Dec 30, 2016

12/30/2016

Motivasi sikit!



Percaya pada diri kau apabila manusia lain kata sebaliknya. Ya, mereka kejam. Dan kau lagi kejam jika kau percaya kata mereka.

Hidup ini kau yang lakukan limitasinya. Jika kau kata kau hanya layak takat itu, sekecil itu, maka kau hanya akan punya itu.

Tapi jika kau rasa dan kata kau mampu dapat yang paling elok, paling bahagia, maka itulah yang selayaknya kau peroleh.

Hidup ini harusnya berani mati. Kita hanya hidup sekali dan esok boleh jadi ajalnya kita. Jadi, hiduplah sebetul-betulnya dan usah hidup di impian manusia lain.

Mulut jahat manusia, itu kerja Tuhan untuk membalasnya. Kerja kau hanya perlu hidup dan usah melayan. Itu cara untuk bahagia, itu cara untuk hidup semoleknya.

#cp

Dec 28, 2016

12/28/2016

HATI-HATI: DOSA TERHADAP IBU BAPA



Guru kami pernah pesan,

Sesiapa yang tinggalkan solat, tak menutup aurat, pernah berzina, pernah mencuri, pernah berlaku zalim, pernah menindas orang lain, pernah menyebarkan fitnah dan melakukan dosa-dosa yang lain maka setiap dosa itu boleh ditangguhkan balasannya oleh Allah mengikut kehendak-Nya sehinggalah ke Hari Kiamat, kecuali dosa menderhakai ibu bapa.

Sesungguhnya Allah 'mempercepatkan' balasan kepada pelakunya semasa hayat di dunia sebelum dia mati.

Dec 21, 2016

12/21/2016

Sjil matrikulasi dah laku!


Assalamualaikum wbt

Rasa bersemangat sikit hari ini selepas kawan opis suruh bukak JPA.

Wey..nampaknya sijil matrik dah mula diiktiraf.Tahniah!! kepada mereka yang telah dan sedang mengikuti program matrikulasi.
So..legalah kepada aku antara bekas pelajar matrik sebab nya sebelum ini nasib pelajar matrikulasi seolah tidak "terbela".Maksud tak terbela tu let say, selepas tamat daripada program matrikulasi terus nak minta keje dengan berbekalkan sijil matrik tu memang tak boleh la...SO..nak tak nak kenalah guna Sijil SPM.

Nampak macam tak adil kan?
Dan mesti ramai yang trauma nak masuk matrik.Ramai yang kate ..better ambil Tingkatan 6 atau sambung terus diploma di IPTA/IPTS.Sebab ape...tak nak ambil risiko.

Dan apa istimewanya program matrikulasi ini diwujudkan jika ia langsung tidak memberi apa apa faedah?
Sebenarnya program matrikulasi diwujudkan adalah salah 1 platform kepada pelajar2 yang ingin menyambung ijazah dalam tempoh masa yang singkat.

Lebih kurang dalam umur 22 tahun korang dah boleh genggam segulung ijazah.Hebat kan?Dan kalau ada rezeki boleh terus sambung buat master.
Itu memang bagus lah kepada pelajar yang boleh perform well ketika di matrikulasi.Namun jika sebaliknya...pointer yang korang dapat masa dimatrik itulah menentukan kursus apa yang bakal korang dapat masa sambung ijazah nanti.

Macam aku dulu..series kejutan budaya sebab proses pembelajaran di matrikulasi sangat laju dalam tempoh setahun.Dalam tempoh itu kena faham dan tangkap segala ilmu dengan sebaiknya.Kalau tak ..tercicir la kome.(Itu yang aku rasa..memang agak mencabar dan stres!)Mujur lah dapat jugak habiskan even tak cemerlang mane pointer yang aku dapat.

Jom baca pekeliling di bawah..



Alhamdulillah..harap2 ada la sinar buat aku sekarang ni.
Aku sekarang bekerja di sektor awam guna sijil SPM.Harap2 pas ni ada sinar buat aku dan kengkawan aku yg sekarang ini masih mencari kerja.

InsyaALLAH..

Dec 17, 2016

12/17/2016

Malam pertama di kubur

Teringat pesan mak aku.. kalau mak n ayah dah tiada nanti..selepas kebumian jangan balik lagi..tunggu la 10-15 minit kerana masa itu malaikat akan datang..jika masih ada ank nya di atas kubur.. malaikat itu akan tanya kepada arwah ngn nada yang rendah..

Nabi kata, bila kita dimasukkan ke dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ni kena tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat..

Isteri dok menangis, suami menangis, anak-anak menangis..lepas tu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak2nya kubur..

Nabi kata bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap2 deru, derap2 deru mereka kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduknya roh dan kaki melunjur. Tegak badan..

Maka pada masa itulah, dia panggil orang2 yang hantar dia..kalau isteri hantar, dia panggil isteri die.. "Pah..takkan tinggalkan abg, Pah..kata nak sehidup semati, Pah.."..Pah tak dengar. Pah bawak cerek dengan daun pandan balik..sambil dok lap air mata.. Syg macam mana isterinya pun, dia balik.. Suami dia panggil "Pah, jangan balik, Pah..tunggu abg Pah.." Dia tak kisah. Dia balik.

Satg dia nampak anak-anak dia balik. Dia panggil anak-anak dia. Anak-anak dia tak dengar. Selepas mereka beredar sahaja, datanglah dua malaikat. Yang hitam kedua2nya. Yang biru kedua2nya. Kta panggil blue black.. Dan kamu dengar derap kaki dia lebih kuat daripada derap kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar rantai yang dia bawak lagi tu.. Lagi menggerunkan...
Yg tak pernah senyum, yg tak pernah ketawa..dia masuuuk terus menghadap kepada kamu. Dan terus memanggil kamu "Hai manusia".. Dia tak kata dah Hai ustaz.. Dia tak sebut wahai datuk seri. Tidak.. Dia tak sebut wahai tuanku.. Tidak.. Dr.. Dia tak sebut dah. Malaikat pun tak kenal kita. Malaikat tak panggil hajjah, haji.. Die panggil "Hai manusia"..

"Hai manusia..apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah". Itu soalan dia. Maka manusia tadi menjawab "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Kalau itu lah jawapan dia, selamat kita..dia tak tanya lagi, Marobbuka, Manabiyuka..dia tak tanya lagi..soalan pertama, apa pendapatmu..tentang Muhammad bin Abdullah.

Lepas soalan ini, maka lepaslah soalan lain. Maka malaikat tadi dengar apa yang kita jawab, malaikat kata "Kami tahu dah kamu akan jawab macam itu..saaaja kami tanya.." "Nak pastikan bahawa kamu ni orang yang baik." Maka kata malaikat kepada lelaki tadi, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini macam tidurnya pengantin."

Maka ahli kubur tadi berkata "Pulangkan aku balik ke dunia..aku nak balik kepada keluarga aku. Aku nak bagitahu keadaan aku dalam kubur. Tolong hantarkan aku balik." Rayu si mati kepada malaikat.

Rupanya orang mati ni nak mintak balik. Bukan nak makan nasi briyani gam.. Bukan balik nak tengok tv.. Bukan. Dia balik ni sebab nak bagitahu kat anak2 dia sembahyang lah.. "Wahai anak2ku, sembahyang.. Wahai isteri2ku, sembahyang.. Wahai suami2ku, sembahyang.." Dia nak bagitahu yg itu..Tapi malaikat kata "Tak boleh balik dah. Kamu sekarang berada di alam barzakh. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia"..
Kalau kamu orang yang baik kata Nabi, akan diluaskan kubur tujuh puluh hasta, dilebarkan tujuh puluh hasta dan dicerahkan kubur kamu.
Tetapi biarpun mayat tak boleh khabarkan kepada kita, Nabi dah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita jadi umat Nabi Muhammad saw. Kalau kamu nak 70 hasta, kalau kamu nak cerah dalam kubur, ini amalan yg kamu kena buat. Kalau kamu nak gelap dalam kubur, kalau kamu nak tulang rangka kamu berselisih, ini amalan yg kamu kena buat. Semuanya bergantung di tangan kamu. Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri. Pilihlah mana yg kamu nak buat.
Sesungguhnya bekalan yg paling baik adalah taqwa.
.
.
.
Jagalah solat kamu...

Dec 15, 2016

12/15/2016

New Year Giveaway by MF


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Dec 8, 2016

12/08/2016

Full edit blog kak Farah

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...sekian lama menyepi akhirnya hari nie diberi kesempatan untuk berkongsi hasil edit blog.


nah ini lah hasilnya

Jenis template: Responsive blog template
Tema blog: pink dan hitam


Dec 3, 2016

12/03/2016

Renungan bersama

#BACA_RENUNGKAN
Zina  Salah satu Dosa besar yang paling Banyak dilakukan oleh manusia
👉Wala taqrabu al-zina’ (Janganlah kalian mendekati zina) (QS al-Isra’/17:32)
:Wa la taf’alu al-zina''(Jangan melakukan zina)

👉Rosulullah memberitahukan Orang yang berzina kelak dibalas Allah SWT baik didunia maupun diakherat...

Balasan Didunia...
👉Lenyapnya sinar dari Mukanya
👉Memendekan Umur
👉Mengekalkan kemiskinan,
👉rejekinya menyusut. Dan
👉hilang-nya keberkahan hidup

Balasan Di Akherat...
👉Kemurkaan Allah 'ta'ala (Allah tidak Sudi memandang & berbicara padanya diAkherat
👉Hizab (perhitungan yang buruk)
👉Siksaan dineraka
"Rosululloh berkata" Pezina" pada hari kiamat akan datang kondisi kemaluan mereka menyala dengan nyala api seluruh makluk mengetahui mereka karna bau kemaluan yang sangat busuk & akan ditarik di Neraka

Di Neraka...
👉Malaikat Malik akan memakaikan Baju besi dari api Neraka bila pakaian itu diletakkan diatas gunung niscaya gunungpun akan lebur

👉Dan ikatlah Tangan -tangan mereka dengan ikatan api neraka karna telah melakukan perkara yang haram (memegang,menyentuh ,memeluk yg tidak halal baginya)

👉Dan ikatlah kaki-kaki mereka karna telah berjalan ketempat yang haram

👉Dan Tusuk mata2 mereka dengan paku besi karna mereka telah..melihat yang haram

Lalu Malaikat Zabaniah berkata: Ya...Ya...

Astaghfirullah...
Jauhilah Zina...Pacaran,Berdusta,Selingkuh (kufur pada suami/ istri) bersentuhan bahkan berhubungan atau apapun itu...
Sesungguh nikmat yang sesaat itu kelak akan membawamu dalam lembah siksa yg sangat pedih. ...
Naudzubillah himin zalik

👉Yang masih PACARAN---tinggalkan atau Halalkan
👉Yang Sudah Halal---Setialah tetap Istiqomah Pada 1 Hati
👉 bertaubatlah wahai saudara.. sebelum  terlambat dan sebelum ajal menjemput-mu
👉sesungguh nya Allah maha pengampun. Maha penyanyang.
👉Allah akan mengampunkan Hambanya yang sungguh2 bertaubat.
(TAUBATAN'NASUHA)

Semoga yg share Dan komen aamiin dijauhkan dari perbuatan Dosa" Dosa Besar Maupun Dosa Kecil..
Ya... Allah Tuntunlah kami ke jalanMu...
Agar Kami mendapat keredhoan-Mu...
Aamiin.. Ya Rabbal'Aallamiin...

Follow me

Hai.!Saya Jia.

Saya mengambil tempahan full edit blog; ☑personal dan ☑business. ➹Nak yang responsive template blog; insyaAllah boleh request Harga? Yang pastinya mampu milik dan berpatutan. Email: ✉najiahshaharain@gmail.com Whatsapp: ✆0174428730 ☂Untuk review produk boleh email sy :najiahshaharain@gmail.com

Followers