Aug 31, 2016

Best parenting tips

Assalamualaikum


Begini cara mereka mendidik anak.Mungkin kita boleh ambil sebagai panduan.
Dalam islam jugak dah ajar cara didik anak mengikut peringkat usia.

Walaupun aku belum ada anak..insyaAllah..dah kena belajar mulai sekarang.Kuasai ilmu keibubapaan kerana besar tanggungjawab menjadi seorang ibu bapa kelak.

Tolong ...sesiapa yang baca entry aku kali ini.Mendoakan kami suami isteri dipermudahkn utk mendapatkan zuriat.

#amiin

#sehati sejiwa

Assalamualaikum wbt.

Saje nak share gambo anak2 yang meniru penampilan pemimpin dan isteri pemimpin di Malaysia.
Sangat menghiburkan dan cute overload..

Apa-apapun...Selamat menyambut hari Merdeka.Marilah kite mendoakan agar Malaysia dirahmati oleh Allah dan senantiasa aman.



p/s:YeaYea...Hari ni boleh melepak-lepak di rumah..

Aug 29, 2016

Si puteh itu Kucing aku!

Assalamualaikum wbt dan Selamat berhujung minggu ..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu dengan kawan2 pembaca sekalian.
Tajuk kali nie..nampak macam drama melayu je.Saje je bagi gempak.
Nak cite yang kami dah ada kucing.Yeayaa...!!!


sekadar hiasan

Alkisahnya,aku nak sangat kucing yang berbulu kembang gitew.Bukan nak memilih baka tapi nak cuba merasa membela kucing baka ini.Plus,aku rase sunyi je dalam rumah nie yela..memandangkan iols belum ada anak lagi.*doakan ye..
Akhirnya,kawan opis aku offer sebab die dah ada kucing  lain(dalam umur 6 bulan).Ok la kan.Memang aku nk kucing yang remaja.Bulu Kucing tu bukan lah kembang sangat pun...tp ekor kucing tu lain macam kembangnya.susah nak cite...hihi.Menurut suami aku yang pencinta kucing lebih sikit dari aku nie..katenya..,kucing ni macam mix persian.Kawan opis aku pun cakap kucing nie campuran baka kucing biasa dengan baka parsi.(maaf la kalau salah term).

Set date;Kucing pun bertukar tangan(cey..macam main badminton plak)Kebetulan,dapat sepasang.Jantan dan betina.Jantan namanya Puteh.Betina namanya Manja.Lengkap dah boleh selepas nie..beranak pinak kan.Dapat lah kami cucu nanti.hahaha.

Dahh hampir sebulan kami jaga.Mula -mula je..malu2 ,tak mau makan,menyorok ..sekarang nie..semua benda nak explore.Panjat sana sini(normal lah tu kan ,,,kucing mesti tak reti duduk diam)sehinggalah terjadinya cerita ngeri buat kami.

**suspen **

Rumah kami tingkat 4.Ok..boleh imagine tak.
Kucing nie sebelum nya dibesarkan dikawasan perumahan dan opkos depa tak bese duk tingkat tinggi2 nie.
Once bile dapat duduk tingkat tinggi nie..aku tengok depa nie macam teruja lebih sikit.
Putih especially ..kalau tengok ke bawah..sampai kitaorang ngeri habis.Puteh ni boleh rileks lagi main2 ditepi benteng koridor.Seriau giler kitorang.

Kerisauan kitorang ..tak berakhir di situ.Sebab suatu pagi kitorang sibuk2 nak bersiap g keje.Tapi heran..hanya manja ke yang kelihatan.Putih tak de.
OK..jerit la name die ..searching 1 rumah.Sah!!takde.
Aku dah isau ..apa yang aku isau..putih mesti jatuh.Aduh!!
Tetibe suami aku panggil dari balkoni.

"yang...yang..puteh jatuh.."
Aku dengar tu..terus berlari ke balkoni tengok ke bawah.seram sejuk badan aku.Aku tengok putih dah kejang dalam longkang.
Apa lagi..kitaorang berlari turun ke tingkat bawah.Dalam otak aku nie..dah mati ke putih nie.
Air mata dah mula bergenang..kaki ni rase macam tak pijak tanah

Akhirnya...

**jeng..jeng..jeng**
....nanti aku cite lagi ..







Aug 28, 2016

Uqasha senrose nak bukak tudung?

Biar betul berita yang aku dengar ni.Bukan nak fitnah..tapi selepas baca dari sebuah akhbar ...maka benda ni bukan lah fitnah.

>>>Baca Sini keterangan uqasha

Allah..:( bg pendapat aku sendiri..sedey.Sebab alasan yang die bagi nie memang tak masuk akal.Malah tak bleh seorang wanita yakni seorang yang beragama islam mengatakan demikian.Aku mohon sangat keluarga dan kenalan2 beliau yang baik boleh bimbing die utk buat keputusan demi kebaikan agama bukan semata kepuasan diri sendiri.

Jangan tunggu tua utk berubah.
Seorang wanita yg mengaku beragama islam wajib menutup aurat(bukan membalut aurat) kerana itu adalh arahan daripada Allah.Jadi sebagai hamba..nak atau tak nak..paksa atau rela...wajib lah kite mematuhi.

