October 2016 - Jiakreatifelt

Oct 29, 2016

Jahatnya kite ini

Oct 28, 2016

Penambahbaikkan plan celcom
assalamualaikum wbt dan Salam jumaat yang mulia,

Pagi-pagi bangun tidur dapat msj dari cik com

Rupa-rupanya celcom nak bagi sesuatu yang istimewa.Nah,ambik!extended kuota.
20GB internet..seronok nya ..Berbunga-bunga hati,Macam baru dapat tiket percutian gitew.
Memandangkan aku ni memang kaki online dan seringkali habis kuato x sampe sebulan;dan bila dapat tawaran ini,bagaikan orang mengantuk di sorong bantal.Terimakasih cik celcom kerana memahami kehendak pelanggan.Dan untuk pengetahuan uols,harga plan postpaid ni bulan2 masih sama.iaitu RM80.


aku sekarang pakai plan 1st gold 
Yang dulu ada 10GB internet di mana divide 5gb weekdays dan 5gb weekend.

Cepat uols.celcom dah mula nak menggila

Selain plan 1st gold,ada plan yang jauh lebih baik dan harganya memang mampu milik.
Cepat2 bertukar la kepada celcom,
Memang puashati la

#terimakasihcelcom



Oct 23, 2016

Full edit blog Neeza
Assalamualaikum wbt

Selamat berhujung minggu semua.


Jenis template:Non-responsive plus SEO
Tema: Pastel terang
Owner blog: Haneeza
Sebenarnya ini kali ketiga neeza order edit blog dari saya.Alhamdulillah..
Semoga awak maju jaya dalam apa juga yang awak ceburi.dan senantiasa di lindungi oleh Allah.

Jom tengok hasil penuh di sini

http://www.neezalife.com/
Tips cari jodoh baik punyer...

Oct 14, 2016

Full edit blog kak lina

Oct 13, 2016

JOm belajar bersyukur


Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,

Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.




Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,

Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.




Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,

Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.




Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,

Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,

Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.




Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..

Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.

Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.

Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.

Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Jujur bila berkata,

Hayati bila membaca,

Ikhlas bila menerima...

Oct 9, 2016

Full edit blog kak sherwieyna

Oct 7, 2016

ESOK HARI SUKAN NEGARA!!
Act aktiviti ni baru sahaja diperkenalkan di Malaysia.

Jom tengok serba sedikit..


hah..tu la serba sedikit mengenai #HSN nie.
Jadinya esok kami kena la turun sekali memeriahkan sambutan ini.
yeay...senamrobik kitew..


Oct 2, 2016

Full edit blog Syiera
Salam Tahun Baru Islam
Assalamualaikum wbt


1 Muharram 1438H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard