Mar 20, 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih


*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

Nasihat agama



Berkata Ibnul Qayyim Rahimahullah :

Jika Allah membukakan untukmu pintu solat malam, janganlah kau memandang orang yang tidur dengan pandangan merendahkan.

Jika Allah membukakan untukmu pintu puasa, jangan kau memandang orang yang tak berpuasa dengan pandangan merendahkan.


Jika Allah membukakan untukmu pintu jihad, jangan kau memandang orang yang tak berjihad dengan pandangan merendahkan.

Boleh saja orang yang tidur, yang tak berpuasa dan yang tak berjihad lebih dekat kepada Allah berbanding dirimu."Kemudian beliau melanjutkan, Engkau berpagi hari bangun dari tidur lalu menyesal lebih baik dari pada berpagi hari dalam keadaan terjaga lalu berbangga.

Kerana orang yang sombong, amalannya tidak akan naik ke sisi Allah.

"Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keadaan khusyu' dan tawadhu', dan matikan aku dalam keadaan khusyu' dan tawadhu', dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) dalam rombongan orang- orang yang khusyu' dan tawadhu'.(HR.Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Ya Allah, jangan Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (QS. Ali-Imran : 8 )

Mar 12, 2016

Nasehat

๐ŸŒธ๐ŸŒผ๐ŸŒทNasehat guru mulia untuk pedoman hidup ๐ŸŒท๐ŸŒผ๐ŸŒธ

๐ŸŒนู…ู† ูƒู„ุงู… ุณูŠุฏูŠ ุงู„ุญุจูŠุจ ุนู…ุฑ ุญูุธู‡ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ๐ŸŒน

๐ŸŒทDari pada ucapan Guru kami al-Habib 'Umar bin Muhammad bin Hafidz BSA๐ŸŒท
"ุญุงูุธูˆุง ุนู„ู‰ ุนูŠูˆู†ูƒู… ููŠ ู…ุงุจู‚ูŠ ู…ู† ุงู„ุงุนู…ุงุฑ

1. ๐Ÿ‘€Jagalah mata kalian di sisa umurmu
ูˆู„ุงุชุญุชู‚ุฑูˆุง ุจู‡ุง ู…ุณู„ู…

2. ๐Ÿ‘ณ๐ŸปJanganlah sekali-kali engkau
pandang rendah dari pada saudara muslimmu
ูˆู„ุงุชุนุธู…ูˆุง ุจู‡ุง ุงู„ุฏู†ูŠุง

3. ๐Ÿ’ŽJangan engkau pandang mulia dunia ini

ูˆู„ุงุชูƒุดููˆุง ุจู‡ุงุงู„ุนูˆุฑุงุช

4. ๐ŸšซJangan engkau membuka auratmu
ูˆู„ุงุชู†ุธุฑูˆุง ุจู‡ุง ุงู„ู‰ ุงู„ุตูˆุฑ ุงู„ู…ุญุฑู…ุงุช

5. ๐Ÿ“ตJangan engkau membuka atau melihat gambar-gambar yang di haramkan oleh Allah

  ูˆูƒู„ู…ุงุช ุชู‚ุฑุฃูˆู†ู‡ุง ุจู‚ู„ูˆุจูƒู… ุฏูˆู† ุชุญุฑูŠูƒ ุงู„ุณู†ุชูƒู… ู‚ุจู„ ุงู„ู†ูˆู… ุชู‚ูˆูŠ ุงู„ุงูŠู…ุงู† (ุงู„ู„ู‡ ู…ุนูŠ ุงู„ู„ู‡ ู†ุงุธุฑูŠ ุงู„ู„ู‡ ุญุงุถุฑูŠ ุงู„ู„ู‡ ุดุงู‡ุฏูŠ ุงู„ู„ู‡ ู‚ุฑูŠุจ ู…ู†ูŠ "

6. ๐Ÿ˜ดJika engkau mau tidur bacalah kalimat ini untuk menguatkan iman  (ุงู„ู„ู‡ ู…ุนูŠ ุงู„ู„ู‡ ู†ุงุธุฑูŠ ุงู„ู„ู‡ ุญุงุถุฑูŠ ุงู„ู„ู‡ ุดุงู‡ุฏูŠ ุงู„ู„ู‡ ู‚ุฑูŠุจ ู…ู†ูŠ ).
 (ุงู„ู„ู‡ ู…ุนูŠ ุงู„ู„ู‡ ู†ุงุธุฑูŠ ุงู„ู„ู‡ ุญุงุถุฑูŠ ุงู„ู„ู‡ ุดุงู‡ุฏูŠ ุงู„ู„ู‡ ู‚ุฑูŠุจ ู…ู†ูŠ ).