Duhai uqasha..awak memang bertuah.Sebab di beri kelebihan oleh Allah dengan wajah yang rupawan.Alangkah indahnya kalau anugerah itu di syukuri dengan menjaga sebaik2nya.Usah dipertontonkan kepada mereka yang bukan mahram.Mahal nya seorang wanita itu apabila pandai menjaga perhiasan sebaik2nya

Wahai uqasha..jiwa awak bersih.Apa gunanya jiwa yang bersih namun kosong dengan rohani..maka Awak perlukan bimbingan.
Penuhkan jiwa awak dengan makanan jiwa iaitu menghadiri usrah,majlis ilmu,bergaul dengan kawan2 yang baik..insyaAllah awak tidak akan berasa kosong lagi.

Ya..saya setuju!Iman itu ada naik turun.Dan kita tak kan terlepas dr melakukan kesalahan.Namun bukan lah itu punca utk kita berputus asa utk melakukan perubahan diri yang lebih baik.

Berubahlah kerana Allah bukan manusia.
Kerana sifatnya manusia adalah sementara.
Biarkan tomahan kejian fitnah dr manusia..kerana sifatnya manusia suka menilai.
Dan sebaik2 penilai adalah dr Allah.

Cuba selidik dulu..betulke keputusan yang bakal awak buat itu..mengundang rahmat Allah atau murka?Takuti lah apabila Allah murka...=(
Sayang ...pikirlah beribu kali ...
Jangan buat syaitan ketawa...

Saya doakan awak tetap beristiqamah berhijab dan teruskan perbaiki amalan.InsyaAllah..awak akan ketemui ketenangan.


Aug 27, 2016

GIVEAWAY PERTAMA by FARAH SANUSI


klik banner

Assalamualaikum wbt
Jom lekaih join.
Hadiah memang superawesome.

Bismillah



Aug 23, 2016

Full edit blog Pinky Momma

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah ..besarnya rahmat Allah.
Syukur diberi kepercayaan untuk mengedit blog Pinky Momma

Senang dan mudah sungguh berkomunikasi dengan kakak nie.
Apa yang dia mahukan ...akhirnya terlaksana

Jom tengok hasil kerja saya..

#responsiveblogtemplate


Aug 13, 2016

Jagalah 3 pintu ini


Pintu masuk bagi syaitan ke dalam Hati anak Adam itu ada Tiga.
Syaitan tidak akan masuk padamu melainkan dengan 3 pintu ini.
Sekiranya ketiga-tiga pintu ini ditutup,maka tiadalah bagi syaitan pintu untuk masuk padamu.



1. Pintu Syahwat (Nafsu).

Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan mentarbiyah/mendidik nafsu.
Mendidik nafsu itu caranya adalah dengan mengingkari dan menyanggah kehendaknya.

2. Pintu Kelalaian (Ghaflah).

Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Berzikir.
Barangsiapa yang Berzikir mengingati Allah dia akan sentiasa berada dalam benteng yang kukuh.

3. Pintu Kejahilan.


Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Ilmu.

[Ini adalah petikan dari Pengajian Syarah Soheh Al-Bukhari oleh Fadhilatus Syaikh Yusri Rusydi As-Sayyid Jabr Al-Hasani. Fadhilatus Syaikh menamakan nasihat ini dengan "Petikan dari Al-Yusriyat"]

Aug 9, 2016

Full edit blog mia zain


Responsive blog template

Terimakasih mia zain kerana sudi tempah edit blog dari saya
Semoga awak berpuashati dengan design ini

Jom terjah hasil penuh 

Aug 6, 2016

Jangan umpati aku lagi


Tarbiah Sentap:
Kadang-kadang saya tak faham.
Orang yang mengumpat ni, apa yang dia nak sangat sebenarnya?

Ada orang bagi alasan:

“Aku mengumpat sebab aku nak dia berubah…”

Saya tanya balik:

“Dia berubah ke kalau kau mengumpat dia? Kenapa kau tak tegur depan-depan je? Kenapa kau perlu bukak aib dia, jaja keburukan dia, dan sebarkan kesalahan dia kat orang lain? Kau biar betul nak ubah dia? Nak tipu pun agak-agakla…”

Ada yang bagi alasan:

“Aku bukan mengumpat. Aku cakap benda yang betul…”

Saya balas balik:

“Itulah namanya mengumpat! Kalau kau cakap benda yang salah, itu fitnah. Kalau kau cakap benda yang betul, itulah mengumpat wahai kawanku yang hensem…”
Apa lagi alasan yang kita nak bagi untuk mempertahankan perbuatan mengumpat yang kita dah biasa? Gosip sini gosip sana, nampak keburukan sikit, terus sebarkan, kononnya nak bagi orang lain tahu “siapakah” diri sebenar seseorang tu.
****
"Apabila engkau melihat keburukan dalam diriku, beritahu aku, bukan beritahu orang lain. Itu kerana aku yang dituntut untuk merubahnya, bukan orang lain.
"Memberitahuku adalah satu pahala dan nasihat. Memberitahu orang lain adalah satu dosa dan mengumpat.

"Mengapa setiap kali  melihat keburukan seseorang, kita terus membicarakannya kepada orang lain, dan enggan bercakap kepadanya secara langsung? Sebab kita lebih mahir bercakap di belakang berbanding bercakap di hadapan."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by Beautifully Chaotic