Nov 28, 2016

11/28/2016

KEBINASAAN SESEORANG


Hadis 14:Peringatan Rasulullah tentang Akhir zaman hingga tanda hari kiamat besar.

14.SEBAB-SEBAB KEBINASAAN SESEORANG

Dari Abu Hurairah Ra.Dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Akan datang suatu zaman, ketika orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila dia lari membawa dirinya ke sebuah puncak bukit ke sebuah puncak bukit yang lain dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman tersebut telah tiba, segala mata pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah dari sebab mengikuti kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya dari sebab mengikuti kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya dari sebab mengikuti kehendak keluarganya atau dari sebab mengikuti kehendak jiran tetangganya”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, apakah maksud perkataan engkau itu?” (kebinasaan seseorang kerana mengikuti kemahuan isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau tetangganya). Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, “Mereka akan menghinanya dengan kesempitan kehidupannya. Maka ketika itu lalu dia mencampakkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya. (HR Baihaqi)

Keterangan:

Benar sekali sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ini. Banyak orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama namun oleh kerana mengikuti kemahuan isteri, anak, orang tua, keluarga atau tetangganya, dia sanggup mencampakkan diri ke dalam jurang kemaksiatan demi untuk memuaskan hati mereka.

Pesanan diri sendiri:

Matlamat tak menghalalkan cara.
YaALLAH..Semoga Allah sentiasa memimpin kite ke jalan yang benar.
amiin.

Nov 27, 2016

11/27/2016

AWASI DIRI MU~

Assalamualaikum wbt

erm..tak tahu nak mula dari mana.Tetapi aku perlu sharekan benda ini untuk peringatan diri sendiri dan mungkin uols boleh amik mane yang baik ok.:)Benda ni mungkin ada berlaku pada kite cuma antara sedar atau tidak aje kan.

Hadis 1:Peringatan Rasulullah tentang Akhir zaman hingga tanda hari kiamat besar.

1.JANGAN MUDAH MENYALAHKAN ORANG LAIN


Dari Abu Hurairah Ra., bahawasanya Rasullullah SAW bersabda: “Jika ada seseorang berkata, “orang banyak (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” (HR. Muslim)
Keterangan:

Imam Nawawi ketika menulis Hadis ini dalam kitab Riyadus-Solihin, beliau memberikan penjelasan seperti berikut: “Larangan seperti di atas tadi (larangan mengatakan orang banyak telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian rupa dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri, sebab dirinya tidak rosak, dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.

Adapun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang banyak terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul dari perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.

Hadis ini sengaja diletakkan di permulaan buku ini supaya menjadi suatu peringatan kepada Umat Islam apabila menerangkan Hadis-hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan di sini yang banyak menyingkap tentang kemunduran umat Islam dan kerosakan moral mereka. Oleh kerana itu, kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ‘ujub dengan diri sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan senang menuding jari ke arah orang lain. Walaupun kerosakan moral umat Islam dewasa ini perlu dibicarakan untuk tujuan memulihkan, namun penyingkapannya itu perlu dalam bentuk yang sihat dan dengan perasaan yang penuh kasih sayang serta dengan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Mudah-mudahan Allah s.w.r melindungi kite daripada sikap begini



Nov 26, 2016

11/26/2016

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

                                                           
                                                                KLIK BANNER

IG: @njhshhrn

Tarikh tutup ialah pada 10/12/2016. Sebulan beb.. Semua akan diumumkan pada 11/12/2016.

Nov 23, 2016

11/23/2016

DASHBOARD BLOG: BARU

Assalamualaikum dan Hai..semua

Wah..rasa seronoknya tengok appearance dashboard blog.Nampak sungguh elegant dan semart sungguh.
(ke aku je yang terlewat tahu ....)

Ok..jom mengupdate blog ..


Nov 21, 2016

11/21/2016

Biar mereka tak peduli

Assalamualaikum wbt

Aku sungguh terkesan dengan kata -kata ini.
Seolah ia berlaku pada aku lately nie...

Memang aku kecewa dengan karenah manusia..namun sekiranya aku masih menagih simpati dan perhargaan manusia semestinya aku akan jadi semakin lelah.

Maka..aku memilih untuk meraih pandangan Nya...kerana itu sudah cukup membuatkan aku rasa serba cukup.


Nov 20, 2016

11/20/2016

KATEGORI WANITA


☝️WANITA MUSLIMAH

🔅Memikirkan hal duniawi seperti fesyen baju, fesyen niqab, fesyen tudung dan makeup terkini

🔅Upload gambar sendiri (walaupun menutup aurat)

🔅Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu agama dan menceritakan amalan baik yang dilakukannya


✌WANITA MUKMINAH

🔅Memikirkan cara untuk memperbaiki diri tanpa perlu menghebahkan pada orang lain

🔅Sibuk menghadiri majlis-majlis ilmu agama tanpa ada niat untuk menunjuk-nunjuk

🔅Memikirkan cara berpakaian yang tidak tabarruj (yg berlebihan) supaya lebih berhati-hati di hadapan ajnabi (lelaki bukan mahram)


👌WANITA MUTTAQIN

🔅Memikirkan sepenuhnya kepada Akhirat

🔅Mencari redha Allah dalam setiap perbuatan yang dilakukannya

🔅Menyibukkan diri untuk bekalan di Akhirat

🔅Memikirkan risau tentang keadaan umat Islam yg lain

🔅Sentiasa mendoakan moga-moga semua akan mendapat hidayah dan beroleh Syurga Allah s.w.t

👣Yang mana kategori anda? Semua sifat di atas boleh berubah andai anda juga berubah
👼 Saidatina A'isyah r.ha pernah berpesan :
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"
"Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaanmu"👍👍👍💐

Nov 12, 2016

11/12/2016

Doa elak Malas

Nov 8, 2016

11/08/2016

Persahabatan


Persahabatan itu bagaikan air laut , tak selamanya tenang . Kadang , dipukul ombak juga.

Dan ketahuilah , sebenarnya ombak itulah yang menjadikan laut lebih indah

Tipulah , andai kau kata persahabatan itu senpurna tanpa cacat cela

Tipulah , andai kau kata persahabatan itu tenang tanpa ada guruh gaduh

Tipulah , andai kau kata persahabatan itu akan kekal jernih tidak keruh

Ketahuilah , persabatan itu akan diuji dengan berbagai bagai dugaan

Kuncinya satu , robohkan tembok ego .

Apabila robohnya tembok yang memisahkan dua sahabat , maka datanglah dari pelbagai sudut pun dugaan . Pasti dan pasti kau akan dapat tangani

" Aku mencari sahabat yang sempurna "

Maka sedarlah , sahabat yang sempurna itu tiada

Yang ada hanyalah seorang sahabat yang tak sempurna , yang sentiasa ada dengan sahabatnya itu untuk menyempurnakan kekurangan sahabatnya

Kuncinya adalah IKHLAS
Tanya diri ,

Kita sahabat yang bagaimana ?

Anda mampu mengubahnya 🙈

Nov 5, 2016

11/05/2016

Menyesal pakai penapis air coway!!


Assalamualaikum wbt

Wah..penatnyer.
Baru habis packing baju masuk dlm beg.Esok i nak pergi kursus uols.Kursus PTM(Program transformasi Minda) 5 hari di Pusat latihan agensi anti dadah kebangsaan,Sg Petani,Kedah.

Ok.akceli bukan itu yang aku nak highlight kan.Aku just nak share dengan korang penapis air yang aku guna sekarang.Dah masuk bulan kedua..erm..so far memang puashati dan jimat.


OK..sebelum kitorang pakai ni,kitorang dah pakai pemanas air moden dan tradisional.

1.Pemanas air elektrik (Moden)

ihsan:google

Banyak jasanya heater nie.Suami aku beli masa die bujang lagi.Tambahan die nak mudahkan kerja aku nanti pas kawen.Bila nak minum air panasm..ok.picit je.Ok..itu part yang bagus.Dan yang tak bagusnya ...memandangkan benda ni perlu sentiasa on utk panas..maka elektrik pun melambung la.Sakit gak kepala bile tengok bil elektrik tinggi.Dan sejak tu..kitorang pun kawal lah penggunaanya.Means,bila nak minum air panas baru lah on.Rentetan daripada itu(cewahhh..ayat)
semut pun mula memainkan peranannya.Apa yang encik semut buat?
Encik semut telah berenang2 didalamnya.Bukan 1..bukan 2 tapi banyak weyy.Rumah aku ni banyakya semut taktahu mane puncanya.Dan bukan itu sahaja..aku mula perasaan..yang air ni,rasanya macam pahit2 tau.Mula2 aku dengan suami pikir mungkin air ni dah lama simpan dalam tu ke..so kiteorg pun cuci la dalam heater tu,malangnya.same gak rasa air tu - pahit2 dan kelat.
Dan..baru lah aku tahu kenapa dan mengapa air itu rasa demikian..kerana. ..penutup pemanas nie..dah karat.Ok..itulah assumption kitorang.Selepas dari itu,kitorang pun boikot la pemanas nie...means memang tak guna pun.Biar je kat situ.and finally..pemanas ni rosak.Langsung tak boleh panas.
Mungkin merajuk kot...hihih

2.Pemanas air dapur(Tradisional)
Akhirnya, kiteorang pakai cerek dapur.Alaa...yang bunyinya macam terobong kapal tu.Selagi tak tutup air yang mendidih...selagi itu menjerit.Yang best pakai nie..yeah..!!dapat jimat sikit elektrik tau.
Dan tak best nya..kene la rajin sikit setiap kali nak buat air panas,..kena la panas kan air dalam cerek tu.Dalam 1 hari..banyak kali "kitar semula"je air dalam cerek tu.(nampak tak pemalas nye aku nie)
Orang kata..tak elok panas kan air itu berulang kali,Wallahua'lam.
Ok..suami aku dah mula mengeluh katanya..

"sampai bila kite nak minum air yang kurang sihat ni.."

aku jawab..

"ok pe kite guna cerek dapur nie...."
(actually aku nak jimat duit je.Takyah dah nk beli heater segala.Lagipun kitorang berdua je dalam rumah nie..so takperlu la nak pikir kan sangat nak minum air panas ke ..kan)

"Habis..kalau family abang or ayang datang rumah...takkan ayg masih nak guna cerek gak?
ayang kene pikir kesihatan untuk jangka masa panjang."

Aku diam dan berfikir.Dalam hati aku dah mula mengiyakan apa yang suami aku cakap.Sambung suami aku:

"So..abang cadang nak pasang penapis air dalam rumah nie.Apa pendapat ayang?"

Ok.selepas bermusyawarah panjang..akhirnya kata sepakat dicapai.


tadaa...!!
Penapis air coway pilihan hati.cehh..
Ada 4 suhu yang berbeza.Boleh adjust tempature dan terus minum.

Dan sejujurnya menyesal kitorang tak pakai penapis air coway ni awal2.

ok..cuba teka apa plak menatang nie..?

Ok inilah water pump.Memandangkan kitorang duduk tingkat 4,,so tekanan air rendah..jadi fungsi water pump ini adalah untuk membantu meningkatkan tekanan air.
Pas nie.,bukan alasan lagi la..orang yang duk rumah flat pun boleh pasang penapis air nie.

Coway bukan mahal ke?

InsyaAllah...memang mampu milik.Sebab ada banyak lagi pilihan penapis air yang korang boleh pilih ikut bajet dan keperluan.Pakej yang kitorang ambil ni RM125/bulan.Dan service percuma selama 5 tahun.

Bil elektrik macam mane plak?

Dah masuk bulan kedua kitorang pakai.Dan tak terkejut pun tengok bil bulan pertama.Penapis air ni memang menjimatkan elektrik.Tak caye?Cuba la.


Nak cite lebih2...boleh ws saya tau :0174428730





11/05/2016

MOVIE TIME: KABALI

SUMBER: Ihsan dari google

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Hari ini baru tercapai impian dapat nengok mobie nie.(Nampak sgt aku ketinggalan kan. Filem dah lama sgt keluar.Tak silap bulan 6 tahun ni).Semalam gigih encik shuben mengdownload nya.

Filem tamil yang dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Rajinikanth,Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipandan dan ramai lagi(pelakon tamil yang aku tak kenal pun) hihihii

Yang bangganya kebanyakkan nya scene filem ini mostly di Malaysia diikuti di Bangkok dan Hong Kong.Rase kembang tak hidung?
Ada part Scene yang orang Melayu ditemuramah atau berdialog  masih mengekalkan bahasa Melayu. Plus,Amat bangga once, Rajinikanth cakap bahasa melayu !(Tak ingat apa yang dicakap.)
Dan ada juga wanita melayu yang bertudung diselitkan dalam filem ini.Even takde dialog pun..janji ada kan kan..Ini menunjukkan mereka (Iaitu pengarah ) cuba menonjolkan bahasa/budaya di Malaysia di mata penonton di luar sana,

Dan baru aku tahu rupanya filem ni ada versi Bahasa Melayu tau.
Wah!Guane gamaknya kan.Mesti lagi feel ..atau sebaliknya?

Filem ini memang superb!(ikut gaya rajinikanth)Dan semestinya apabila dilakonkan oleh Shivagi nama sebenar Rajanikanth ini akan ada gaya yang mencuit hati.Walaupun tak banyak.

Oklah..kalau uols nak tengok..boleh je tengok on9.Sebelum tu..layan dulu antara lagu dalam filem ini.



Itu sahaja kot.
Nak sambung tengok cite ni..sambil2 melipat kain.
hihihi..

Nov 4, 2016

11/04/2016

Semoga Allah memberi kebaikan kpada mu



#sumber:FB

Tahniah kepada pakcik nie.Semoga dimurahkan rezeki.

dan pok menteri kite x kan mampu buat supe nie.
kbai!~

11/04/2016

Full edit blog kak Jueliza

Assalamualaikum wbt


Template : Responsive dan seo blog
Owner: Jueliza Jamani
Tema: Pink dan putih

Jutaan terimakasih kepada sis Jueliza kerana sudi menggunakan khidmat saya.
Jom tengok hasil penuh di blog beliau

http://www.mamajue.com/

Order masih di buka tau ..tau..tau...

11/04/2016

Full edit blog Kak farah

Assalamualaikum wbt

Hari ini Negeri Perak cuti sempena pertabalan Sultan Negeri.
Jadi sempat2 curi masa untuk mengupdate blog dan berkongsi hasil design blog


Template:Responsive dan seo 
Owner: Farah
Tema blog:Pink dan hitam

Nak cerita sikit mengenai template blog nie,Template blog ini dibeli sendiri oleh owner blog.Dan aku hanya edit sikit2 je utk mengikut tema dan kehendak owner.Owner blog ni kirenya memang regular customer aku dan terima kasih kak sebab masih sudi berkerjasama dengan saya.

ok..jom tengok hasilnya


Nov 1, 2016

11/01/2016

Full edit blog Kak Shimah


Assalamualaikum wbt

Hari ini nak share satu lagi design blog,Permintaan dari my regular customer.Terimakasih banyak2 kerana masih sudi mempercayai khidmat saya.

Jenis template:Template biasa
Tema blog: Floral
url blog: http://teratakp3na.blogspot.my/

Jom la usya2  dulu hasil penuh di blog beliau


Follow me

Hai.!Saya Jia.

Saya mengambil tempahan full edit blog; ☑personal dan ☑business. ➹Nak yang responsive template blog; insyaAllah boleh request Harga? Yang pastinya mampu milik dan berpatutan. Email: ✉najiahshaharain@gmail.com Whatsapp: ✆0174428730 ☂Untuk review produk boleh email sy :najiahshaharain@gmail.com

Followers