" Allahu ma'i allahu nadziri allahu hadhiri allahu syahidi allahu qoribun minni "

Allah selalu bersamaku,Allah selalu memandangku, Allah selalu hadir bersamaku, Allah selalu menyaksikanku, Allah selalu dekat denganku,

Bacalah dengan hati kalian tanpa menggerakkan lisan kalian.

ูŠุงู„ู„ู‡ ุจุงู„ุชูˆููŠู‚ ุญุชู‰ ู†ููŠู‚ ูˆู†ู„ุญู‚ ุงู„ูุฑูŠู‚

Mudah mudahan kita mendapat taufiq sehingga kita bisa di golongkan dengan orang-orang sholeh...

Aamien...

Mar 6, 2016

Siapa kita


 

Tak semua orang sukakan kite

Even kita tak buat apa-apapun akan ada juga suara2 sumbang..
Belum lagi kalau kite buat sesuatu perkara yang salah kan.
Maklumlah manusia..kita juga kadang tak terlepas dari berperasaan begitu kepada orang lain.
Sendiri mahu ingat..

Ok post kali ini adalah lebih kepada luahan dan muhasabah diri saya sendiri.
Sebenarnya sejak kerja ini saya mula kenal macam2 karenah manusia.Ada yang baik dan ada yang sebaliknya.Maksudnya tu..ada yang positif dan ada yang negatif.Penyakit yang suka bawa cerite keburukan orang lain.

Memang kite ni tak sempurna.Normal bila kita tengok ada orang buat salah.Tapi,bile tengok orang lain buat salah,terus kite judge!Kita seolah tak nampak yang kita juga banyak dosa dan paling kejam kita terus menghukum.Alangkah beruntungnya...kita buat salah tapi Allah masih mahu tutup keaiban kita.

✔Kita tidak akan dapat membersihkan jiwa selagi kita melihat keburukan dalam diri orang lain.
✔ Salah satu cara Allah memberi kebaikan pada seseorang ialah bila dia melihat kesilapan diri dan melihat kebaikan orang lain.
✔Manusia paling malang ialah manusia yang melihat kebaikan diri dan merasa diri sudah baik dan melihat keburukkan orang lain serta sentiasa merasa lebih baik dari orang lain.

~Prof Dr. Muhaya~

Inilah sikap kita sekarang nie.Bukan saya nak tunding jari kepada sesiapa ..tetapi sekadar peringatan balik untuk diri saya,Hidup kita ni tak lama..tapi kenapa kita selalu melakukan perkara2 yang langsung tak memberi saham kepada akhirat kita nanti.

Soalnya:Boleh kah kite hidup terus berlapang dada dan berprasangka baik sesama kita?
Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain”. [Al-Hujurat: 12].
 Ayat ini menunjukkan perintah supaya menjaga kehormatan orang muslim dengan sebaiknya kerana ianya didahului dengan tegahan daripada bercakap tentangnya dengan sangkaan. Kalau orang yang berprasangka mengatakan: ‘Saya akan kaji dan selidik’! Katakanlah kepada mereka: “Janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain”. Jika mereka berkata: ‘Saya telah pastikannya dengan tidak mencari keaiban’. Katakanlah: “Janganlah kamu mengumpat di antara satu sama lain”

Banyak kan muhasabah diri,beristighar dan memohon perlindungan kepada Allah dari sebarang penyakit hati.
Mahu kah kite menjadi orang yang sentiasa memberi kebaikan?
Mudah jer..sebenanrya.Sentiasa tersenyum dan berikan aura yang positif.InsyaAllah anda akan lebih disukai dan di sayangi.Tidak sekadar di bumi..insyaAllah di langit ..turut mendoakan.

"Bila kita sibuk dengan kebaikan, kita takkan anda masa untuk lakukan keburukan"
                       

Punca utama kenapa kite selalu rasa ada masalah dengan manusia?
Semak..dulu hubungan kita dengan Allah.

dan sebenarnya kite nie jarang sangat nak bersyukur.
Buktinya?
Bila kita melihat kejayaan orang lain..kita iri.
Bila kita melihat kesusahan orang lain..kita gembira


Jika adalah sikap ini pada kita sekarang..lebih baik kita jauhi dan beristighar lah.Cegah sebelum parah.

Tutup pintu yer!~



Semasa azan maghrib berkumandang,syaitan bertempiaran masuk ke rumah yang pintu/tingkap masih terbuka.Seram,kan kalau kita membenarkan syaitan 'menumpang'. Lagipun masa senja ni umpama siang untuk syaitan.Aktif mencari 'makanan','tempat tinggal' & mangsa untuk dirasuk/diperdaya.

Ingatlah, menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Bila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah pada waktu dia masuk & pada waktu dia akan makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya : "Tidak ada tempat untuk bermalam & tidak ada makan malam untuk kamu." Akan tetapi jika seseorang masuk ke dalam rumahnya tanpa menyebut nama Allah,maka syaitan berkata "Ada tempat bermalam untuk kamu semuanya." Bila dia tidak menyebut nama Allah pada waktu makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya "Ada tempat untuk kamu semuanya bermalam & makan malam ." [HR. Muslim]

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Sabda Nabi s.a.w., "Apabila hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah.

Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)

#copypaste

Mar 5, 2016

Giveaway Holiday Bersama Mak Long!




Please jangan makan!



makanan ini sungguh menyelerakan tapi....Ops..!!

Mi Segera Ganggu Hormon Wanita

Siapa yang tidak pernah makan mi segera? Malangnya, tabiat ini boleh memberi kesan kepada kesihatan. Sebuah kajian dari The Journal of Nutrition menunjukkan, pengambilan mi segera; yang dimasak dengan tambahan air panas atau dipanaskan dalam ketuhar mikro, boleh meningkatkan risiko sindrom kardiometabolik yang membawa kepada serangan jantung, strok, dan diabetes. Oh, tidak!



Pengambilan mi segera sekurang-kurangnya dua kali seminggu meningkatkan sehingga 68 peratus risiko sindrom kardiometabolik ini. Paling penting, ia lebih tinggi dalam kalangan wanita. Kandungan kalori, lemak, dan sodium yang ada dalam mi segera di dapati memberi kesan buruk kepada hormon wanita. Untuk pengetahuan anda, terdapat sejenis kimia iaitu Bisphenol A (BPA) yang ada pada bekas pembungkusan mi segera tersebut. Bahan ini akan mengganggu isyarat hormon yang ada pada tubuh terutamanya estrogen.


Selain itu, bahan perisa yang digunakan untuk memasak mi segera mengganggu fungsi buah pinggang. Ada kajian yang mengatakan bahawa jika seseorang itu alergi terhadap MSG akan mengalami panas dada, sakit kepala serta wajah bertukar menjadi kemerah-merahan selepas mengambil bahan ini.



Mi segera diselaputi dengan wax yang mengambil masa sehingga empat ke lima hari untuk dicernakan. Fikirkan kesannya terhadap wanita hamil mahupun kanak-kanak. Tahukah anda, kanak-kanak di bawah umur lima tahun akan mengalami masalah penyerapan kalsium jika memakan mi segera melebihi tiga kali seminggu. Ibu mengandung juga akan terdedah kepada risiko keguguran atau perkembangan janin terganggu.



Satu paket mi segera mempunyai sehingga 2400 mg natrium, iaitu kira-kira maksium pengambilan harian yang dibenarkan. Selain tinggi paras natrium dan banyak bahan perasa, mi segera mengandungi lemak kerana semasa proses pembuatannya, ia digoreng terlebih dahulu.

SUMBER:KESAN MEGI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by Beautifully Chaotic