September 2016 - Jiakreatifelt

Sep 30, 2016

Full edit blog Kak Aza
Assalamualaikum wbt

Satu lagi saya nk share kan hasil design blog.



Pilihan:Responsive template
Tema: Pink dan putih
-simple
Pemilik: Aza
Niche blog: Pengedar Shaklee

Full edit blog Ibu Dilah
Assalamualaikum

Salam Jumaat yang mulia.

Saya nak kongsikan hasil design blog



Pilihan: Responsive template
Tema: Simple 
Pemilik:Ibu Dillah

Jom tengok hasil penuh

Sep 25, 2016

Ujian menaip
Assalamualaikum

Pepagi eksited semak keputusan ujian menaip dan keputusan sangat mendukacitakan.



Ini dah kali kedua aku amik ujian nie.Rasanya macam dah tak sanggup nak hadapi buat kali ketiga.
Mula-mula ambil bulan 2 hari tu dan kali kedua ambil bulan lepas.
Ingatkan lulus untuk 2nd time nie..tapi mendukacitakan sungguh la..

Ok..kenapa kenapa perlu lulus ujian menaip ?

Sebagai penjawat awam,jawatan yang aku pegang sekarang ini memerlukan untuk aku LULUS 
 3 paper.
Dan salah satunya ujian ini la.
2 paper lagi alhamdulillah dah berjaya dengan selamatnya.

Ujian menaip nampak macam mudah je kan
Yelah...hampir setiap hari kite menaip
Menjawab sms,whatsap update status di laman sosial..menulis di blog dsb.
tapi kenapa boleh gagal?

Sebenarnya ujian menaip ni kiteorang akan diberi masa 10 minit untuk menaip 2 perenggan.
Bayangkan tanpa perlu akan kesalahan ejaan dan tanda bacaan.Tambahan ada term yang digunakan yang memerlukan untuk kite menaip ejaan itu sebetulnya dengan teliti.Kesalahan maksimum hanyalah 4 sahaja.Kalau lebih daripada itu..maka KANDAS la.

Mungkin ini lah sebabnya kenapa aku masih TERKANDAS lagi.Plus,masa tu aku rasa macam gugup amat.Jari jemari terasa keras untuk menaip.Adoii..

Kawan2 ada tak tips untuk aku lulus ujian menaip ni..?

#harap2kaliketiganiakululus












Sep 23, 2016

Full design blog wani
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..syukur.Dapat jugak menyiapkan design full edit blog zulhazwani
Terimakasih dik sebab sudi menggunakan khidmat akak.



Hasil penuh blog wani

Responsive template blog
Pilihan warna:Pink
Tema: Cumel2

OK..untuk makluman semua,wani ni adalah junior sekolah saya dulu.Tak sangka dia contact saya semula untuk mendapatkan khidmat design blog.
Sebelum ini,saya ada mengedit blog kakak wani nie.
 oklah..jom tengok hasil penuh di sini




Sep 20, 2016

Full edit blog Rabiatul

Tempahan full edit blog untuk sis Rabiatul

Template biasa bukan responsive.
Pilihan warna adalah soft blue
Doodle seorang ibu yang bekerjaya dan partime business,
Doakan semoga apa yang dihajatkan tercapai.
Amiin.

Jom la tengok hasil penuh design saya:

Sep 18, 2016

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

Sep 14, 2016

Wanita,jangan perasan
​​​Wahai perempuan,
.
Bila ada lelaki bersikap baik padamu anggap saja itu perkara biasa.Sebab memang naluri seorang lelaki bersikap baik pada perempuan.
.
Bila bukumu jatuh dan dia tolong ambilkan, itu normal. Tak ada yang special. Jangan perasan.
.
Bila bertemu di jalan dan dia mengucapkan salam, bukan bermakna dia tertarik tetapi dia sedang menjalankan sunnah.
.
Bila diantara kawan²mu hanya kamu yang disapa, jangan perasan. Itu biasa biasa sahaja bila dia menyebut namamu. Hanya sapa. Jadi? Tiada apa apa pun. Mungkin kebetulan cuma nama kamu yang dia ingat. Kebetulan. Jangan perasan.
.
Bila satu masa dia balas chat kamu dgn emoticon senyum atau gembira, bukan bermakna dia ada perasaan dengan kamu, mungkin emoticon tu sekadar untuk mencairkan suasana. Cukup itu saja. Jangan perasan.
.
Bila sampai satu tahap dia berjumpa dengan ibu bapa kamu sekalipun belum tentu dia mahu menjadikan kamu sebagai yang halal kerana mungkin kamu adalah pilihan kedua, ketiga, keempat atau entah yang keberapa. Dia mahu tengok tengok sahaja dahulu. Jangan perasan.
.
Kadang rasa kecewa tu datangnya daripada kita sendiri sebab kita selalu keliru dalam mentafsir sikap lelaki. Memang lumrah seorang perempuan mudah terbuai oleh perasaan.
.
Oleh itu wahai lelaki, bila ada perempuan yang sedang bersedih, jangan kamu datang untuk menghiburkannya. Jangan biarkan dia perasan.


.
Tak perlu tawarkan bantuan bila kau lihat dia boleh melakukan sesuatu kerja sendiri atau bila kawannya boleh membantu. Jangan biarkan dia perasan. Jangan bergurau dengannya tentang soal hati, bergurau tentang perasaan dengan seorang perempuan bukanlah sesuatu yang lucu.
.
Jangan biarkan dia perasan. Jaga kehormatan seorang perempuan dengan tidak bersikap manis pada mereka kerana banyak perkara yang tidak disengajakan boleh mnyebabkan mereka perasan.​​​

Tersenyumlah sentiasa.
Ia tidak menyakitkan malah ia pengubat hati yang sakit.

Bukannya bererti senyum itu kerana dia tidak punya masalah dalam kehidupannya.

Tetapi menunjukkan hatinya reda dengan setiap takdirNya.

Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu kejadian.
Pernah jumpa orang macam nie?
Orang yang selalu cari gaduh dengan orang lain ni, diorang ni sebenarnya kurang kasih sayang dan perhatian, dengan cara tu je mungkin diorang akan diberi perhatian.

So kalau ada kawan-kawan korang yang jenis macam tu, abaikan je, nanti dia akan senyap sendiri, kalau dia cari gaduh, pastu kau layan, lagi suka la dia sebab ada orang layan dia. So bila diorang tengah nak cari pasal tu, kau abaikan je.

Tak payah buang masa layan orang macam tu. Buang masa buang tenaga. Baik kau relax je.
Biarkan dia dengan dunia dia. Okay?


Sep 13, 2016

Susahnya nak cari kerja
Assalamualaikum dan Salam aidil Adha.

Masih bercuti lagi ke kawan?Mesti meriah raya kan.Aku biasa-biasa saja.Tapi alhamdulillah masih diberi peluang untuk beraya bersama keluarga dan orang tersayang.

Just nak share dengan korang.Salah satu platform mudah untuk korang cari kerja yang sangat-sangat terkini.Semuanya di hujung jari.Cuma nak tak nak je.Jom baca dulu.

neuvoo-labourday.png

Neuvoo adalah enjin pencarian kerja yang paling diperlukan oleh para pencari kerja. Ia boleh didapati di lebih daripada 64 negara di dunia ini. Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai tahap persaingan yang tinggi. Neuvoo dapat membantu para pencari kerja untuk mencari pekerjaan dengan efektif bermula dari pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan yang tinggi seperti pelayan dan housekeeping sampai ke posisi pengurusan atau jawatan eksekutif.

Apakah perbezaan Neuvoo dengan enjin pencarian kerja atau lembaga kerja yang lain?

  1. 4x kali ganda tawaran kerja di bandingkan dengan enjin pencarian kerja yang lain di Malaysia.
  2. Antaramuka pengguna yang senang digunakan dan diakses.
  3. Menawarkan peluang pekerjaan anda atau mencari kerjaya idaman anda secara percuma
  4. Hantaran notifikasi e-mel secara langsung kepada para pencari kerja setiap hari apabila terdapat tawaran kerja yang baru.
Neuvoo bukan hanya enjin pencarian kerja yang biasa, tetapi Neuvoo sangat inovatif dan sangat up-to-date. Keperluan para pencari kerja dapat disatukan bersama pada Neuvoo. Selain inovatif dan sangat up-to-date, Neuvoo juga memiliki fungsi-fungsi yang canggih tidak boleh didapati di enjin pencarian pekerjaan yang lain. Meskipun Neuvoo memiliki fungsi-fungsi yang canggih, tetapi Neuvoo adalah alat pencarian kerja yang sangat senang digunakan dan diakses oleh para pencari kerja. Pada saat ini, Neuvoo menawarkan lebih dari 60 ribu pekerjaan di Malaysia. Tambahan pula, majikan-majikan dapat menawarkan peluang pekerjaan mereka di Neuvoo untuk mendapatkan bakat-bakat yang diperlukan.

Secara ringkasnya, Neuvoo merupakan Google yang khas untuk mencari tawaran kerja. Neuvoo berusaha dan fokus kepada membantu para pencari kerja sehingga mereka memperolehi pekerjaan impian mereka.

Neuvoo bersiap sedia untuk membantu para pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan impian mereka! Sila kunjungi laman web Neuvoo di http://my.neuvoo.com

Pencarian pekerjaan anda bermula di sini: Uni Emirat Arab | Argentina | Austria | Australia | Belgium | Bahrain | Brazil | Kanada | Switzerland | Chile | Colombia | Republik Czech | Jerman | Mesir | Sepanyol | Perancis | UK | Greece | Hong Kong | Hungary |Indonesia | Ireland | India | Itali | Jepun | Kuwait | Kazakhstan | Luxembourg | Maghribi | Mexico | Malaysia | Nigeria | Netherlands | Norway | New Zealand | Oman | Peru | Poland | Portugal | Qatar | Romania | Rusia |Arab Saudi | Sweden | Singapura | Turki | Taiwan | Ukraine | US | Venezuela | Vietnam | Afrika Selatan

Sep 6, 2016

Nak tanya kenapa
Assalamualaikum wbt

Siapa boleh tolong saya,
Kenapa bile sy tengok layout blog setting saya,,jadi macam dalam gambar nie yer..?
saya tak boleh nak view kat tepi..:(
kenapa ye jadi macam nie.
Tolong sesiapa yang boleh jawab kan..

Terimakasih



Sep 5, 2016

Tempahan full edit blog shida
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...sekali lagi kongsikan hasil kerja saya.



Owner blog ingin sebuah blog yang simple dan responsive.
Mesra SEO 
Pilihan warna hitam dan putih

Juga..blog nie masih baru dan tiada apa2 lagi isi kandungan.
Tetapi kalau uols nak support business beliau mai la follow dulu


Full edit blog Hikayat Sulaman
Assalamualaikum wbt


Tempahan full edit blog daripada hikayat sulaman.Terimakasih kerana mempercayai khidmat saya.
Jom cuci mata tengok hasil kerja saya.

Sebenarnya blog ni masih kosong sebab baru je create.


#responsivetemplate

Sep 4, 2016

AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!
Assalamualaikum wbt

Jemput support giveaway kawan kite nie.


klik banner 
Tarikh tutup: 30 September 2016!

Tuan tanah ni katanya 1st time buat giveaway nie.

Sep 3, 2016

Amalan yang di Bulan Zulhijjah
AMALAN UTAMA BULAN ZULHIJJAH

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya. Khususnya bagi mereka yang tidak mendirikan Haji di Baitullah, ini antaranya :-
 a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28). Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

 b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim). Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

 c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

 d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

 e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

 f) Berkorban dengan menyembelih binatang yang layak : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut : وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب ( Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32 Sebuah hadis menyebut : ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)"

 ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan ) Dr Zaharuddin Abd Rahman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard