Gigi besi - Jiakreatifelt

Jan 25, 2017

Gigi besi




SEBENARNYA POST INI DAH LAMA PERAM...JADI BARU HARI INI BERKESEMPATAN PUBLISH...

POST KALI NI AGAK PANJANG...

Assalamualaikum wbt.

It was a hectic weekend.Apa yang hectic sangat...ni.

                                                          

Sebenarnya ..aku baru lepas discaj dari hospital.3hari 2 malam jugak la aku check in.hahaha.Kisahnya..hari Selasa lepas aku dah rase tak best bile nak kencing.Bermula pas maghrib tu dah rasa libang libur(kata orang perak).Bayangkan dlm masa 5minit mesti kene berlari ke toilet.Aduh..letih nya dah ..sampe kecut kaki rase.Pastu sakit belakang takleh tahan tau.Tapi kali ni aku terus dapatkan rawatan di Hospital swasta.Tu pun selepas 3 hari  tahan rasa sakit.Konon2nya nak bertahan la...tapi selepas di brainwash oleh incik suami makanya gagah jugaklah aku p dptkan rawatan.Tambahan kitorang de medical card so why not gunakan..kan...kan,


Hari pertama breakfast di sini.

Malam itu mendapatkan rawatan dan terus warded.Selepas 3 hari 2 malam check in..akhirnya aku discaj.Itupun aku minta nak keluar ..bukan apa boring giler kot ,..


                             mujur la dapat katil sebelah tingkap..boring2 boleh view luar.

Makan.tidur.tengok tv...itu je rutin aku sepanjang aku duk di wad.Rasa macam lama sangat dah tu..
Alhamdulillah...takde pape yang teruk rupa2nya aku hanya kencing kotor.Kencing kotor ni bukan kali pertama malah dah banyak kali aku kena.
Baru lega rasa hati(sebab pada awalnya doktor suspect aku batu karang) dan aku pun dah sembuh sediakala seperti biasa.Syukur ...

Jutaan terima kasih kepada kawan baik,abang serta akak ipar dan keluarga mertua yang ziarah ...
Terima kasih jugak dengan doa dan semangat kalian.

Ok..hari Ahad petang tu aku discaj dan terus aku pergi Klinik Pergigian Azira di Medan Gopeng.Ekceli aku dah msg awal kat Doktor ni sebelum aku warded lagi untuk dapatkan khidmat pasang braces.Dan doktor suruh aku datang klinik hari sabtu tapi memandangkan aku masih warded aku msg semula minta di tukar ke hari lain.Mujur doktor tu sporting reply..hihi.

So..aku pun dtg ke Klinik seperti yang diminta.Pukul 3 petang aku dan suami terpacak di situ.Lenggang ..je.Akulah patient pertama selang beberapa minit..datang 2 3 orang.Aku rasa diorang pun followup braces jugak.

Aku dipanggil masuk dan diminta baring untuk doktor check gigi.Dan apa kata doktor?

hahahaha

"You're lucky sebab takde gigi yang perlu dicabut."

Aku rasa lega sungguh dan bertuah nya..

sambung doktor lagi" Macam mana nak terus pakai braces ke ..ke datang kemudian.Pasang braces hari ini pun boleh..."

Aku makin jadi terkejut..ouiih..yeker nie.Sambil mata aku jeling kat suami untuk dpt kan pendapat dia.(aku paksa suami aku masuk sekali dlm bilik,Suami aku pun terpinga-pinga mungkin die tak dengar apa kata doktor)

Selepas fikir 2 3 minit..aku pun mengatakan persetujuan untuk terus pasang braces.Suami aku tak kisah pun sebab nya die sangat supportive.(even pada asalnya die macam berat nak bagi aku pakai braces sebab die takut aku sakit )...TQ sayang sebab finally u setuju.Lebiu laa..:)

Doktor kata deposit RM1000 dan monthly check up RM200.Total: RM4500

Terasa dipermudahkan sungguh urusan aku pada hari itu.Sebab bile aku survey blog2 lain ada yang kate dalam masa sebulan baru boleh pakai braces..dengan macam2 prosedur means kena cabut gigi la .xray rahang dsb...
Series cakap masa aku datang tu ..aku tak expect pun boleh pasang terus.Aku rasa mungkin ada gigi aku yang perlu dicabut ..tapi alhamdulillah...segalanya mudah

Ramai yang tanya why aku pakai braces?
Aku memang dah lama nak pakai braces bukan mengejar kecantikan.
Tapi kerana aku kurang yakin untuk senyum dan bercakap dengan orang plus suami aku cakap rahang muka aku tak simetri.

kurang lebih macam nie la..keduduka gigi aku,


Jadi itu je la..nak cite.
Alhamdulillah...syukur sangat2.
Akhirnya impian aku nak pakai braces tercapai setelah menempuh onak dan duri(puihhh...)

Tak sabar nak tunggu 2 tahun..my braces off!








5 comments:

  1. wah pakai braces! tapi boleh tahu kenapa tak perlu cabut gigi? dr ada explained tak?

    jom baca pasal Orang Deawasa dan Ubat Cacing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor kate gg sy xd yg rosak or reput...:)

      Delete
  2. nsb baik takde yg perlu dicabut ea.. ok gak harga tu.. mdn gpg ea. nnti leh tgk

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah ok...

    kite selalu jugak kene kencing kotor tu..mmg mlm2 x le tido sebab kejap2 g toilet. kadang2 baru lepas keluar toilet, baring 2 min..terus rasa nak masuk toilet lg..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard