak share dengan korang penapis air yang aku guna sekarang.Dah masuk bulan kedua..erm..so far memang puashati dan jimat.


OK..sebelum kitorang pakai ni,kitorang dah pakai pemanas air moden dan tradisional.

1.Pemanas air elektrik (Moden)

ihsan:google

Banyak jasanya heater nie.Suami aku beli masa die bujang lagi.Tambahan die nak mudahkan kerja aku nanti pas kawen.Bila nak minum air panasm..ok.picit je.Ok..itu part yang bagus.Dan yang tak bagusnya ...memandangkan benda ni perlu sentiasa on utk panas..maka elektrik pun melambung la.Sakit gak kepala bile tengok bil elektrik tinggi.Dan sejak tu..kitorang pun kawal lah penggunaanya.Means,bila nak minum air panas baru lah on.Rentetan daripada itu(cewahhh..ayat)
semut pun mula memainkan peranannya.Apa yang encik semut buat?
Encik semut telah berenang2 didalamnya.Bukan 1..bukan 2 tapi banyak weyy.Rumah aku ni banyakya semut taktahu mane puncanya.Dan bukan itu sahaja..aku mula perasaan..yang air ni,rasanya macam pahit2 tau.Mula2 aku dengan suami pikir mungkin air ni dah lama simpan dalam tu ke..so kiteorg pun cuci la dalam heater tu,malangnya.same gak rasa air tu - pahit2 dan kelat.
Dan..baru lah aku tahu kenapa dan mengapa air itu rasa demikian..kerana. ..penutup pemanas nie..dah karat.Ok..itulah assumption kitorang.Selepas dari itu,kitorang pun boikot la pemanas nie...means memang tak guna pun.Biar je kat situ.and finally..pemanas ni rosak.Langsung tak boleh panas.
Mungkin merajuk kot...hihih

2.Pemanas air dapur(Tradisional)
Akhirnya, kiteorang pakai cerek dapur.Alaa...yang bunyinya macam terobong kapal tu.Selagi tak tutup air yang mendidih...selagi itu menjerit.Yang best pakai nie..yeah..!!dapat jimat sikit elektrik tau.
Dan tak best nya..kene la rajin sikit setiap kali nak buat air panas,..kena la panas kan air dalam cerek tu.Dalam 1 hari..banyak kali "kitar semula"je air dalam cerek tu.(nampak tak pemalas nye aku nie)
Orang kata..tak elok panas kan air itu berulang kali,Wallahua'lam.
Ok..suami aku dah mula mengeluh katanya..

"sampai bila kite nak minum air yang kurang sihat ni.."

aku jawab..

"ok pe kite guna cerek dapur nie...."
(actually aku nak jimat duit je.Takyah dah nk beli heater segala.Lagipun kitorang berdua je dalam rumah nie..so takperlu la nak pikir kan sangat nak minum air panas ke ..kan)

"Habis..kalau family abang or ayang datang rumah...takkan ayg masih nak guna cerek gak?
ayang kene pikir kesihatan untuk jangka masa panjang."

Aku diam dan berfikir.Dalam hati aku dah mula mengiyakan apa yang suami aku cakap.Sambung suami aku:

"So..abang cadang nak pasang penapis air dalam rumah nie.Apa pendapat ayang?"

Ok.selepas bermusyawarah panjang..akhirnya kata sepakat dicapai.


tadaa...!!
Penapis air coway pilihan hati.cehh..
Ada 4 suhu yang berbeza.Boleh adjust tempature dan terus minum.

Dan sejujurnya menyesal kitorang tak pakai penapis air coway ni awal2.

ok..cuba teka apa plak menatang nie..?

Ok inilah water pump.Memandangkan kitorang duduk tingkat 4,,so tekanan air rendah..jadi fungsi water pump ini adalah untuk membantu meningkatkan tekanan air.
Pas nie.,bukan alasan lagi la..orang yang duk rumah flat pun boleh pasang penapis air nie.

Coway bukan mahal ke?

InsyaAllah...memang mampu milik.Sebab ada banyak lagi pilihan penapis air yang korang boleh pilih ikut bajet dan keperluan.Pakej yang kitorang ambil ni RM125/bulan.Dan service percuma selama 5 tahun.

Bil elektrik macam mane plak?

Dah masuk bulan kedua kitorang pakai.Dan tak terkejut pun tengok bil bulan pertama.Penapis air ni memang menjimatkan elektrik.Tak caye?Cuba la.


Nak cite lebih2...boleh ws saya tau :0174428730





10 comments:

  1. sya pn dah pakai pnapis air coway ni..:)

    ReplyDelete
  2. rumah muja pun guna coway.. umi puas hati sangat.. dia sukalah sebab dia suka air sejuk.. huhuu

    ReplyDelete
  3. mila pun dah pakai hampir setahun so far oke je servis oke, dan menyenangkan buat apa2 air two in one.

    ReplyDelete
  4. Saya dh guna.tak perlu nak sshkan dri lg msk air..nk mnm air sjk pun blh

    ReplyDelete
  5. Saya baru je guna...baru install ptg td...nk tnya, bil air mcm mn ya?tak melambung ke bil air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bagus.bil air n elektrik xd melambung ..bese2 je

      Delete
  6. teringin nak pakai penapis air dan penapis udara brand coway ni.. tapi tu la.. pulusnya kena ada.. huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard