2017 - Jiakreatifelt

Jun 13, 2017

Celcom apa dah jadi
Assalamualaikum

Siapa pengguna celcom?
Mesti korang tahu apa yang berlaku pagi tadi?
Celcom buat hal lagi kali ni lebih tragis " no service .."
Haangin ,,,je rasa.
Tak boleh langsung nak buat panggilan mahupun sms.

Bayangkan rasa mcam tertipu bila berlaku macam nie tanpa ada notis terlebih awal.
Agak lama baru line ok
pas dah ok nie,aku pun g website celcom ..dan surpisingly nie lah notis dari celcom



Aku sebagai pengguna celcom rasa sangat tak adil dengan service yang diberikan.
Aku dah spent alot pada celcom nie..yela sebab aku buat installment phone dan postpaid jadi bile terjadi macam nie ,,rasa mcam menyesal tak sudah weyy...

Sebenarnya bukan ini kali pertama malah dah berbulan aku bersabar dengan kejadian nie.
Aku memang tak puah hati dari segi internet.Panggilan dan sms tiada masalah.
Internet sangat Slow dan kadang- kadang terus tak boleh connect.

Agak2 kenapala celcom jadi makin teruk lately nie.Bile kol customer service pasti ayat yang sama

"Kami akan mengambil report dan tindakan .."

Hurm...basi..!

Aku harap selepas ini celcom akan menambah baik perkhidmatan dan hati2 takut ramai yang berpaling ..nanti.

kbai...~




Jun 11, 2017

Jam buruj dah sampai

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah 16 Ramadhan hari ini..
Syukur Allah masih berikan peluang untuk kite sentiasa memperbaiki diri .

Rabu lepas, aku order jam buruj nie.Itupun selepas beberapa hari aku berkira-kira samada betul ke tak keputusan aku.Kehendak atau keperluan.

Pestime tengok dah melting weyy.
Hanya seutas jam ada 12 fungsi dalam tu.Tak ke rasa macam owsem ..

So hari jumaat selamat mendarat jam buruj yang aku idamkan.

eksited bak hang.
Wane yang aku pilih warna kelabu

Jom reveal sat apa yang aku dapat 

1.FREE BOX JAM
2.FREE BAG KERTAS JAM BURUJ
3.NO CABUTAN BERTUAH MENGERJAKAN UMRAH
4.WARRANTY CARD SELAMA 1 TAHUN

Amcam..mengancam kan.Act inilah pertama kali aku pakai jam mahei.(bagi aku mahe la)Selalu beli jam range RM10-RM100..Untuk jam nie tak tahu kenapa aku nak sangat milikinya..tak salah kan untuk reward diri sendiri...

Mai aku cite kelebihan jam nie

MODEL TERBARU BURUJ, LEBIH EXCLUSIVE, DAN LEBIH MENARIK

APLIKASI UTAMA BW 03

1. AUTOMATIK KIBLAT
- hanya perlu tekan butang qiblat dan anak panah akan mencari sendiri arah kiblat tempat semasa. dari posisi mana sekalipun.

2. WAKTU SOLAT
- Waktu solat bagi seluruh bandar-bandar besar dunia, waktu solat akan auto update dan boleh juga ditambah kordinat bandar baru dengan mudah.

3. TULIS NAMA
- anda boleh tulis nama anda atau apa sahaja sehingga 7 huruf. dan boleh memilih samaada ingin memaparkan di depan skrin atau tidak.

4. PENANDA AL QURAN
- jam sudah dilengkapi dengan nama surah dan no ayat. hanya perlu pilih surah mana dan ayat berapa yang kita baca.

5. KALENDAR HIJRAH DAN MASIHI
- anda boleh memilih samaada mahu paparan kalendar hijrah atau masihi yang berada di mood utama jam.

6. DWI-BAHASA
- jam ini memberikan anda pilihan samaada mahu menggunakan Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris.

7. ALARM
- selain alarm waktu solat. jam ini juga dilengkapi dengan aplikasi penggera jam biasa.

8. STOPWATCH
- kiraan dari 0.1 saat hingga 9 jam.

9. MOON AGE
- anda boleh mengetahui umur semasa bulan.

10. BATERI INDIKATOR
- akan menunjukkan kadar bateri semasa.

11. AUTOMATIK KOMPASS
- anda juga boleh mengetahui kedudukan darjah semasa dan mencari arah mata angin menggunakan jam ini.

12. DAYLIGHT SAVING TIME ( DST )
- untuk menurangkan waktu semasa 1 jam atau mempercepat 1 jam.

13. TAQWEEM
- jam ini dilengkapi dengan 6 cara kiraan waktu solat utama dunia. di Malaysia kita pilih EGYPT.

14. TIME DISPLAY
- boleh pilih ikut kesesuaian sistem 12/24

15. AZAN SAFETY
- boleh betulkan jika waktu solat yang dipaparkan lari seminit dua.

16. LAMPU LED HIJAU
- lampu led hijau yang sangat terang dalam keadaan gelap.


SPESIFIKASI TEKNIKAL

weight::130g
diameter:41mm
thickness : 13.50mm
length : 235mm



Tapi korang nak tahu tak selain dari jam buruj ekslusif nie..ada jugak jam lain.
Mesti korang tak tido malam kalau tengok..dan paling best ada FLASH SALES untuk jam special ramadhan dan Mikat.Nak tahu details korang wsap aku.Memang harga nangis ..mujo la aku dah beli dulu kalau tak memang aku rembat 1 lagi je.Geram plak aku rasa kan..

http://www.wasap.my/60174428730

Time ni la korang nak beli ntuk diri sendiri dan hadiahkan kepada orang tersayang.


Kalau nak berminat boleh je direct melalui aku..aku bantu korang cara nak dapatkan.


Jun 7, 2017

Kuching, Sarawak, Aku datang!!!

Ini adalah 1st time aku travel ke Kuching, Sarawak, jadi aku excited sangat2.Kali ni aku pergi dengan kawan baik aku.


Kerana terlampau eksited, aku dah pack baju dan barang2 untuk bawa p Kuching ni 3-4 hari awal.

Orang kata bersedia awal itu baik.(even sebenarnya aku ni jenis suka packing last minute).

Sempat la beli buku tour guide Kuching, and tanya member2 aku yang pernah ke sana. Apart from that, aku baca banyak blog yang cerita macam2 pasal Kuching dan apa yang kena buat bila kat sana, nak makan apa kat sana, tempat2 yang best2 kat sana..dan paling penting, aku kena la cari hotel untuk aku stay kat sana selama 2 hari 1 malam.

Memandangkan kitaorang berdua, jadi aku cari bilik yang ada king size bed or 2 twin bed. Mostly,kawan aku dan juga blog yang aku baca, syorkan untuk stay kat Pullman Kuching. According to the reviews, aku akan dapat tengok pemandangan yang menakjubkan dari Bandar Kuching dan Sungai Sarawak, dan Pullman Kuching juga menawarkan bilik yang luas dengan hiasan kontemporari serta mewujudkan persekitaran mewah 5 bintang dan suasana yang sangat selesa. Inilah baru dikatakan bercuti! Dapat release tension dan melupakan seketika kerja yang bertimbun di pejabat.


Due to positive feedback and reviews, aku terus book pullman kuching via traveloka tanpa ragu-ragu lagi. But prior to that, aku sempat usha kot-kot ada special offer on Pullman Kuching online. Bila dah tengok harga yang hotel tu offer kat Traveloka, aku dan member aku terus book bilik 2 twin bed, so dapat privasi skit nanti. And to my surprise, Traveloka ada bagi diskaun wei!! Teruja dapat harga murah, lagi excited la ktorang. Bercuti dan dapat diskaun..mengancam …kan.

THANKS TRAVELOKA



Masa yang dinanti-nanti kan dah tiba. Sampai je di Kuching, ktorg terus call uber untuk ke hotel. Jarak dari airport Kuching p Pullman hotel ni dalam 15-20 min. Sampai je hotel, ktorg terus siap2 nak cari makan. Lapar bak hang! Ktorg jumpa this one place yang nice. Tempat tu nama TopSpot Food Court.Kenapa kiteorang pilih Topspot? ini gara-gara terpengaruh dengan review blogger katanya tempat tu THE BEST SEAFOOD dan murah. Korang kene pilih sebab banyak stall kat situ dan insyAllah halal.Korang akan jumpa udang galah, sotong, udang harimau, ketam dan many more. Memang puas hati. Ktorg makan sampai tak ingat dunia!

                                            
Lepas tu, ktorg berkunjung ke Fort Margherita, kat situ adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini, dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun. Ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan salah satu tarikan pelancong di Kuching.



Pada sebelah malam pulak, ktorg pekena mee kolok Sarawak yang sangat famous di tepi sungai Sarawak. Memang sedap, sampai sekarang masih teringat. Keesokan hari tu, ktorg ke Pasar Serikin, kat situ adalah tempat membeli-belah yang teletak di antara sempadan Malaysia dan Indonesia. Dekat je dengan Kalimantan. Pasar ni buka hari Sabtu dan Ahad ja, Hari lain tak buka. Dari hotel nak p pasar Serikin ni ambil masa dalam 1 jam 10 min camtu la. Pasar Serikin ni pun tempat yang wajib p kalau dak nanti menyesal tak sudah. Kat situ macam2 barang ada dijual macam gitar, ukulele, beg kraf, kebaya ala2 Kebaya Nyonya dari Indonesia. Tempat ni macam pasar di Padang Besar, Perlis. Cumanya, Pasar Serikin ni besar sikit dari bazar Padang Besar tu.

Waktu petang, ktorg terus p ke Damai Beach untuk mandi-manda kat situ, pemandangan dia memang cantik dan kita bole nampak Gunung Santubong. Selepas tu ktorg ke Kampung Budaya Sarawak dan ini ada lah satu tarikan yang menarik di mana ia merupakan mikrokosma budaya seluruh Negeri Sarawak. Digelar sebagai 'muzium hidup', kampung ini mempamerkan gaya hidup dan kediaman tradisional daripada kumpulan etnik utama di Sarawak. Antara barangan yang dipamerkan adalah peralatan memasak, peralatan tradisional, alat muzik dan banyak lagi. Kemuncak lawatan di sini ialah persembahan kebudayaan diadakan pada pukul 11.30 pagi dan 16:00 setiap hari.

Keesokannya, ktorg check out pukul 8 pagi dan pihak hotel juga telah menyediakan shuttle untuk ke airport jadi lagi senang kerja kami, tak payah call uber or teksi. Ktorg boarding dan balik ke Semenanjung dengan hati yang puas hati walaupun ada lagi tempat yang belum kami terokai lagi.

Takpelah, tu plan lain kali ..
InsyaAllah bersama suami…J

Sekian berakhir percutian kitorang yang singkat.
P/S: Tiada sajian gambar- gambar menarik.


Jun 5, 2017

MATA KIRI BERKEDIP: KENAPA ?
Assalamualaikum

Dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah di Bulan Ramadhan ini.
Semoga ramadhan kali ini melahirkan jiwa baru buat kite semua  dan seterusnya amalan di terima.InsyaAllah...

Dari pagi tadi mate kiri asyik berkedip je..
runsing pun hado dan aku pun rajin g google..

Nah inilah hasilnya

1. Pertanda Akan Bertemu Seseorang yang Lama Dirindukan

Arti pertama dari terjadinya kedutan mata sebelah kiri atas adalah Anda akan bertemu seseorang yang sudah lama tidak Anda jumpai dan Anda sangat merindukannya. Orang tersebut bisa anggota keluarga, saudara, sahabat lama, atau orang-orang yang sempat dekat di hati Anda.

Dalam beberapa kesempatan, penulis pun sempat “niteni” kejadian-kejadian yang dialami oleh penulis sendiri setelah mengalami mata kedutan di sebelah kiri atas. Dan hasilnya benar saja! Hampir 85% apa yang terjadi sesuai dengan ramalan tersebut.

Nota kaki: Agak siapa lah aku nak jumpa nie..

2. Pertanda Akan Menemukan Barang yang Sudah Lama Dicari



Selain pertanda akan bertemu seseorang yang lama dirindukan, arti kedutan mata kiri atas juga bisa merupakan pertanda bahwa Anda akan menemukan barang yang sudah lama Anda cari dan tidak pernah ditemukan, misalnya uang kembalian belanja yang terselip di suatu tempat, potongan kuku yang dicari-cari selama berminggu-minggu, atau berkas-berkas penting yang lupa Anda letakan di mana.

nota kaki: Rasanya takde barang yang hilang 

3. Pertanda Akan Memperoleh Keberuntungan atau Rezeki

Kedutan mata kiri atas juga dapat diartikan sebagai pertanda bahwa Anda akan memperoleh keuntungan, rezeki, atau hal menyenangkan lainnya. oleh karena itu, jika Anda mengalami kedutan pada bagian kelopak mata ini, diharapkan untuk tetap bersikap baik agar rezeki yang mendatangi Anda tidak kabur dan berpindah ke orang lain.

Nota kaki: InsyAllah amiin..

4. Pertanda Akan Terkabul Keinginan Lamanya

Jika Anda mengalami kedutan mata kiri atas dengan tempo cepat dan terjadi terus menerus, Anda mungkin saja akan mendapati keinginan yang sudah lama terpendam menjadi kenyataan dalam waktu tak lama lagi. Hal ini sesuai dengan isi primbon yang kami kutip. Di sana dijelaskan jika kedutan mata kiri atas secara cepat dan terus menerus adalah alamat jika akan terkabulnya keinginan lama Anda.

Nota kaki: ya Allah yang ni bila aku baca aku senyum sendiri.Sebab memang ada impian yang dah lama aku pendam.InsyaAllah semoga ia bakal jadi kenyataan.Amiin


Segalanya dari Allah..maka bukanlah untuk mempercayainya 100% .
Sandarkan kepada Allah dan kepadaNya kita bertawakal.


May 30, 2017

TAHNIAH FIZO OMAR DAN MAWAR


ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH KPD MAWAR DAN FIZO.

Setelah menjalani pembedahan dan berbagai rawatan susulan akhirnya dengan izin dan rahmat Allah SWT Mawar hamil.
Sekarang dalam peringkat awal kehamilan. Dalam kaedaan biasa, risiko gugur sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkongan 10 %. Risiko ini meningkat bagi mereka yg mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan pada peranakkannya.

Mari kita doakan agar kehamilan Mawar akan terus tumbuh dan berkembang secara normal sehingga cukup bulan ( 37 - 40 minggu). Aamin.

Nasihat saya kpd Mawar dan Fizo.

1. Banyakkan amal ibadah, solat, baca quran, zikir, selawat dan berdoa terus menerus.
Banyakkan bersedekah dan menolong orang2 miskin, tua dan dhaif khususnya dibulan ramadan yg mendatang

2. Senyum selulu dan bercakap lunak. Bila jumpa orang islam ucapkan 'assalamualaikum'
Hubungkan dan kukuhkan silaturrahim

3. Rehat banyak2, tenangkan fikiran dan kurangkan kerja2 berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan. Pada asasnya kurangkan stress kerana ia bolih mencetuskan kuncupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur.
Lakukan 'deep breathing exercise' berulang2 bila ada peluang untuk kurangkan stress dan meningkatkan bekalan oksijen kesemua tubuh badan khususnya rahim yg sedang hamil.

4. Makan bahan2 berzat dan berkhasiat, yang segar dan mentah. Lebihkan buah2 dan sayur2, jus buah2 dan salad.
Imbangkan makanan dengan lauk2 yg jadi sumber perotin serta makanan2 pembekal karbohaidret dan lemak.

5. Jangan lupa makan multivitamins, folic, vitC, vit E dan fish oil untuk menampong pertumbuhan janin dalam rahim.

6. Dalam tiga bulan pertama penting rahim diperkuatkan dengan hormon progesterone. Ini bolih diberi sebagai suntikkan - inj proluton atau tablet 'duphaston'

6. Tentukan cukup tidur , 7-8 jam setiap hari. Hubungan intim suami isteri perlu dikurangkan atau dikawal dalam peringkat awal kehamilan.

7. Kita semua tumpang gembira dan mendoakan agar kehamilannya akan berjalan lancar dan seterusnya mendapat zuriat terbaik. Aamin Ya Robbal Alamin.


SUMBER:

______________________________________________________________


Tahniah sekali lagi kepada mawar dan fizo omar..
Sudah semestiinya berita seperti ini amatlah dinantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin.Termasuklah aku dan suami.
Doakan kami jugak ye..

Sesungguhnya perancangan Allah itu Adil pada tempatnya.
Ada yang direzekikan menimang zuriat sendiri cepat dan begitulah sebaliknya..
Yang paling penting jangan berputus asa dengan rahmat Allah.



May 29, 2017

HANDSOCK KHADIJAH  ~NEW

Details Handsock Khadijah
  • Gabungan Material lycra crepe yang lembut memberi keselesaan kepada si pemakai.

.
  • Ukuran Panjang ±38-39cm, Ukurlilit di bahagian pergelangan ±15cm,

di bahagian lengan ±22cm, boleh stretch hingga 24cm.
(free size muat hingga L/XL)

  • Material stretchable, grip selesa di tangan. 

  •  Design khas handsock berjari hanya di @(nama ig/fb)

..
Harga RM14.90 sepasang; exc postage.

 Harga promosi RM12.90 SAHAJA

SALAM 3 RAMADHAN

May 11, 2017

HADIAH MURAH UNTUK HARI IBU DAN GURU
Assalamualaikum

Hai hai hai! awak dah fikir2 special gift untuk cikgu, ustazah, teacher awak sempena hari guru nanti?
Kalau awak belum terfikir nak bagi apa sempena Hari Guru. Ha apa kata awak surprisekan diorang hadiahkan box comel exclusive berisi handsock & stokin ni nak?
Mesti diorang riang gumbira dapat dari awak
Dengan syarat pembelian 6pcs 1 set mengikut harga yg dah ditetapkan.
Terdapat 6 warna box yg memikat hati awak semua. Untuk box free tu warna random Tau. Takleh pilih pilih
Pembelian mengikut set yg ditentukan, tapi handsock dan soka plain pilihan anda sendiri

Boleh ke nk mix? Boleh mix yg penting cukup item 6pcs baru boleh dapat free box. 

Apa tunggu lagi?

Meh hadiahkan untuk guru tersayang, mama tercinta awak semua, satu bekas cinta.

Kita ada set

1) set cinta bersemi




2) set cinta tulus




3) set cinta harmoni



Jika berminat boleh whatsApp 0174428730




May 3, 2017

Harga Kombo TopTop BAGI HANDSOCK DALILA
Assalamulaikum dear...

[ Promosi Kombo TopTop Pre Ramadhan ]


Harga yang boleh buat chuols menangis.
Tak sangka harga turun mendadak.
Harga biasa bagi Sepasang handsock dalila RM12




Kalam Habib Ali al-Jufri 1


Anda jangan pernah merasa tenang jika anda pernah merasa benci kepada orang lain, meskipun ia berbuat jahat kepada anda. Walaupun anda merasa sangat berat untuk tidak membenci orang itu, tapi cobalah mulai dengan mendoakannya.

Doakanlah orang yang pernah berbuat jahat kepada Anda agar dosanya diampuni Allah swt, diberi petunjuk dan dituntun ke jalan yang baik. Doakanlah, mudah-mudahan Allah swt memberinya taufik.

Apr 29, 2017

PEMENANG Jom join Giveaway Jiakreatifelt!

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah berakhir sudah

Jom join Giveaway Jiakreatifelt!


Dan jutaan terimakasih kepada mereka yang join.Chuols sangat best dan sporting.

Giveaway ini berlangsung bermula dari 08 hingga 27.04.2017. Pada plan asal nak umumkan pemenang pada 28.04.2017 tetapi terdapat beberapa kekangan menyebabkan kelewatan.Ammpunn semua...
Dan saya akan cuba membalas blogwalking ke blog chuols ..

Ok tanpa membuang masa dengan ini saya mengumumkan pememang bagi JOM JOIN GIVEAWAY JIKREATIFELT jatuh kepada .....

jeng jeng..

Hadiah berupa sepasang handsock dwitone dan stoking sandy

PEMENANG BERTUAH

Tahniah3x..

dan mohon pemenang untuk emailkan nama dan alamat di najiahshaharain@gmail.com.

ok..:)

dan 7 pemenang lain yang akan dimasukkan dalam bloglist JIAKREATIFELT ialah


  1. http://mineko-ira.blogspot.my/2017/04/jom-join-giveaway-jiakreatifelt.html
  2. http://akhalilah.blogspot.my/2017/04/jom-join-giveaway-jiakreatifelt.html
  3. http://www.leaazleeya.com/2017/04/jom-join-giveaway-jiakreatifelt.html
  4. http://penselduabee.blogspot.my/2017/04/jom-join-giveaway-jiakreatifelt.html
  5. http://queensyanis.blogspot.my/2017/04/jom-join-giveaway-jiakreatifelt.html
  6. http://www.syuhadasalleh.my/2017/04/giveaway-jiakreatifelt.html
  7. https://belogsjm.blogspot.my/2017/04/jom-join-giveaway-jiakreatifelt.html
Ok tahniah sekali lagi kepada pemenang dan jutaan terimakasih juga kepada mereka yang sudi memeriahkan giveaway ini.InsyaAllah akan ada lagi 1 lagi giveaway insyaAllah...doakan
Mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang giveaway ini berlangsung.


Apr 28, 2017

Jom join Giveaway Jiakreatifelt!
Bismillah dengan ini saya melancarkan giveaway jiakreatifelt pada hari Sabtu 8.4.2017

InsyaALLAH giveaway ini akan berlangsung selama 3 minggu
08-27.04.2017
Jemput reramai support giveaway jiakreatifelt ini.

Hanya ikuti beberapa langkah mudah untuk melayakkan penyertaan anda:


  • Buat entri bertajuk  "Jom join Giveaway Jiakreatifelt!
  • Letak banner di atas dan linkkan ke entry ini
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Mudah je..?

Seorang Pemenang yang bertuah akan mendapat handsock dwitone dan stoking sandy
dan 7 blog bertuah yang akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Jiakreatifelt™ ke dalam bloglist mereka juga.

Keputusan pemenang akan diumumkan nanti pada 28.04.2017 pada 8.30mlm.

Nantikan ok...

Jangan lepaskan peluang...!!!dan jemput kawan2 lain untuk support giveaway saya ini

SEMAK SENARAI PESERTA

Apr 26, 2017

Masalah haid jangan ambil mudah
Assalamualaikum wbt

Masalah haid bagi wanita adalah sesuatu yang sangat membimbangkan.Malah ia boleh memberi kesan buruk jika dibiarkan.Tolong ambil berat dan bertindaklah segera!

Sejujurnya aku punya masalah yang sama ...dah cuba macam2 produk untuk menyelesaikan masalah ini.Dah juga jumpa doktor pakar sakit puan,Doktor kate aku ada masalah hormon tidak stabil.
Makan ubat hormon baru boleh keluar..Allah sampai bile harus bergantung kepada ubat hormon kan.Malah doktor kabo ada kesan sampingan jika still makan ubat hormon melebihi tempoh 6 bulan.Aku mengambil langkah untuk mencuba produk yang lebih natural seperti jamu.

Dan alhamdulillah,aku sekarang sedang guna satu produk Virgin care.

Bagi aku sendiri sejak amalkan produk ni rasa sakit badan hilang(badan berangin) malah lebih bertenaga.Syukur produk ni serasi dengan aku.Cuma period je belum mai lagi.Ate baru sebotol kan.Kesan nya berbeza mengikut badan masing2.Bagi aku ini dah menunjukkan kesan yang baik.Plus takde kesan sampingan jika chuols amik dalam tempoh yang lama.

Apr 14, 2017

JOM KITE BER"FELT"
Asslamaualaikum dan Salam jumaat yang indah

Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan peluang untuk menghirup udara Allah pinjamkan ..
Dikesempatan ini nak menjemput chuols untuk memeriahkan "Giveaway Jiakreatifelt!"
Hadiah tidaklah semegah mana cuma jika kalian bertuah kalian buleh hadiahkan untuk diri sendiri atau hadiahkan kepada emak, kakak adik ataupun isteri..InsyaAllah berpanjangan pahala yg kalian dapat jika depa memakainya...InsyaAllah..

Ok..back to topic,

Pernah dengar tak x Kain felt?

Dulu saya terjebak dengan dunia Felt nie.Masa tu buat suke2 dengan kawan opis.Tak silap tahun 2010 dan dalam masa yang sama baru kenal dunia blogging.Just because nak promote hasil crafting di blog.Masa berjaya buat keychain tu dah gatai gatai di promote kat blog dan tak sangka dapat pulak tempahan.Pada mulanya nak suke2 tapi dah jadi minat untuk lebih serius.
Tempahan macam -macam bentuk, antaranya bentuk kereta,scooter, dan macam macam lagi.Alhamdulillah.Nak tengok tak hasil-hasil kerja saya yang tak seberapa nie..

1. Sini
2. Sini
3. Sini

dan ada lagi tau..chuols kalu rajin boleh godek di entry saya yang lepas.

Apr 13, 2017

HIJRAH

Tipulah kalau semua orang tak pernah tersasar. Tipu. Semua orang pernah tersasar. Siapa yang tak nak imannya yang sentiasa di atas tanpa perlu jatuh. Semua orang nak. Tetapi adakala walau kita cuba berusaha menjaga iman kita daripada jatuh ia tetap tersadung di dalam gaung dosa. Bila iman kita tinggi memuncak, kita selalu berharap agar iman ini sentiasa diatas tanpa perlu jatuh tebaran di ruang maksiat. Kita selalu berharap bahawa hati ini berada hampir dengan Tuhan tanpa perlu melangkah jauh meninggalkan Tuhan. Mungkin kita lupa bahawa syaitan itu tidak pernah tidur. Sentiasa ada cara untuk menjatuhkan kita

Jika kelemahan kita adalah ikhtilat, maka syaitan akan cucuk kita dengan bagi kita tunggang langang dalam ikhtilat. Jika kelemahan kita adalah wanita, maka syaitan akan cucuk kita bagi kita lemah dengan wanita. Semua orang punya titik kelemahan. Carilah titik kelemahan itu dan perbaiki ia. Saat paling menakutkan adalah apabila kita telah jauh tersasar dari Allah tanpa kita sendiri sedar.

"Aku rindu iman ku yang dulu. Aku rindu saat aku begitu dekat dengan Allah. Sedikit pun hatiku tidk pernah terusik dengan pujukan dunia. Tetapi lihatah aku pada hari ini. Hari ini aku semakin jauh dari Allah. Iman aku tidak seutuh yang dahulu lagi. Aku rindu diri aku yang dulu. Aku futur."

Apr 10, 2017

HANDSOCK DWITONE LONG (40 CM)
Haiii!
.
Atas permintaan pengguna tegar #handsockdwitone, kini handsock yang sama kembali dengan saiz LEBIH PANJANG!😘
.
Kita panggil Dwitone Long;
.
 Panjang ±40cm, jadi panjangnya lebih daripada siku.

Kata mereka, bila pakai baju kurung ke, abaya ke so sangatlah "secure" dan takde la risiko lengan tu ternampak.

Sesuai juga untuk lengan chubby comel sebab sesuai dipakai M-L/small XL.
.
Yang paling penting, inilah handsock sejuk selesa fevret awak!

 Whatsapp +60174428730 untuk order




Apr 3, 2017

Handsock pelbagai pattern!~
Assalamualaikum

bersawang habis dah blog nie
Jarang sangat sangat nak update tapi setiap hari log in.
Ketandusan idea nak share apa kat korang.Tiada yang menarik ..
tapi kalau nak share pun tak pandai nak mula dari mana..

oklah..hari ini ada free sikit kat opis so taip lelaju sebelum bos nampak
hihii

just nak share kat korang yang aku ada jual macam-macam handsock mampu milik dan cantik.Itu yang korang suke kan kan...malah selesa sangat bila korang pakai."Seolah rasa tidak memakainya .."aceyacey...

jom layan gambar kot kot ada yang berkenaan di mata..:)


1. Hndsock dwitone


2, Hndsock tulip


3. Handsock ajda


4. Armsock


5.Handsock dalila

kalau ada yang nak merisik tu ...boleh la wasup i




Mar 27, 2017

DALAM PROSES NAK TERMINATE YES~
Assalamualaikum wbt

Aku dan suami dah sepakat untuk terminate YES ..
Kami start subscribe internet YES pada bulan Mac 2015.Kalau ikut kontrak, tempoh untuk terminate adalah selama 2 tahun.YES ini digunakan untuk senang aku buat kerja-kerja editing blog dan dalam masa yang sama kami menggunakan SKYBOX yang mana memerlukan line internet.

Kami ambil plan unlimited.Memang rasa berbaloi sebab gunalah banyak mana pun nilai setiap bulan tetap sama,RM94.35 termasuk postage.


ni gambar aku kidnap dari google

Kenapa kami nak terminate?

sebab kami nak kurangkan perbelanjaan tambahan kami masing2 dah pakai postpaid ..
Disamping nak try cari plan internet yang murah untuk disambungkan kepada SKYBOX nanti..

Apa yang perlu aku buat untuk terminate?

Mula-mula aku email kat customer service dan minta depa gtau macam mana cara nak terminate..

so ini lah jawapan depa:

Dear Najjah,

Thank you for contacting YesCare.

With reference to your inquiry, you may request for account termination at nearest Yes store or via email.Kindly provide us below details for further assistances;

Yes id :
Account No:
Contact No:

Alternatively, if you are in need of any clarification or if there are further inquiries, feel free to reach us via email to yescare@yes.my or call our Interaction Center at 018-333 0000 for further assistance :-

Mon-Sun & Public Holidays: 8am – 11pm

Always at your service,

Mala
Customer Advocate
yescare@yes.my

so..segala yang diperlukan telah pun dilengkapkan..jadi tunggu je termination sebelum masuk bulan depan ..

Mar 24, 2017

Alhamdulillah..akhirnya
Assalamualaikum

Lulus jugak ujian menaip aku.Semalam dapat msg mengenai keputusan ujian menaip boleh disemak.
Berdebar sangat hati sebab hanya yang baca entry aku sebelum ini akan faham perasaan aku

BACA SINI

So selepas ini tak payah pikir nak hadap ujian ini segala.Syukur dan terimakasih kepada yang mendoakan ..




Mar 21, 2017

Mar 16, 2017

JASMANI VS ROHANI
Seorang Profesor Muslim di Jepun melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani  :



1. Ternyata masalah appendiks bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan.

2. Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi.

3. Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak.

4. Asthma bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. Penyakit liver (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. Penyakit jantung bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi.Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

Maka benarlah firman Allah
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31
Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur sombong, angkuh dan lain-lain.

C&P

Mar 8, 2017

Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"
Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Syarat Penyertaan

Anda hanya perlu penuhkan syarat-syarat di bawah sahaja, bila syarat dibawah dipenuhi, maka nantikan sahaja magik yang membuatkan trafik blog anda meroket tanpa anda sedari ... :) Saya jamin 100% trafik anda akan naik luar biasa selepas join segmen saya ini.

Orait. Nak join? Penuhi syarat berikut ye ...
  1. Peserta mesti ada blog.
  2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post ini.
  3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik meroket. 
  4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (klik sekarang dan LIKE)
  5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)
  6. Wajib untuk FOLLOW Google Profile Hasrul Hassan (klik dan FOLLOW)

semoga trafik blog aku jadi sesuatu yang owsem..

GST


Ya Allah..


Kami dah jadi Geng Sudah Tua (GST)....jangan pula jadikan kami Golongan Susah Tidor (GST), Ya Allah, sebaliknya jadikan lah kami Golongan Solat Tahajjud (GST). Bantulah kami bina Generasi Sayang Tuhan (GST). Ya Rahman, jadikan kami Generasi Solat Terkhusyuk (GST). Ya Allah, jadikan juga kami Geng Surau Tetap (GST) ... berjemaah d surau n masjid...In sha Allah..

Dan hindarilah anak cucu kami dari menjadi Geng Subuh Terlajak (GST)...


Mar 4, 2017

Tafsir Surah yasin yang sering kita terlepas pandang

UmMU HaZiQ cOlleCTion:
"ADA APA DENGAN SURAH YASIN???"
===============================

Kita sering kali membaca Surah Yaasin.. 📖📖📖
tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut..

Sekadar Perkongsian Bersama..
Surah Yaasin

Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.


Mar 1, 2017

SELAMAT DATANG MAC!~
Assalamualaikum


Semoga bulan baru ini memberi seribu kebaikan dan keajaiban kepada kita.
#moodmasihmenantizuriat

Feb 21, 2017

Jom amalkan
#cp
Si Asing dan Bismillahillazi

Masih meremang bulu roma saya...

saya masih sibuk mengemas sedikit lagi barang di luar rumah..tiba2 datang seorang makcik dgn anak nya seorang..

Allah Maha Baik, di gerakkan hati ini membaca Bismillahhillazi penuh..dan menerima sapaan perempuan asing ini..

tiada salam dari perempuan bertudung ini

terus bertanya saya..

"Adik, saya susah, dari masai dengan anak dtg rumah sepupu di rumah tepi tu ( kawasan rumah org kaya) tapi dia takda, dia balik malam.."

saya pun tanya...

"rumah di mana?"

"tepi tu..."

"siapa nama sepupu?"

"erm..erm..erm..leha.."

( masa ni saya dah lain macam...kenapa lama sgt nak dpt nama sepupu dia..)

"leha ini kerja di mana?"

"UTM..."( bila pulak utm balik malam kan...lagi saya dah ragu2)

"akak tiada suami?.."

"tiada..saya dah bercerai...ada surat cerai ni...( tidak di keluarkan)"

"kenapa datang sini..masai jauh.."

"nak ke rumah sepupu...tapi balik malam pulak..akak dah letih..nak beli barang dapur.."

"ni org sebelah ni bagi saya air.. "( nampak air 2 bungkus)

saya dalam hati..baik..ini peluang sedekah, saya nak masuk ke dlm rumah ambil duit...sudah saya chongak..RM 50..cukup utk beli barang, sebab saya pun bawa RM 50, banyak dpt nya..takkan dia nak pikul beras 10 KG kan..mesti lah 5 kilo naik bas..so..cukup sgt nak beli ikan dan sayur.....

aisyah keluar dan tanya saya siapa..

"saya ckp pada aisyah..look at her...stay there..."

saya ambil RM 50 dan saya dengar dia tanya aisyah nak masuk kencing...

saya cepat2 keluar..dia tak tanya..lama..baru dia tanya saya..boleh nak masuk rumah nak kencing..( sepatutnya, kalau nak kencing sgt...lepas tanya aisyah terus tanya lah saya nak kencing)

saya jawab.. "Maaf, suami saya tiada, saya tidak minta kebenaran suami siap2 utk org luar nak masuk rumah.."( ini memang amalan saya...)

muka dia biasa..macam tiada kesan..bersahaja..tapi dari tadi..dia tak tengok saya..dia tengok dlm pagar saya,...dah intai pintu rumah yg terbuka..

dia tengok duit di tangan dia yg saya dah beri..dia tanya saya..

"ADIK RASA CUKUP KE NI?"

saya jawab segera.. " insyaaAllah cukup..cukup.."

"CUKUP KE?.".dia tanya lagi..

saya jawab.."CUKUP!"

Dia masih melilau tengok rumah saya..

"BOLEH MINTA BARANG SATU?"

eh...kenapa pulak makcik ni...

"BOLAH AMBIK BARANG SATU?" dia minta lagi..mata dia ke dlm rumah saya...bukan kotak kecil mainan depan mata dia..kot2 nak ambil utk anak dia..

she is asking me to give her thing from inside my house..

saya sudah meremang2 bulu roma..

bila dia nampak saya tak berganjak..dia pun nak balik..

salam saya..tapi dia hanya sentuh jari..dia tidak salam tangan.

muka nya nampak tak puas hati , walaupun dah di beri RM 50..

saya betul2 terasa lain macam kakak yg meminta pertolongan ini...

rasanya kalau org lain..dapat RM 50..sudah tidak tanya pemberi...rasa cukup tak duit ni?..Allah...

igt tak dia ckp jiran saya bagi air? kebetulan jiran saya keluar tanya nak beli bola keranjang ...saya tanya..ada makcik dtg dgn anak? awak bagi air?.

"eh tak da..."

baik..

Saya pun bercerita pasal kerjadian...dia pun ckp... "akak ada baca DOA?"

ya..saya baca Bismillahillazi sebelum sambut sapaan nya tanpa salam itu..

"Akak..

ini kes pukau kak..

dia test akak..masa dia nak minta barang tu...kalau akak ikut shj...pukau nya mengena..."

sudah banyak jadi..Alhamdullillah akak baca doa..kata jiran tu..

Allah..

saya masih menggigil2...

Allah maha baik..Allah Maha Baik..

Mohon pertolongan dari Allah..

Hafal dan bacalah


share lah dan minta ahli keluarga hafal dan amalkan...



Feb 16, 2017

LAGI SEMINGGU
Typing Test

Semakin dekat hari ujian menaip makin debo awok rase wey..

Hari hari practice menaip nampak macam hebat tapi sekali dtg darah gemuruh kejang juga segala jari nie.Hasbunallah wa nikmal wakil...Semoga Allah permudahkan segala2nya nanti.

Please..kengkawan doakan aku lulus ujian kali ke3 ini.
Malu aku asyik kena kecam dengan kawan opis.Sabau je la..

kbai,.,.


Feb 15, 2017

KASIH ALLAH PADA KITA
Kawan aku baru je mengalami keguguran..dan sangat sedih bagi dia kerana dah 3kali mengalaminya.
Hebat ujian yang Allah beri kepada dia.Aku tahu dia seorang kuat kalau tak masakan Allah uji sebegini.

Dan aku yang masih belum dikurniakan zuriat dan langsung tak pernah sekali merasa keguguran(ops...bukan aku minta ) nauzubillah...dah tak mampu nak cuba selami perasaan kawan aku...tu.
Orang kata..kena rasa dulu..baru tahu..

Peritnya sebuah kehilangan ,,,

Kita ini sebagai hamba tidak boleh menyangkal apa juga bentuk ujian yang datang.,.
Segalanya milik Dia...
Dan kita hanya perlu terima tanpa merungut.Disebalik ujian yang dtg sebenarnya ada rahmat Allah nak beri,..hebatnya kasih sayang Allah pada kita.



Sepertimana syahdunya Ali Zainul Abidin mengadukan rindu hatinya pada ALLAH setelah diuji:

“Robbi La Takilni I’la Nafsi, Fa ‘Ajisstu ‘Anha, Wala Takilni I’la Ghaili, Fa Dhoi Yii ‘Unn”

“Ya ALLAH, jangan kau serahkan diriku ini pada kepadaku, aku tidak mampu menguruskannya, dan jangan KAU serahkan diriku ini pada manusia lain, kerana mereka akan mensia-siakan aku”

“Ya Haiyuya Qaiyyum, Bi Rahmatika Astaghist, Fala Takilni I’la Nafsi, Tor Fata ‘Ain.”

“Wahai yang maha hidup lagi maha berdiri,dengan rahmat-MU aku memohon, jangan kau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sesaat.”

Said Qutub dalam karyanya Zhilalil Qura’n: Aku telah hidup sekian lama di dalam bayangan Al-Qura’n, aku tidak mendapati sesuatu perkara itu berlaku secara kebetulan melainkan setiapnya tersusun dan teratur dengan hikmah ALLAH azzawajal. Dan aku telah meni’mati hidup dibawah bayangan Al-Qura’n dengan satu ni’mat yang tidak mampu ku fahamkan pada orang lain melainkan mereka merasakannya sendiri.

Feb 8, 2017

Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway



Apabila mengalami masalah kulit, adalah digalakkan untuk menggunakan SERUM kerana serum mudah menyerap ke dalam kulit berbanding jika kita menggunakan losyen dan bedak. Oleh yang demikian, RenoSkin memperkenalkan dua serum khas untuk masalah kulit seperti eczema mahupun   
*****************************************************************
MEDIC SERUM 
*****************************************************************
Masalah kulit sensitif, eczema, psoriasis, gatal-gatal, luka kecil, kudis dan banyak lagi boleh membawa kepada pelbagai masalah. Apa yang lebih teruk jika ia tidak dirawat segera akan merebak ke segenap tubuh badan. Bayangkan jika bayi yang mempunyai ekzema tentu sahaja tidur mereka tidak akan lena, sebagai orang tua mesti masalah ini mengusarkan kita. Namun, Medic Serum sedia membantu dalam permasalahan ini. Malah, sebotol Medic Serum bukan boleh digunakan oleh bayi tapi ia boleh digunakan oleh seisi keluarga. 

Menarik mengenai Medic Serum, tentu sahaja ianya satu serum yang BEBAS TOKSIK malahan ianya mengunakan 100% bahan semulajadi iaitu ia terhasil daripada ekstrak minyak kastor, minyak kelapa dara, herba rosemary dan ianya kaya dengan vitamins.



