Sjil matrikulasi dah laku!

by - December 21, 2016


Assalamualaikum wbt

Rasa bersemangat sikit hari ini selepas kawan opis suruh bukak JPA.

Wey..nampaknya sijil matrik dah mula diiktiraf.Tahniah!! kepada mereka yang telah dan sedang mengikuti program matrikulasi.
So..legalah kepada aku antara bekas pelajar matrik sebab nya sebelum ini nasib pelajar matrikulasi seolah tidak "terbela".Maksud tak terbela tu let say, selepas tamat daripada program matrikulasi terus nak minta keje dengan berbekalkan sijil matrik tu memang tak boleh la...SO..nak tak nak kenalah guna Sijil SPM.

Nampak macam tak adil kan?
Dan mesti ramai yang trauma nak masuk matrik.Ramai yang kate ..better ambil Tingkatan 6 atau sambung terus diploma di IPTA/IPTS.Sebab ape...tak nak ambil risiko.

Dan apa istimewanya program matrikulasi ini diwujudkan jika ia langsung tidak memberi apa apa faedah?
Sebenarnya program matrikulasi diwujudkan adalah salah 1 platform kepada pelajar2 yang ingin menyambung ijazah dalam tempoh masa yang singkat.

Lebih kurang dalam umur 22 tahun korang dah boleh genggam segulung ijazah.Hebat kan?Dan kalau ada rezeki boleh terus sambung buat master.
Itu memang bagus lah kepada pelajar yang boleh perform well ketika di matrikulasi.Namun jika sebaliknya...pointer yang korang dapat masa dimatrik itulah menentukan kursus apa yang bakal korang dapat masa sambung ijazah nanti.

Macam aku dulu..series kejutan budaya sebab proses pembelajaran di matrikulasi sangat laju dalam tempoh setahun.Dalam tempoh itu kena faham dan tangkap segala ilmu dengan sebaiknya.Kalau tak ..tercicir la kome.(Itu yang aku rasa..memang agak mencabar dan stres!)Mujur lah dapat jugak habiskan even tak cemerlang mane pointer yang aku dapat.

Jom baca pekeliling di bawah..



Alhamdulillah..harap2 ada la sinar buat aku sekarang ni.
Aku sekarang bekerja di sektor awam guna sijil SPM.Harap2 pas ni ada sinar buat aku dan kengkawan aku yg sekarang ini masih mencari kerja.

InsyaALLAH..

You May Also Like

2 comments

  1. ohya .. baru tahu sijil matrix dah laku. thanks for the info.

    tu laa. dulu tahu 'risiko blaja matrix' cam gitu tapi pergi gak blaja kat matrix hihi...alhamdulillah ok laa..

    hope lepas ni sinar yang cerah dan gemilang menjadi milik Jia :)

    ReplyDelete