Feb 15, 2017

KASIH ALLAH PADA KITA

Kawan aku baru je mengalami keguguran..dan sangat sedih bagi dia kerana dah 3kali mengalaminya.
Hebat ujian yang Allah beri kepada dia.Aku tahu dia seorang kuat kalau tak masakan Allah uji sebegini.

Dan aku yang masih belum dikurniakan zuriat dan langsung tak pernah sekali merasa keguguran(ops...bukan aku minta ) nauzubillah...dah tak mampu nak cuba selami perasaan kawan aku...tu.
Orang kata..kena rasa dulu..baru tahu..

Peritnya sebuah kehilangan ,,,

Kita ini sebagai hamba tidak boleh menyangkal apa juga bentuk ujian yang datang.,.
Segalanya milik Dia...
Dan kita hanya perlu terima tanpa merungut.Disebalik ujian yang dtg sebenarnya ada rahmat Allah nak beri,..hebatnya kasih sayang Allah pada kita.



Sepertimana syahdunya Ali Zainul Abidin mengadukan rindu hatinya pada ALLAH setelah diuji:

“Robbi La Takilni I’la Nafsi, Fa ‘Ajisstu ‘Anha, Wala Takilni I’la Ghaili, Fa Dhoi Yii ‘Unn”

“Ya ALLAH, jangan kau serahkan diriku ini pada kepadaku, aku tidak mampu menguruskannya, dan jangan KAU serahkan diriku ini pada manusia lain, kerana mereka akan mensia-siakan aku”

“Ya Haiyuya Qaiyyum, Bi Rahmatika Astaghist, Fala Takilni I’la Nafsi, Tor Fata ‘Ain.”

“Wahai yang maha hidup lagi maha berdiri,dengan rahmat-MU aku memohon, jangan kau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sesaat.”

Said Qutub dalam karyanya Zhilalil Qura’n: Aku telah hidup sekian lama di dalam bayangan Al-Qura’n, aku tidak mendapati sesuatu perkara itu berlaku secara kebetulan melainkan setiapnya tersusun dan teratur dengan hikmah ALLAH azzawajal. Dan aku telah meni’mati hidup dibawah bayangan Al-Qura’n dengan satu ni’mat yang tidak mampu ku fahamkan pada orang lain melainkan mereka merasakannya sendiri.

8 comments:

  1. semoga kwn sis tabah dan kuat... stp ujian Allah adalah rahmat dan nikmat yg kita tidak sedar...

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah..moga Allah tidak meninggalkan kita disaat lemah kerana kita hamba sentiasa menerlukan kasih sayangNya..mana mungkin kita mampu bertahan pada setiap dugaan kalau tidak dengan izinNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.sesungguhnya kita yang berkehendak kepadaNYA...

      Delete
  3. semua yg berlaku ade hikmahnya. bersabarlah ..

    aril singgah ye

    ReplyDelete
  4. Allah SWT dah tetapkan rezeki untuk beliau... Mungkin Allah SWT sedang menguji beliau... kena ambil langkah berhati2 jika dah sah mengandung, lagi satu boleh ambil pil kuatkan rahim... Sbb memang ada orang jenis cepat jatuh kandungan... Takziah untuk kawan...

    ReplyDelete

Follow me

Hai.!Saya Jia.

Saya mengambil tempahan full edit blog; ☑personal dan ☑business. ➹Nak yang responsive template blog; insyaAllah boleh request Harga? Yang pastinya mampu milik dan berpatutan. Email: ✉najiahshaharain@gmail.com Whatsapp: ✆0174428730 ☂Untuk review produk boleh email sy :najiahshaharain@gmail.com

Followers