Nampak tak dalam gambar di atas, pelbagai kegunaan Medic Serum!!!. Amat berbaloi untuk seisi rumah dan tak salah untuk membeli kerana harganya amat berpatutan di samping keberkesanan penggunaan sudah terbukti dengan pelbagai testimoni pelanggan.


*****************************************************************
BIO ACTIVE SERUM
*****************************************************************

Bagi masalah kulit dibahagian muka, kita boleh je gunakan Medic Serum tapi kalau nak lebih berkesan, adalah lebih baik gunakan Bio Active terutamanya pada waktu malam sebelum kita tidur. Banyak kegunaan Bio Active Serum antaranya ialah sebagai anti-penuaan, base make-up, memperbaiki tisu kulit yang rosak, melembabkan kulit muka dan macam-macam lagi sehingga muka akan tampak lebih halus, bebas jerawat & lebih cerah. Apa yang menarik tentang Bio Active, tentu sahaja BEBAS BAHAN KIMIA kerana bahan semulajadi digunakan antaranya ialah Autralian Tea Tree, Rosa Canina & Virgin Coconut Oil.



HARGA bagi kedua-dua SERUM ini amat berpatutan kerana setiap serum keluaran RenoSkin mampu bertahan sehingga enam bulan. Apatah lagi jika ianya sesuai digunakan oleh seisi keluarga.
Ohya, lagi menarik...kalau korang join Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway oleh Blogger Eca Dwinky Asha, korang akan mendapat hadiah istimewa berupa diskaun bagi setiap pembelian....So, jom sertai Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway sekarang.




APPLY KERJA :SPA

Assalamualaikum wbt

Baru sat ni bukak laman web SPA dengan harapan untuk mencari dan mengupdate permohonan,
Sebelum ini,aku da share pasal sijil matrikulasi dah laku >> SINI
Jadi tak sangka plak ada untuk kelayakan sijil matrikulasi di tepi borang permohonan SPA8i nie,
Dan surpisingnya..siapa dah lengkap dengan keputusan bagi setiap pelajaran tu.
So..eksited sikit nak apply kerja guna sijil matrikulasi nie kan.

Bagi mereka yang grad dari matrik ni ..apa lagi guna peluang ini untuk peningkatan kerjaya korang.Mana tahu ada rezeki untuk dapat kerja yang lebih baik,
InsyaAllah..




Feb 6, 2017

UJIAN MENAIP DATANG LAGI
 Assalamualaikum wbt

Hari Jumaat minggu lepas ,bukak web utk semak tempat ujian menaip.
Ekceli dah apply ujian ni dari tahun lepas tak silap bulan 12 hari tu.
So dapat tahu pusat peperiksaan 2 minggu sebelum ujian dijalankan,

Nebes bak hang..yelah ..sebelum ni aku dah hadap ujian ni 2 kali.Hope so sangat ujian kali ketiga ni lulus dengan jayanya.Doakan uols...

Tiap2 hari aku test menaip kat opis..curi curi masa menaip untuk lebih konfiden dan lebih cekap ,..
Harap2 aku tak nebes masa menaip nanti..


Tempahan edit blog Cik May
Assalamualaikum


Alhamdulillah...diberi kesempatan untuk mengedit blog customer dicelah-celah kesibukan bekerja.
Terimakasih kepada Cik May kerana sudi menempah dari saya.

Oklah..jom nengok hasil penuh di blog beliau

http://mayzuraberkat.blogspot.my/

Dan yang nak order masih dibuka tau..

Jan 25, 2017

Gigi besi



SEBENARNYA POST INI DAH LAMA PERAM...JADI BARU HARI INI BERKESEMPATAN PUBLISH...

POST KALI NI AGAK PANJANG...

Assalamualaikum wbt.

It was a hectic weekend.Apa yang hectic sangat...ni.

                                                          

Sebenarnya ..aku baru lepas discaj dari hospital.3hari 2 malam jugak la aku check in.hahaha.Kisahnya..hari Selasa lepas aku dah rase tak best bile nak kencing.Bermula pas maghrib tu dah rasa libang libur(kata orang perak).Bayangkan dlm masa 5minit mesti kene berlari ke toilet.Aduh..letih nya dah ..sampe kecut kaki rase.Pastu sakit belakang takleh tahan tau.Tapi kali ni aku terus dapatkan rawatan di Hospital swasta.Tu pun selepas 3 hari  tahan rasa sakit.Konon2nya nak bertahan la...tapi selepas di brainwash oleh incik suami makanya gagah jugaklah aku p dptkan rawatan.Tambahan kitorang de medical card so why not gunakan..kan...kan,


Hari pertama breakfast di sini.

Malam itu mendapatkan rawatan dan terus warded.Selepas 3 hari 2 malam check in..akhirnya aku discaj.Itupun aku minta nak keluar ..bukan apa boring giler kot ,..


                             mujur la dapat katil sebelah tingkap..boring2 boleh view luar.

Makan.tidur.tengok tv...itu je rutin aku sepanjang aku duk di wad.Rasa macam lama sangat dah tu..
Alhamdulillah...takde pape yang teruk rupa2nya aku hanya kencing kotor.Kencing kotor ni bukan kali pertama malah dah banyak kali aku kena.
Baru lega rasa hati(sebab pada awalnya doktor suspect aku batu karang) dan aku pun dah sembuh sediakala seperti biasa.Syukur ...

Jutaan terima kasih kepada kawan baik,abang serta akak ipar dan keluarga mertua yang ziarah ...
Terima kasih jugak dengan doa dan semangat kalian.

Ok..hari Ahad petang tu aku discaj dan terus aku pergi Klinik Pergigian Azira di Medan Gopeng.Ekceli aku dah msg awal kat Doktor ni sebelum aku warded lagi untuk dapatkan khidmat pasang braces.Dan doktor suruh aku datang klinik hari sabtu tapi memandangkan aku masih warded aku msg semula minta di tukar ke hari lain.Mujur doktor tu sporting reply..hihi.

So..aku pun dtg ke Klinik seperti yang diminta.Pukul 3 petang aku dan suami terpacak di situ.Lenggang ..je.Akulah patient pertama selang beberapa minit..datang 2 3 orang.Aku rasa diorang pun followup braces jugak.

Aku dipanggil masuk dan diminta baring untuk doktor check gigi.Dan apa kata doktor?

hahahaha

"You're lucky sebab takde gigi yang perlu dicabut."

Aku rasa lega sungguh dan bertuah nya..

sambung doktor lagi" Macam mana nak terus pakai braces ke ..ke datang kemudian.Pasang braces hari ini pun boleh..."

Aku makin jadi terkejut..ouiih..yeker nie.Sambil mata aku jeling kat suami untuk dpt kan pendapat dia.(aku paksa suami aku masuk sekali dlm bilik,Suami aku pun terpinga-pinga mungkin die tak dengar apa kata doktor)

Selepas fikir 2 3 minit..aku pun mengatakan persetujuan untuk terus pasang braces.Suami aku tak kisah pun sebab nya die sangat supportive.(even pada asalnya die macam berat nak bagi aku pakai braces sebab die takut aku sakit )...TQ sayang sebab finally u setuju.Lebiu laa..:)

Doktor kata deposit RM1000 dan monthly check up RM200.Total: RM4500

Terasa dipermudahkan sungguh urusan aku pada hari itu.Sebab bile aku survey blog2 lain ada yang kate dalam masa sebulan baru boleh pakai braces..dengan macam2 prosedur means kena cabut gigi la .xray rahang dsb...
Series cakap masa aku datang tu ..aku tak expect pun boleh pasang terus.Aku rasa mungkin ada gigi aku yang perlu dicabut ..tapi alhamdulillah...segalanya mudah

Ramai yang tanya why aku pakai braces?
Aku memang dah lama nak pakai braces bukan mengejar kecantikan.
Tapi kerana aku kurang yakin untuk senyum dan bercakap dengan orang plus suami aku cakap rahang muka aku tak simetri.

kurang lebih macam nie la..keduduka gigi aku,


Jadi itu je la..nak cite.
Alhamdulillah...syukur sangat2.
Akhirnya impian aku nak pakai braces tercapai setelah menempuh onak dan duri(puihhh...)

Tak sabar nak tunggu 2 tahun..my braces off!








Jan 24, 2017

RENEW DOMAIN
Assalamualaikum

Lamanya menyepi kan...bukan apa sibuk sikit plus takde idea weyy nak taip apa.(Walaupun sebenarnya ada je perkara yang saya nak share sepanjang menyepi nie...ekseli malas nak menaip je kan)




Hari ini baru berjaya renew domain dot com di NETKL setelah beberapa kali email masuk sebagai reminder.Cadang nya nak je aku terminate domain nie sebab yela aku pun rasa macam nak bersara pilihan dari dunia blogging.(hahaha..x tahan ayat itu).

Tapi bila dikenang dan ditilik2 kembali baiklah aku teruskan dunia blogging ini walaupun pada dasarnya kalau tukar ke blogspot pun boleh je nak blog kan.Cume rasa sayang dengan domain dot com nie..---> www.jiakreatifelt.com

Dah hampir 4 tahun aku pakai domain nie.Banyak sangat kenangan ...plus cari sideincome pun menggunakan domain ini.InsyaAllah..harap2 kekallah sampai bile2 name nie.

ok itu saje.TATA..!~



Jan 12, 2017

 MARI BERDOA SEPERTI MUSA AS


Mari kita belajar sesuatu yang hebat hari ini. Perhatikan doa di bawah ini:

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Ini adalah doa seorang nabi yang mulia, Musa AS, seperti yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam surah al-Qasas, ayat 24.

Maksudnya:

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."

Doa ini baginda ungkapkan di bawah sepohon pokok, selepas menolong dua orang anak gadis memberi minum kepada haiwan ternakan mereka. Doa ini juga dilafazkan oleh baginda, setelah berpenat-lelah bermusafir, melarikan diri dari Firaun yang ingin menangkapnya kerana telah membunuh (secara tidak sengaja) seorang Qibti.

Apa yang hebat sangat dengan doa ini?

Ada TIGA pengajaran besar yang boleh kita ambil dan amalkan dari doa ini.

PERTAMA, Musa AS bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT dalam meminta pertolongan. Boleh sahaja baginda meminta bantuan dari dua orang anak gadis yang telah dibantunya. Apatah lagi baginda sehelai sepinggang dan dalam keadaan yang amat-amat memerlukan. Tetapi tidak, baginda meletakkan sepenuh pengharapan kepada kekasihnya kerana baginda amat yakin bahawa pasti Dia akan membukakan pintu rezeki buatnya.

KEDUA, Musa AS sangat beradab dalam berdoa kepada-Nya. Tiada satu ayat perintah pon di dalam butir-butir katanya. Tiada kata-kata seperti "Berilah!" atau "Kurniakanlah!" atau "Limpahkanlah!". Yang ada hanyalah, "Aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan..." Ya walaupun tiada salahnya berdoa dengan ayat perintah seperti yang disepakati para ulama', namun di dalam kes ini, Musa AS telah menunjukkan kita sesuatu yang sangat istimewa. Kerendahan hati baginda dan rasa pasrah yang teramat sangat menjadikan baginda penuh dengan adab dan rasa chenta dalam bermunajat kepada-Nya.

Dan KETIGA, Musa AS amat berlapang dada dalam memohon kepada Allah 'Azza wajalla. Baginda tidak meminta apa-apa yang spesifik daripada-Nya. Tidak dimintanya makanan, minuman atau tempat perlindungan. Yang ada hanyalah "sesuatu kebaikan." Kerana baginda tahu, Allah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Memberi Rezeki itu, lebih tahu dan arif, apa yang lebih diperlukankan oleh baginda ketika itu.

Dan sungguh, untuk tiga rahsia dan hikmah ini, seperti yang dikisahkan di dalam ayat-ayat selepas itu, Allah SWT segera memakbulkan permintaan Musa AS!

Nak tahu bagaimana Allah memenuhi hajat baginda? Ha, silalah buka lembaran al-Quran anda dan tadabbur surah al-Qasas yang osem itu!

Ayuh, mari kita sama-sama hafal dan amalkan doa yang hebat ini!

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.

Jan 11, 2017

 TIPS: DO YOU KNOW?


1. Any food you consume after 8 P.M. everyday is equally a poison to your body?

2. If you can follow the water therapy for 3 months religiously, your skin, your body and your organs begins to function well

3. Do you know Breakfast is the most important meal of the

day; If you must skip any meal, it shouldn't be breakfast?


4. Do you know too much red meat is very dangerous to your health?


5. Do you know people who smile always live longer, look younger and are more healthier than their counter part who does not?

Listen:

You can use the most expensive cream on your body; you can take the best care of your body, but HONEY with BANANA can make your skin glow, make it look good and make people ask you the kind of cream you are using.

6. For every bottle of soft drink you consume, you have just taken 9cubes of sugar, and it takes 7 days for it to wash off your body; men increase their likelihood of having a heart attack by 20 percent.

7. Fried meat is a killer; It is damaging your body.

8. People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level.

9. Drinking water only when you are thirsty is obtaining a license to damage your liver.

10. Holding your urine when you are supposed to let go is

another way you are damaging your liver?

11. Adding salt into your food when it is already served is

another way of slowly poisoning yourself and vital organs?

12. Observing the routine of proper eating: Eat BREAKFAST like a KING, LUNCH like a PRINCE and DINNER like a BEGGAR would help you live longer.

Please take care of your health, for HEALTH is WEALTH

7 Biggest brain damaging habits


1: Missing breakfast

2: Sleeping late

3: High sugar consumption

4: More sleeping specially at morning

5: Eating meal while watching TV or computer

6: Wearing Cap/scarf or socks while sleeping

7: Habit of blocking/Stoping Urine

Don't Just Read

Forward to whom you care
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard